Nuffnang Ads

Monday, October 31, 2011

Wow!!! SK-II Pitera Set datang lagi..


Wah, kotak baldu merah Produk SK-II datang lagi kali ni.( dah macam iklan Tora pula..Tora datang lagi...hehehehe) Bersempena dengan Hari Krismas yang akan menjelang tiba nanti kan, mestilah akan ada special price and gift.. Itu yang tak sabar nak tunggu ni. Bila tanya depa, sokmo tak tau je. Nak surprise kan lah tuuu..


Apa-apa pun, aku dah grab set RM199 ni. Memula tak tau pun ada kotak merah ni. Set ni kan dapat

1. Facial Treatment Essence (75ml)
2. Facial Treatment Lotion (30 ml)
3. 1 keping Facial Treatment Mask


Staff SK-II siap bagitau lagi yang set ni tak banyak dah tinggal. Ada sikit je lagi. Aku pun apa lagi. Ambil terus bayar je lah..Siap setkan appointment nak buat facial lagi. Oh, aku suka pergi kaunter SK-II kat Metrojaya Midvalley. Staf dia sangat ramah dan suka lah..




Sangat cantik kotak ni. Memang sangat sesuai untuk bagi hadiah. 
Siap ada reben kuning tau dia bagi..Cun kan? 



Nilah 3 barang yang ada dalam kotak tu..



Cantik aje disusun dalam bekas ni.


 

Selain dari tu, ada juga dapat Gift Card SK-II ni.



Tapi, ianya start pada bulan Januari 2012 sampai bulan March 2012. Buat pembelian sebanyak RM150 dan keatas dan isikan maklumat dalam kad ni dan serahkan di kaunter SK-II dan masa tu akan dapat 1 keping SK-II Facial Treatment Mask.


Tak sabar nak tunggu sales masa Krismas ni nanti.. Sales hujung tahun ni berbaloi beli. Banyak gift set dan best-best belaka..



Friday, October 28, 2011

Menang Neutrogena Ageless Set. Yahooo!!!


Alhamdulillah, rezeki kali ini dapat pula set produk Neutrogena Ageless.. Dapat tahu menang ni dah lama (14 Oktober) tapi baru berkesempatan nak ambil di pejabat Nuffnang semalam. Wah,aku orang yang terakhir ambil hadiah ni.. Wendy (Nuffies) yang bagitau lah. Tak pelah kan. Biar lambat tapi tetap ambil.


Sebenarnya ni dari contest yang Redmummy buat kat blog dia. So, aku pun joinlah sekaki. (Memang niat dalam hati masa nak tekan butang send tu...mesti dapatkan ni) Alhamdulillah...memang dapat. Maknanya dah dua kali aku menang hadiah dari blog Redmummy ni. Yang first dulu contest Dettol. Yang second ni Neutrogena pula. Alhamdulillah.



Antara barangan yang aku terima ni ialah:

1. Neutrogena Ageless Cleanser
2. Neutrogena Ageless Toner
3. Neutrogena Ageless Anti-Wrinkle & Firming Cream
4. Neutrogena Ageless Limited Edition Pendrive


Yang dalam bekas cute tu ialah pendrive.. Memula ingatkan apa tau. Siap aku pusing-pusingkan lagi nak buka. Rerupanya tarik aje. Nasiblah tak patah pendrive tu. Size pendrive cute tu besar la gak 2GB. Tapi mungkin tak guna lah kot. Simpan sebagai aksesori menarik..


P/S: Niat hati nak join apa-apa event Nuffnang.Tapi belum ada rezeki lagi. Hanya pernah attend 1 event aje dulu. Kalaulah dapat lagi join kan best. Boleh tambah kenalan Nuffnang Bloggers yang lain. Hehehehe


Apa-apa pun.. TQ kak Red n Nuffnang sebab bagi saya hadiah yang merah menyala ni.. I LIKE..



Thursday, October 27, 2011

Leaflet Tupperware Deepavali 2011..

Setiap kali musim perayaan, Tupperware mesti akan ada sales ataupun leaflet khas untuk barangan Tupperware.. ok, jom cuci mata..

