Nuffnang Ads

Wednesday, October 5, 2011

Kenduri doa selamat akak untuk tunaikan Ibadah Haji..

/hihi

Lama betul story pasal kenduri akak aku ni nak post kan kat sini.. Masa dan masalah internet yang sangat-sangat slow skang ni buatkan aku fed up nak update blog.. Kenduri akak aku ni masa Sabtu lepas. Memula dia ingat nak buat kat kampung je. Tapi atas nasihat akak sulung ku.. jadi dia buatlah kat rumah dia kat Bangi. Yer la, senang kalau kawan-kawan dia nak mai datang. Dan sekurang-kurangnya jiran tetangga dia pun dapat tau..

Tapi..yang penatnya aku la.. Terpaksa nak kena balik kampung ambil mak n ayah aku dulu..baru lah ke Bangi.. Sian lak kan. Mak ayah aku dah lama gak tak kesana..apalah salahnya penat sikit untuk diorang kan..

Tapi nasib baik gak la, akak aku ni order katering je. Tak yah nak penat singsing lengan duduk dapur masak bagai.. relax la banyak.. Tapi penat nak mengangkut perabot umahnya bawak keluar la pulak.. Dah la suaminya minat dengan perabot kayu n jati.. berpeluh ketiak eden nak mengalihkannya..



Kenduri doa selamatnya start lepas Isyak.. Ramai la gak yang hadir.. penuh ruangan ni dengan orang surau dengan kengkawan diorang.. Hok pompuan dok luar dengan kat area dapur.. Malu la pulak aku nak snap snap gambar masa majlis bermula..jadinya tak dok la gambar eh..


Katering ni akak aku ambil yang simple je.. Tapi licin laaa... kira satu kepala RM8..standard murah la tuuuu..tak de berlaku pembaziran makanan kat sini. Penuh ruangan depan garage dia..ada bih kurang 100 orang gak la yang datang.



Last sekali meh snap-snap gambar dengan mak dan akak aku yang akan menunaikan haji pada 10 Oktober 2011 ni. Dia akan naik kat Senai, Johor sebabnya mak sedara aku ikut kuota anak Johor. Sebab dia tak de mahram..jadinya dia ajak la akak aku n husben nya g skali.. Katanya nanti Sultan Johor yang akan datang hantar depa nanti. Tak tau lah betul ke tidak..

Ok la..aku doakan akak, husbennya dan mak cik aku akan dapat tunaikan ibadah haji dengan kesihatan yang baik dan mendapat haji mabrur.. Amin..

/bye




4 idea dari anda:

Alin Marlini said...

semoga selamat pegi dan selamat pulang. Amin.

hanani said...

alin> yer mudah mudahan diorang selamat tunaikan ibadah haji..

ILHAM said...
This comment has been removed by the author.
KiD said...

moga dapat menunaikan haji dengan tenang.. barakallah..

http://shakiddo.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...