Nuffnang Ads

Wednesday, November 30, 2011

Rest N Go with GINTELL..


Rest N Go station with GINTELL? Famous gak benda alah ni sekarang. Kalau pergi mana-mana je  mesti akan jumpa ni kan? Sangat sesuai diletakkan kat mall kan? Memang pandai publisiti Gintell kan? Kalau dah penat-penat bershopping tuuuu sakit kaki, bolehlah berehat kan. Cukup sekadar letakkan RM1 aje dah terubat sedikit kepenatan berjalan satu mall tu kan. Tapi kalau nak lama pun ok aje..RM5 ke RM10 ke.. tak pun angkut je mesin ni kat Gintell tu bawak balik rumah. Lagi senang kan????





Nilah benda alah yang ramai gak yang dok guna. Aku pun try la gak guna mesin ni. Masuk RM1 pun jadiklah.. Best gak guna mesin ni. Ditolong urut belakang,kepala dengan kaki sekali.. Sangat best. Pas ni kalau jumpa lagi..mau aku terkam. hehehe...




Nak tau lagi lanjut? Moh le nengok gambar kat atas ni. Kalau nak setengah jam, masuk le duit RM10 dekat tepi mesin tu.. senang aje.




Macam budak dalam gambar atas ni...memula dia tengok-tengok aku duduk kat mesin tu, terus dia nak gak..so, akak dia la tolong masukkan RM1 aku rasalah...




Hehehe tengok keletah bebudak kat gambar atas ni.. menggeliat dia kena urut dengan mesin Gintell tu.. aku gelak je lah sambil snap gambar diorang.


Memang sesuai sangatlah Rest N Go station ni diletakkan kat mall tempat ramai orang yang akan menggunakannya. I like... Lepas dah relax..makin laju lagilah kaki ni window shopping...


P/S: Gambar ni semua diambil hanya menggunakan Samsung Galaxy S2.. Hehehehe



Saturday, November 19, 2011

Testing Samsung Galaxy SII..syok giler..

Assalamualaikum,salam sejahtera... Testing gunakan Samsung Galaxy SII untuk buat entri kali ni. Baru je nak try godek2 Gajet baru ni.. Memang best lah..puas hati membelinya.. Jadinya,petang Sabtu ni explore gajet baru la nampaknya. Apa aktiviti korang hari ni?



Thursday, November 17, 2011

CONTEST : Get The LOOK With MADAMMONDOQ


Get The Look With Madammondoq? 
Bunyinya menarik kan?





Siapa madammondoq ni? Tak kenal ke? Nilah antara calon-calon bakal duta Maybelline gitu.. Korang dah tau ke belum yang madammondoq ni antara 4 blogger yang dipilih oleh Maybelline untuk Maybelline's Favourite Blogger Contest?  Tak tau lagi? Jom tengok dulu video kat bawah ni...




Dah tengok kan video? Amacam? Tertarik? Menarik? D Bomb? 


Haaa kalau lah korang suka sangat dengan cara madammondoq buat tutorial G.I Jane tu sambil bergaya ala-ala model gitu.. inilah masanya untuk kita sama-sama tolong VOTE untuk madammondoq Aku dah tolong dah. Korang pula la punya turn kena tolong madammondoq. Macamana nak tolong ye dak? 


Senang aje.. Just like 1,2,3 aje gitu.. FOLLOW aje arahan bawah ni. Bak kata Salleh Yaacob dan Raja Azura, I FOLLOW.. Tapi kali ni aku tukar jadikan I VOTE...



CARA-CARA NAK VOTE :

1. Korang kena masuk Facebook Maybelline NY dengan KLIK LINK INI.


2. Lepas tu, korang akan nampak ada 4 video gadis-gadis manis yang dipertandingkan untuk Maybelline's Favourite Blogger Contest.


3. Korang hanya perlu KLIK VOTE kat Video GI JANE !!!


4. Korang boleh VOTE setiap hari sekali aje sehinggalah tarikh 30 November 2011!!!. Tak rugi pun kan VOTE ni. Kali ni kita tolong VOTE MADAMMONDOQ. Lain kali, masa kita nanti..orang lain pula yang akan tolong. Tak rugi kita membantu. Bukan susah pun. Klik VOTE aje. Tak yah nak kena keluarkan duit dari poket kita..




OK SELESAI SUDAH..



Tapi, untuk yang berminat nak join contest ni pun boleh.. bolehlah ke page contest madammondoq ni.

Hadiah yang disediakan sangat menarik. Memang berbaloi kalau join. 

Nak tengok?Meh meh..