Tempoh masa untuk sales leaflet / flyers Diwali Tupperware ni ialah dari 24 Oktober 2011 hingga 20 November 2011. Haaa tunggu apa lagi? Banyak yang menarik ni.. hehehe















Wednesday, October 26, 2011

Teatime with Chatime

Let's Teatime ....

 Gambar dari website Nuffnang


Wah..bila buka je website Nuffnang..terus terbaca berita terkini di wall. It's time for all Nuffnangers for teatime.. Dah le aku ni suka melepak-lepak sambil minum teh tarik dengan coffee.. Jadinya aku rasa sangat berbaloi ni kalau join. 

Detail Teatime With Chatime :

Date : 5 November 2011 (Saturday)
Time : 3.00 pm - 5 p.m
Venue : Chatime@ Eat Food Village, Publika, Solaris Dutamas


Aku dah isi form. Harapnya berjayalah dan adalah tuah aku untuk attend Teatime ni. Hanya 25 bloggers dan pasangan sahaja yang akan dijemput.. Mesti seronok kan..


Selain dari itu, Nuffnang juga ada bagi hadiah kepada semua Nuffnang bloggers dengan "Buy 2 Free 1" offer pada bila-bila masa saje.. Camana caranya nak dapatkan offer ni? Haaaa jom baca



Korang mesti akan nampak satu lagi ikon iaitu Chatime Publika kat tepi sekali tu kan.. Korang klik ikon tu dan akan keluarlah paparan voucher seperti dibawah ni.. Pada voucher ni ada dah siap-siap tertulis nama kita.. Tugas kita hanya cetak aje lah dan tunjuk kat cashier Chatime masa nak bayar.. Itu aje.. Senang kan?

Voucher yang sah dari 20 Oktober 2011 hingga 31 Januari 2012


Nak dapatkan maklumat yang lebih lanjut lagi? Jom klik SINI.


Oh..ada lagi, Jangan lupa korang boleh juga tengok maklumat  yang lelain dengan Like page Chatime Publika di Facebook.




P/S: Inilah masanya untuk beramah mesra dengan Nuffnang Bloggers.. Harapnya adalah tuah aku nanti.. hehehe :)




Tuesday, October 25, 2011

Cikgu Apa-Apa Ajer..Semua Bisa Diatur..


Baca tajuk entri.. macam best aje. hehehe, Tapi kalau siapa yang bergelar guru..mesti akan fahamkan dengan tajuk tu. Cikgu bukan setakat mengajar anak murid dalam kelas sahaja tetapi hal-hal lain yang berkaitan dengan pelajar, sekolah dan Jabatan..



Ok, ok..jom aku story pasal majlis ni.. Anugerah Kecemerlangan Sukan MSS Negeri Sembilan diadakan setiap tahun. Dan tetiap tahun jugalah sekolah aku akan terpilih menjadi AJK Hadiah & Cenderamata. Selama bermingu-minggu juga kerja kitorang nak membungkus hadiah, mencetak sijil dan mendekorasi hadiah yang akan diberikan pada hari ni. Inilah bahagian yang paling penting semasa majlis anugerah ini berlangsung.


Tahun ni, MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hasan yang akan menyempurnakan majlis anugerah ni. Jadi protokol pemberian hadiah sangat dijaga.. Susah juga, pening kepala masa buat rehersal semalam. Banyak sangat ketua nak bagi arahan.. 


Alih-alih..hari ni, MB pun jadi tukang amik hadiah dan beri pada pemenang. Hehehehe patutnya MB jadi pemerhati aje.. Suka hati lah.. yang penting kami AJK hadiah ikut protokol.. 



Ok, sebelum majlis bermula..amik kesempatanlah dulu snap-snap gambar dengan "Mockcheque" dari ESSO Malaysia Berhad. Masa ni, hati dah berdebar-debar dup dap dup dap.. Senyummmmm..



Majlis dijalankan di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.. Kali ni ramai juga tetamu yang dijemput. Dah lah kebetulan kena pula masa tengah nak cuti raya Deepavali.. Gambar makanan tak sempat nak snap. Masing-masing lepas selesai je tugas..terus ngap makan..



