Nuffnang Ads

Tuesday, October 18, 2011

Belailah Bibirmu.. Bak Baby Lips




Memang sesuai jadi duta Lip Ice.. Cun nya.. Lisa hanya gunakan Lip Ice aje..tapi bibirnya tetap menawan kan?
credit pic to website LIP ICE


Belailah Bibirmu, Bak Baby Lips.. Hehehe..bibir ni nak kena jaga juga kan? Biar pun tak seseksi bibir Angelina Jolie.. tapi haruslah dirawat. Betul tak?



SLOGAN LIPICE SIHATKAN , SENYUM BIBIRMU.. memang sesuai sangatkan?


Bukanlah kaum wanita ni setakat nak berlipstik aje. Tapi lebih baik kalau ada sedikit perawatan pada bibir. Tak de lah nanti bibir kering je.. Eh..tau tak..kalau kita asik basahkan bibir kita dengan air liur kita... ianya akan buatkan bibir kita jadi lagi kering. Bukan membasahkannya.. 

Haaaa apa rawatan yang paling senang dan best? Tentulah guna LIP BALM kan. Sekarang ni dah banyak jenama yang ada unsur-unsur Lip Balm ni. Macam LIPICE, Silkygirl, Nivea dan yang terbaru ni lak ada dari Maybelline..

Sebabkan aku ni dari kategori bibir kering gak..dan lip balm produk D'navechee aku dah kontot nak habis..so, pergilah survey-survey kat Watsons..Kebetulan, sekarang ni ada promosi habis-habisan.. 


TAHU TAK KORANG?

Bibir tidak menghasilkan lembapannya secara sendiri kerana bibir tidak mempunyai bendalir peluh dan sebahagian bendalir minyaknya sangat tipis dan sensitif berbanding dengan bahagian tubuh yang lain.

Malah, saat jatuh sakit,diet tidak seimbang dan persekitaran yang kering mengganggu kitaran sel bibir menyebabkan bibir merekah, mengelupas dan menjadi kasar.

credit kepada Majalah Intrend Bulan 9,2011.

Kalau nak dapatkan lebih banyak info..jom ke website LIPICE..


Dari info yang aku baca tu..maka mulalah pencarian Lip Balm..
Rambang mata gak nak cari dan pilih.. Lastly nak try BABY LIPS dari MAYBELLINE ni lah.. Aku pilih Smoothing Cherry.




Haaa nilah yang aku amik. Tak mahal pun. Hanya RM10.90 aje..





Rasa-rasanya..pas ni aku akan ke Watsons lagi sebab masa tanya kat cashier Watsons..dia kata ada offer sampai 26 hb Oktober ni..




Nak tambahkan lagi koleksi Lip Balm..kali ni nak beli Lip Ice plak.. Aku ni beli lipstik banyak..tapi yang cepat habis hanyalah Lip Balm ni je lah.. jadinya berbaloi beli ni.. Hehehehe



P/S: Korang guna Lip Balm jenama apa? Yang mana satu korang suggest kan?Jom kongsi-kongsi.. Hehehe





4 idea dari anda:

Suhaila Mohd Nasir said...

wah cantik nye

Ietams said...

lisa tu mmg cantik.. natural beauty

hanani said...

su> lisa ni memang cantik kan.. :)

hanani said...

ietams>aah natural beauty.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...