Nuffnang Ads

Thursday, September 22, 2011

Baby Sitter a.k.a "Nanny" for Ihsan..

/hihi

Wahhh.. dah lama tak jadi "Nanny" si kecik Ihsan ni.. Nanny ke Nani? Hehehehe sebutan dah sama tapi maksud lelain tu.. Sabtu yang lepas kena gak la turun Bangi nak menjaga Ihsan ni kejap sementara nak tunggu ibu dengan abah dia pergi kursus Haji kat Shah Alam. Niat di hati nak balik kampung Muar terpaksa la ditangguhkan.. Sian pula kat my sister..tak de sape nak tengokkan anak dia tu..

Senang je nak menjaga si Ihsan ni tak banyak ragam pun.. Makan pun ikut la apa moksu dia bagi.. Tak kisah pun. Mak Okay je.. hehehehe...



Sebelum ibu dengan abah dia pergi Shah Alam.. diorang dah pesan kalau nak main game.. 40 minit je..pas tu kena rehatkan mata. Adooiiii bebudak zaman sekarang ni. Terer bebenor dengan gajet-gajet game ni. Siap diajarnya moksu dia main bola.. huahahahaa.. memang tak lepas lah. Asik kalah je..
 
Yang tak tahan tu..siap ada nota game tu.. ntah apa lah keyword yang ditekan nak main game tembak-tembak tu. Nasib baik tak dibelinya pistol untuk main game tu..

Dah lah tuuu siap ajak moksu dia jenjalan lagi. Budak ni dah biasa, hujung minggu je.. mak pak dia bawak jalan. Ada ke dia kata bosan lah.. Yer la anak tunggal..tak de kawan kat rumah. Nak kawan dengan moksu? Hehehehe moksunya ok aje.. boleh bertukar watak. Hehehe
 
Keluar la juga tengaharinya pergi PKNS Bangi aje.. Budak ni tak kisah kalau pergi dekat-dekat aje... Asalkan namanya dapat kuar dari rumah.. Best gak jalan dengan Ihsan. Boleh lah buat kawan. Dia pandai bawak diri. Tak banyak songeh pun..tak pandai nak minta-minta pun. Moksu dia je yang offer.. Tu yang leh kamcing tuu.. Boleh minta pendapat kalau nak shopping2 gitu..

Oh, insyaAllah akak dengan abang ipar ku akan menunaikan ibadah Haji tahun ni.. tengah menunggu surat dari Tabung Haji untuk tarikh penerbangan.. Tinggal lagi la si Ihsan ni.. Hantar kat rumah Mak Long kat Kuantan..pas tu cuti sekolah, balik kampung Muar la.. mak dengan ayah aku lak jaga kejap..
 
Lepas ni InsyaAllah..kita citer citer bab Haji lak ek.. Seruan Panggilan Tanah Suci..

/bye

1 idea dari anda:

madammondoq said...

i suk ajadi nanny pada baby girl!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...