Inilah antara hadiah yang kitorang dok pulun hias.. macam-macam hal lah.. Bab hadiah ni yang paling cerewet. Ada yang last minit tambah hadiah. Tahun ni lah last aku memberikan keringat dan masa ku.. Tahun depan ganti orang lain pula la.. Paling aku suka nengok ialah bunga hiasan warna purple tu.. gojes dan sangat padan. Ini yang orang Jabatan Pelajaran suka ni..



Last sekali , kita posing kat tangga pun jadilah.. hehehehe.. Mungkin tahun depan bertukar ganti dengan cikgu lain pula.. Adios..




Friday, October 21, 2011

Perempuan tak beri salam pada lelaki?Satu isu besar?






Menjadi persoalan pada ku.. Adakah salah, silap, berdosa kalau kita orang perempuan tidak memberi ucapan salam pada orang lelaki yang mana boleh dikategori sebagai ketua pejabat kita?

Satu tanda soal besar dalam kepala.. Adakah ianya menjadi satu isu besar? Apa pendapat korang yer? 

Kadang-kadang kita ni mempunyai perasaan segan. Yer lah, sebagai orang Asia ni.. kita sedar sangat akan tentang menghormati orang yang lebih tua dari kita kan. Seperti yang sering diajar dan dipraktikkan dalam keluarga kita. Yang selalu diingat-ingatkan oleh ayah dan mak kita.. 

Tapi bila masuk tetiba pagi-pagi buta dalam keadaan yang tergesa-gesa tu...kita tidak memberi ucapan salam, ianya menjadi satu isu yang sangat besar juga. Takkanlah..kita nak cop yang bukan-bukan bila berlaku situasi seperti itu.. Ada masanya, kita harus peka dan faham situasi dan mood orang. Jangan sering berfikiran negatif. Sentiasalah beranggapan positif sahaja..

Bila dah berprasangka bukan-bukan..kita mesti akan rasa tidak puas hati dan ingin tahu sangat kenapa perkara sebegitu (tak bagi salam) boleh berlaku.. Sampaikan bersemuka dan bertanya pendapat akan hal ini dengan orang perempuan lain.. Perlu ke semua ini? Padahal tiada apa-apa pun.. Macamlah buat salah besar gila.. Semua orang ada perasaan malu kalau diperlakukan sebegitu.. Sampaikan masuk bab-bab hal lain-lain yang tidak berkaitan..

Apa ye pendapat korang? Salah ke tak salah? perlu ke orang perempuan yang memulakan ucapan salam dalam keadaan yang mana kita tak perasan orang itu memandang kita?

Bagi aku.. kalaulah yang perempuan tak perasan yang lelaki pandang..tak salah kalau dia yang bagi salam dulu kan? 

Pening pening...








Cover Nona November 2011..Cantiknya Datin Norjuma dan Neelofa ni


Wow.. tu ayat pertama yang keluar bila nengok cover Majalah Nona ni.. Pelakon yang tengah naik namanya, Neelofa dalam drama Jiwa & Lara.. Seorang lagi berstatus ibu anak 3.. Wah, tapi badan maintain je..Cun lak tu. Siapa yang tak kenal dengan nama Datin Norjuma ni kan..



photo dari FB Nona



Ada yang berminat nak baca cerita muka depan Majah Nona ni?Korang boleh baca kat SINI..



Thursday, October 20, 2011

Supermak? Supermom? hehehe ni Supercikgu..


Eh eh.. over lak tajuk entri ni. Supercikgu ke? nanti ada lak yang tak suka baca ni.. Tak pelah, just untuk suka suki je kan.. Jangan stress stress noo...

Hmm profesion perguruan ni, best.. semua kerja boleh rasa. Hehehehe.. bukan setakat mengajar, mendidik aje. Yang hal-hal lain pun momantai..

Nak dijadikan story kat sini, dah 3 tahun berturut-turut sekolah aku ni jadi AJK Hadiah & Cenderamata untuk Anugerah Sukan Negeri Sembilan.. Pasal apa ek? tak pernah nak turun pangkat bagi kat sekolah lain lak rasa..(keje yang baguih kot naaa)Hehehe puji la team sendiri.

