Nuffnang Ads

Friday, October 21, 2011

Perempuan tak beri salam pada lelaki?Satu isu besar?






Menjadi persoalan pada ku.. Adakah salah, silap, berdosa kalau kita orang perempuan tidak memberi ucapan salam pada orang lelaki yang mana boleh dikategori sebagai ketua pejabat kita?

Satu tanda soal besar dalam kepala.. Adakah ianya menjadi satu isu besar? Apa pendapat korang yer? 

Kadang-kadang kita ni mempunyai perasaan segan. Yer lah, sebagai orang Asia ni.. kita sedar sangat akan tentang menghormati orang yang lebih tua dari kita kan. Seperti yang sering diajar dan dipraktikkan dalam keluarga kita. Yang selalu diingat-ingatkan oleh ayah dan mak kita.. 

Tapi bila masuk tetiba pagi-pagi buta dalam keadaan yang tergesa-gesa tu...kita tidak memberi ucapan salam, ianya menjadi satu isu yang sangat besar juga. Takkanlah..kita nak cop yang bukan-bukan bila berlaku situasi seperti itu.. Ada masanya, kita harus peka dan faham situasi dan mood orang. Jangan sering berfikiran negatif. Sentiasalah beranggapan positif sahaja..

Bila dah berprasangka bukan-bukan..kita mesti akan rasa tidak puas hati dan ingin tahu sangat kenapa perkara sebegitu (tak bagi salam) boleh berlaku.. Sampaikan bersemuka dan bertanya pendapat akan hal ini dengan orang perempuan lain.. Perlu ke semua ini? Padahal tiada apa-apa pun.. Macamlah buat salah besar gila.. Semua orang ada perasaan malu kalau diperlakukan sebegitu.. Sampaikan masuk bab-bab hal lain-lain yang tidak berkaitan..

Apa ye pendapat korang? Salah ke tak salah? perlu ke orang perempuan yang memulakan ucapan salam dalam keadaan yang mana kita tak perasan orang itu memandang kita?

Bagi aku.. kalaulah yang perempuan tak perasan yang lelaki pandang..tak salah kalau dia yang bagi salam dulu kan? 

Pening pening...








4 idea dari anda:

madammondoq said...

eh.. marahnya... sabar2.. hehe..

KiD said...

saor je laa hanani.. kita balik pada asal je. hukum memberi salam adalah sunat, yang menjawab salam adalah wajib. :)

hanani said...

madammondoq> ni dah sabar pun.. malas nak marah2. hehehe

hanani said...

kid>yer lah..lain kali..bagi je salam kat sape2 yg lalu depan mata. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...