Nuffnang Ads

Saturday, September 10, 2011

Cuti.. Banyaknya cerita cuti-cuti ni..

/hihi

CUTI.. Bila dengar atau baca perkataan cuti ni, macam-macam ada la dalam benak fikiran kita ni. Ada yang kata rehat dari segala segi. Rehat minda, fizikal... Itulah juga yang berlaku pada ku..

Kalau nak bercerita pasal cuti berhari raya ni.. mood dah lari sikit lah.. Tak sempat nak update blog pada musim raya ni. Almaklumlah, kawasan rumah ku di kampong tu, line dia macam biskut chipsmore. Lagipun tak menang tangan pun nak nengok facebook ke twitter ke blog apatah lagi..

Lepas je seminggu cuti raya ni, badan ku ni mula lah menunjukkan yang dia nak bermanja-manja..aduiiiyaaiiii parah nya lakan.. Cuti 2 hari terus, tak boleh nak bangun, tak buat apa langsung.. Berehat sahaja sepuas-puasnya..penat dok telan ubat dari yang kecik sampailah sebesor-besornya.. Ubat dah habis ditelan, tak gak baik juga... Sabar ajelah.. Takut gak kan kalau suspek demam denggi.. tapi alhamdulillah, bukan.. sampel darah dah diambil...kalau minggu depan ni, rasa tak ok lagi... kena check up sekali lagi lah nampaknya..

Hmm rasa cam nak tempek gambor raya.. tapi gambor lak tak dek..(ada ambil tapi tak dan nak simpan dalam laptop ni). Bila bloghopping je nampak ramai yang tayang gambor raya memasing.. Tapi tak pelah.. huhuhuhu...

Okla, lepas ni boleh sambung kerja seperti biasa hendaknya.. Ada lagi kertas TRIAL SPM yang nak kena tanda,, Huwaaaa....

/bye


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...