Nilah antara sebab kekadang tak sempat nak update blog selalu. Cuma kalau time dah rindu sangat nak berblog..bila baca blog orang lain selalu diupdate..barulah terkial-kial nak menaip..(Panahan Alam Blogging. hehehehe)

Ok, kali ni..MB Negeri Sembilan yang akan hadir..Terngiang-ngiang di telinga ku bila HM aku tanya..sape akan naik pentas hulur hadiah masa dengan MB nanti? Pilih yang manis-manis eh.. hehehe last sekali HM kata, semua cikgu manis..

Jomlah layan gambar yang sempat snap tadi..


Ini kiranya dah kurang sikit dari tahun lepas.. Berat tau. Camno la nak angkat nanti..
Apa ada dalam kotak hadiah tu? Surprise..(bak kata Eric Leong)


 Ini antara piala yang nak bagi kat pelajar yang dapat anugerah khas sukan..


 Ini rasanya untuk Olahragawan dan Olahragawati Sukan




Ini antara cenderamata. Rasa macam hantaran kawin lak. Cantik aje..
Nilah namanya kalau bagi kerja kat cikgu perempuan ye. Bab bab ni sangat detail.
HM pun suka hati..



P/S: Jadi cikgu ni macam SuperCikgu pula rasanya.. hehehe.. 
HM tu untuk Head Master (Pengetua)..






SK-II Promotion; Enjoy 5X Bonuslink Points and Voucher at Festival City Kuala Lumpur


Wow.. Ada promosi dari SK-II bersempena dengan pembukaan outlet baru SK-II lah..

 Klik gambar untuk paparan yang jelas..TQ




Terjumpa pula promosi ni kat wall facebook aku.. Untung gak bila like FB SK-II ni..

So, aku taip balik lah..kalau-kalau korang tak nampak kan..

Good news everyone! Our store at Parkson @ Festival City Kuala Lumpur will be opening tomorrow (hari ni lah) with a very special promotion. From the 20th to the 23rd of October, enjoy 5X Bonuslink points and additional voucher withh every RM150 spent.

Outlet baru Parkson tu kat FESTIVAL CITY KUALA LUMPUR.. ok, kalau korang tak tau..ni ada mapnya.. Moh nengok sini MAP ke Festival City KL. Dekat Danau Kota ye.. Orang KL mesti tau ni kan..


Kat sini aku letakkan map nak ke Festival City KL. Klik gambar kalau nak tengok jelas k.. TQ




Banyak gak store kat situ.. Gerenti sesak la jalan situ ye.. Tapi kalau ada pengguna SK-II yang ingin dapatkan promosi ni..mesti akan cari masa yang sesuai nak ke sini kan.. Aku pun akan cuba gak untuk ke sana.. Bukan selalu ada promosi cam ni. Kalau ada pun, kena tunggu hujung tahun ni. Sempena hari Krismas kan...

Jom jom kita rembat apa yang patut.. hehehehe



Wednesday, October 19, 2011

Quarter Pounder With Cheese dengan Harga RM6.99 Jom Mc'Donalds


Siapa kat sini yang peminat burger Quarter Pounder With Cheese? Moh le kita gunakan kupon ni untuk dapatkan harga RM6.99 aje.. Mula dari 17 Oktober 2011 - 25 Oktober 2011 ni. Cepat cepat.. ada lagi 6 hari je lagi ni..




Apa yang perlu korang buat?Mudah aje..

1. Download dulu kupon ni kat sini.. KUPON
2. Cetak kupon tu yang sama macam gambar kat atas ni. Tak kisah hitam putih atau berwarna. 
3. Bawak je lah kupon yang dah siap cetak tu kat mana-mana Mc'D. 
4. Order je dah serahkan kupon tu..
5. Lepas tu dah leh ngap..

Nak dapatkan info lebih lanjut..jom ke website www.mcdonalds.com.my

Jom kita print dah redeem voucher tu..




Contest Poster Merdeka..


Walaupun Bulan Kemerdekaan dah lama lepas..tak pelah. Just nak share hasil pelajar Grafik aku yang berbakat besar tu..

