Nuffnang Ads

Monday, September 26, 2011

STREPSILS kini peneman setia ku..

/hihi



Sekarang ni musim berpenyakit ke ek? Hmmm sakit tekak ku tak mau ilang.. Sangat terkesan pada ku sebagai seorang cikgu. Wahhh nak mengajar payah benar.. Air botol memang sentiasa ada sebelah.. Macamana nak ubat tekak ku yang perit ni? Dah tak larat sangat, aku jadikan STREPSILS yang ada Vitamin C-100 sebagai peneman setia ku. Simpan sokmo dalam beg tangan.. Selang 3 jam je mula la dok kunyah-kunyah n isap-isap.. lega sikit bila kat dalam tekak ni..



Harganya memang boleh tahan gak la.. Yang ni harganya kalau tak silap RM8.50 cam tu. Ada 2 papan cam dalam gambar tu.. ada 24 biji. Ada banyak perisa sebenarnya..sebab kan aku suka orange dan nak kan yang ada Vitamin C tu, aku beli yang ni la.. Ok la juga.. Selain alternatif lain minum ubat batuk.. Tak suka sangat minum ubat batuk ni sebab buatkan mengantuk aje. Kang satu hapah keje tak leh nak buat..

Jangan kena kencing manis pas ni udah le.. asik dok telan gegula ni je.. Bila la tekak ku nak elok ni??? Sekarang ni pantang ais dah. Tak mo tak mo lagi ais..

/bye




Thursday, September 22, 2011

Baby Sitter a.k.a "Nanny" for Ihsan..

/hihi

Wahhh.. dah lama tak jadi "Nanny" si kecik Ihsan ni.. Nanny ke Nani? Hehehehe sebutan dah sama tapi maksud lelain tu.. Sabtu yang lepas kena gak la turun Bangi nak menjaga Ihsan ni kejap sementara nak tunggu ibu dengan abah dia pergi kursus Haji kat Shah Alam. Niat di hati nak balik kampung Muar terpaksa la ditangguhkan.. Sian pula kat my sister..tak de sape nak tengokkan anak dia tu..

Senang je nak menjaga si Ihsan ni tak banyak ragam pun.. Makan pun ikut la apa moksu dia bagi.. Tak kisah pun. Mak Okay je.. hehehehe...



Sebelum ibu dengan abah dia pergi Shah Alam.. diorang dah pesan kalau nak main game.. 40 minit je..pas tu kena rehatkan mata. Adooiiii bebudak zaman sekarang ni. Terer bebenor dengan gajet-gajet game ni. Siap diajarnya moksu dia main bola.. huahahahaa.. memang tak lepas lah. Asik kalah je..
 
Yang tak tahan tu..siap ada nota game tu.. ntah apa lah keyword yang ditekan nak main game tembak-tembak tu. Nasib baik tak dibelinya pistol untuk main game tu..

Dah lah tuuu siap ajak moksu dia jenjalan lagi. Budak ni dah biasa, hujung minggu je.. mak pak dia bawak jalan. Ada ke dia kata bosan lah.. Yer la anak tunggal..tak de kawan kat rumah. Nak kawan dengan moksu? Hehehehe moksunya ok aje.. boleh bertukar watak. Hehehe
 
Keluar la juga tengaharinya pergi PKNS Bangi aje.. Budak ni tak kisah kalau pergi dekat-dekat aje... Asalkan namanya dapat kuar dari rumah.. Best gak jalan dengan Ihsan. Boleh lah buat kawan. Dia pandai bawak diri. Tak banyak songeh pun..tak pandai nak minta-minta pun. Moksu dia je yang offer.. Tu yang leh kamcing tuu.. Boleh minta pendapat kalau nak shopping2 gitu..

Oh, insyaAllah akak dengan abang ipar ku akan menunaikan ibadah Haji tahun ni.. tengah menunggu surat dari Tabung Haji untuk tarikh penerbangan.. Tinggal lagi la si Ihsan ni.. Hantar kat rumah Mak Long kat Kuantan..pas tu cuti sekolah, balik kampung Muar la.. mak dengan ayah aku lak jaga kejap..
 
Lepas ni InsyaAllah..kita citer citer bab Haji lak ek.. Seruan Panggilan Tanah Suci..

/bye

Sunday, September 18, 2011

Contoh Kertas Kerja/ Project Proposal : Program dan Sekolah

/hihi

Gambar sekadar hiasan dari Google..


Lamanya tak update apa-apa story kat blog ni.. Rindu memang lah ada. Tapi masa, kadang-kadang mencemburuiku.. 

Sejak kebelakangan ni, banyak sangat program dan kerja sekolah yang kena buat. Bukan anak murid aje yang banyak kerja sekolah. Tapi, cikgunya pun sama.. Diberi  kerja-kerja tambahan oleh bos.. HUHUHU..

Entri kali ni nak kongsi contoh-contoh kertas kerja.. Sebabnya, sekarang ni tengah buat paper work untuk satu program dibawah panitia MPV Grafik Berkomputer ku.. Jadinya, bila meng"Google" tu.. jumpa satu website yang sangat berguna untuk dijadikan panduan buat Kertas Kerja ni.. Jadi, ianya sangat memudahkan sesiapa aje yang dalam dilema camno nak buek nya.. 

MACAMANA NAK BUAT PROJECT PROPOSAL / KERTAS KERJA ? Kalau nak tahu dengan lebih lagi.. meh KLIK LINK NI..

Ok, ada lagi contoh kertas kerja ni.. Kalau ada sesape yang minat.. Bolehlah KLIK KAT LINK NI... memang sangat banyak contoh-contoh kertas kerja yang boleh dijadikan panduan..

/bye



Saturday, September 10, 2011

Cuti.. Banyaknya cerita cuti-cuti ni..

/hihi

CUTI.. Bila dengar atau baca perkataan cuti ni, macam-macam ada la dalam benak fikiran kita ni. Ada yang kata rehat dari segala segi. Rehat minda, fizikal... Itulah juga yang berlaku pada ku..

Kalau nak bercerita pasal cuti berhari raya ni.. mood dah lari sikit lah.. Tak sempat nak update blog pada musim raya ni. Almaklumlah, kawasan rumah ku di kampong tu, line dia macam biskut chipsmore. Lagipun tak menang tangan pun nak nengok facebook ke twitter ke blog apatah lagi..

Lepas je seminggu cuti raya ni, badan ku ni mula lah menunjukkan yang dia nak bermanja-manja..aduiiiyaaiiii parah nya lakan.. Cuti 2 hari terus, tak boleh nak bangun, tak buat apa langsung.. Berehat sahaja sepuas-puasnya..penat dok telan ubat dari yang kecik sampailah sebesor-besornya.. Ubat dah habis ditelan, tak gak baik juga... Sabar ajelah.. Takut gak kan kalau suspek demam denggi.. tapi alhamdulillah, bukan.. sampel darah dah diambil...kalau minggu depan ni, rasa tak ok lagi... kena check up sekali lagi lah nampaknya..

Hmm rasa cam nak tempek gambor raya.. tapi gambor lak tak dek..(ada ambil tapi tak dan nak simpan dalam laptop ni). Bila bloghopping je nampak ramai yang tayang gambor raya memasing.. Tapi tak pelah.. huhuhuhu...

Okla, lepas ni boleh sambung kerja seperti biasa hendaknya.. Ada lagi kertas TRIAL SPM yang nak kena tanda,, Huwaaaa....

/bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...