Nuffnang Ads

Tuesday, October 25, 2011

Cikgu Apa-Apa Ajer..Semua Bisa Diatur..


Baca tajuk entri.. macam best aje. hehehe, Tapi kalau siapa yang bergelar guru..mesti akan fahamkan dengan tajuk tu. Cikgu bukan setakat mengajar anak murid dalam kelas sahaja tetapi hal-hal lain yang berkaitan dengan pelajar, sekolah dan Jabatan..



Ok, ok..jom aku story pasal majlis ni.. Anugerah Kecemerlangan Sukan MSS Negeri Sembilan diadakan setiap tahun. Dan tetiap tahun jugalah sekolah aku akan terpilih menjadi AJK Hadiah & Cenderamata. Selama bermingu-minggu juga kerja kitorang nak membungkus hadiah, mencetak sijil dan mendekorasi hadiah yang akan diberikan pada hari ni. Inilah bahagian yang paling penting semasa majlis anugerah ini berlangsung.


Tahun ni, MB Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Bin Hasan yang akan menyempurnakan majlis anugerah ni. Jadi protokol pemberian hadiah sangat dijaga.. Susah juga, pening kepala masa buat rehersal semalam. Banyak sangat ketua nak bagi arahan.. 


Alih-alih..hari ni, MB pun jadi tukang amik hadiah dan beri pada pemenang. Hehehehe patutnya MB jadi pemerhati aje.. Suka hati lah.. yang penting kami AJK hadiah ikut protokol.. 



Ok, sebelum majlis bermula..amik kesempatanlah dulu snap-snap gambar dengan "Mockcheque" dari ESSO Malaysia Berhad. Masa ni, hati dah berdebar-debar dup dap dup dap.. Senyummmmm..



Majlis dijalankan di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan.. Kali ni ramai juga tetamu yang dijemput. Dah lah kebetulan kena pula masa tengah nak cuti raya Deepavali.. Gambar makanan tak sempat nak snap. Masing-masing lepas selesai je tugas..terus ngap makan..



Inilah antara hadiah yang kitorang dok pulun hias.. macam-macam hal lah.. Bab hadiah ni yang paling cerewet. Ada yang last minit tambah hadiah. Tahun ni lah last aku memberikan keringat dan masa ku.. Tahun depan ganti orang lain pula la.. Paling aku suka nengok ialah bunga hiasan warna purple tu.. gojes dan sangat padan. Ini yang orang Jabatan Pelajaran suka ni..



Last sekali , kita posing kat tangga pun jadilah.. hehehehe.. Mungkin tahun depan bertukar ganti dengan cikgu lain pula.. Adios..




4 idea dari anda:

aten said...

Had been replacement teacher and i understand the title..;p

hanani said...

aten> hehehe TQ sebab faham.n Thanx sebab komen sini. :)

Gaara said...

dlm proses nk jd cikgu..entah mcm mane rasenya...huhu

hanani said...

gaara>Tahniah.welcome to the club.. :) jadi cikgu best..Bukan semua orang boleh jadi cikgu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...