Gambar poster merdeka ni dah lama dalam draft aku.. Just up kan jelah terus entri ni.. Ini mengikut turutan pemenang..

Ramai gak yang hantar,dan pemenangnya pun dah dapat hadiah. Aku je yang tak publishkan entri ni lagi. Baru skang nak publish. Waaaa amik masa tul nak buat. Tapi tak pelah kan.. kita cuci-cuci mata je nengok nya..

*Kalau nak paparan yang lebih besar, boleh klik pada gambar ye.. 










Ada antara pelajar aku ni memang berbakat besar pun.. Ada yang sampai tanya kat aku..camne nak sambung blaja kat Lim Kok Wing Universiti.. Bagus, ada cita-cita juga nak sambung belajar kan.. Walaupun sebenarnya ramai yang pandang rendah sikit pada kelas mata pelajaran vokasional (MPV) ni..

Tapi, tak pe..cikgu dah bagi semangat supaya buktikan yang sesiapa saje boleh berjaya.. Caiyok- caiyok untuk SPM ni nanti..

P/S: korang rasa poster mana yang ok?





Tuesday, October 18, 2011

Belailah Bibirmu.. Bak Baby Lips




Memang sesuai jadi duta Lip Ice.. Cun nya.. Lisa hanya gunakan Lip Ice aje..tapi bibirnya tetap menawan kan?
credit pic to website LIP ICE


Belailah Bibirmu, Bak Baby Lips.. Hehehe..bibir ni nak kena jaga juga kan? Biar pun tak seseksi bibir Angelina Jolie.. tapi haruslah dirawat. Betul tak?



SLOGAN LIPICE SIHATKAN , SENYUM BIBIRMU.. memang sesuai sangatkan?


Bukanlah kaum wanita ni setakat nak berlipstik aje. Tapi lebih baik kalau ada sedikit perawatan pada bibir. Tak de lah nanti bibir kering je.. Eh..tau tak..kalau kita asik basahkan bibir kita dengan air liur kita... ianya akan buatkan bibir kita jadi lagi kering. Bukan membasahkannya.. 

Haaaa apa rawatan yang paling senang dan best? Tentulah guna LIP BALM kan. Sekarang ni dah banyak jenama yang ada unsur-unsur Lip Balm ni. Macam LIPICE, Silkygirl, Nivea dan yang terbaru ni lak ada dari Maybelline..

Sebabkan aku ni dari kategori bibir kering gak..dan lip balm produk D'navechee aku dah kontot nak habis..so, pergilah survey-survey kat Watsons..Kebetulan, sekarang ni ada promosi habis-habisan.. 


TAHU TAK KORANG?

Bibir tidak menghasilkan lembapannya secara sendiri kerana bibir tidak mempunyai bendalir peluh dan sebahagian bendalir minyaknya sangat tipis dan sensitif berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.

Malah, saat jatuh sakit,diet tidak seimbang dan persekitaran yang kering mengganggu kitaran sel bibir menyebabkan bibir merekah, mengelupas dan menjadi kasar.

credit kepada Majalah Intrend Bulan 9,2011.

Kalau nak dapatkan lebih banyak info..jom ke website LIPICE..


Dari info yang aku baca tu..maka mulalah pencarian Lip Balm..
Rambang mata gak nak cari dan pilih.. Lastly nak try BABY LIPS dari MAYBELLINE ni lah.. Aku pilih Smoothing Cherry.




Haaa nilah yang aku amik. Tak mahal pun. Hanya RM10.90 aje..





Rasa-rasanya..pas ni aku akan ke Watsons lagi sebab masa tanya kat cashier Watsons..dia kata ada offer sampai 26 hb Oktober ni..




Nak tambahkan lagi koleksi Lip Balm..kali ni nak beli Lip Ice plak.. Aku ni beli lipstik banyak..tapi yang cepat habis hanyalah Lip Balm ni je lah.. jadinya berbaloi beli ni.. Hehehehe



P/S: Korang guna Lip Balm jenama apa? Yang mana satu korang suggest kan?Jom kongsi-kongsi.. Hehehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...