Tempat 1


Tempat kedua


 Tempat ketiga


Tempat keempat



Tempat kelima


Bestkan hadiah yang disediakan?
Hadiah Contest ini ditaja bersama Tetikusrusak.net



Dah Vote belum? Klik aje kat VOTE gambar GI JANE tu..


Gambar diatas dari page madammondoq


P/S: Harapnya adalah peluang aku nak menang salah satu dari hadiah kat atas tu.. Aku dah siap ikut semua 7 langkah yang madammondoq senaraikan.. Yippyyyy..




Wednesday, November 16, 2011

Warna-warni.. I LIKE, I LOVE IT




Anda sukakan warna? Banyak makna juga warna ni kan.. Warna memberikan keceriaan dalam hidup kita. Apa lagi kalau ianya betul-betul membuatkan kita happy. Ye tak? Dah macam warna pelangi gitu. Colorful...


Sebenarnya nak tunjuk ni ..


Yang ini sangat berbaloi beli sebabnya beli 4 aje barang, tapi dapat jimat dengan percuma 3 Double Square Round 2.8 L, dan juga exclusive purchase yang memang murah la..Hanya dengan bayaran RM24 aje aku dapat 4 lagi small rectangular saver (500 ml).. Memang best..



Prism Bowl ni memang limited release. Ikut hati sebenarnya masa beli ni. 
Tapi rasanya berbaloi beli. Cantik sangat.



 Tupperware ni saiz dia cute aje. Sesuai la nak letak kerongsang ke ubat ke.. Memang cute dan warnanya sangat memukau.. Lagi best sebab boleh masuk dalam beg tangan. Sesuai aje, sebab tak makan space yang besar pun..




Yang ini free sebab belian lebih dari RM480.. sangat suka akan warna purple ni..


Korang dah dapatkan koleksi tupperware bulan December punya? Ada banyak yang menarik tau. Tak tengok lagi katalognya? Jom KLIK SINI.



Tuesday, November 15, 2011

Memori UTM ; Sambutan Ulangtahun ke-25 Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat UTM


Setelah 9 tahun meninggalkan alam universiti, masih teringat-ingat dibenak ingatan aku akan zaman perit susah senang, gelak tawa aku bersama-sama rakan seperjuangan aku. Masa berlalu terlampau pantas..




Pintu gerbang UTM ni menggamit memoriku.. Kali pertama menjejakkan kakiku ke menara gading UTM.. yang mana ada yang gelarkannya Universiti Tolong Melayu. Ye ke? hehehehe. Ok, aku daftar diri atau lapor diri pada tahun 1998 di Kolej ke-6 atau Kolej Tuanku Canselor. Yang mana kolej ni jauh sikit lah dalam lingkungan Fakulti-Fakulti. Terasa beb turun naik bukit kalau tertinggal bas..Berpeluh-peluh ketiak eden ni ha. Yo la, zaman dulu tak semudah anak muda sekarang ni yang membawa kereta sendiri ke kampus.. Aku tak merasa tu semua..


Tapi yang paling bagusnya, aku tinggal kat dalam Kolej ni selama 4 tahun hingga aku tamatkan pengajian aku. Susah wooo nak maintain dok dalam asrama. Kena aktif gila-gila dalam kolej ni. Bila dapat e-mail ALUMNI dari UTM, terus terasa nak pergi majlis ni. Oh, lupa nak habaq mai. Aku adalah X-Sc. Komputer. Yang telah mendapat segulung ijazah pada tahun 2002. 9 tahun masa berlalu macam tu aje..




Dah lama sangat tak jumpa dengan geng-geng kecoh masa belajar dulu. Gambar atas ni masa malam pra-graduan pada tahun 2002. hehehe lawak sih gambar ni.  Jadi, majlis macam ni lah yang harus pergi untuk kuatkan lagi ukhwah persahabatan kan..Walaupun ada yang dok diluar negara, kerja diseluruh pelusuk Malaysia ni.


Teringat zaman fly fly malam-malam..Pak guard hambat lari ikut pintu belakang.. (yo yo je aku ni). Zaman tunggu bas Taman U kat pondok bas stable, melepak kat Danga Bay yang mana dulu tak le secantik macam sekarang ni. Dok lepak layan angin bayu Laut China Selatan gitu.. Makan-makan kat Stulang laut, window shopping yang bukan setakat window aje kat Angsana dengan City Square.. Jalan kaki jauh gila setakat sebab nak makan sedap kat pasar malam Taman U aje. Wahhhh manisnya untuk diingat. (Kalau sekarang ni nak suh jalan kaki memang tak le. Start enjin, tekan minyak aje le kejenya skang..)


Ok Ok.. Back to the topic..Siapa yang baca blog aku ni merupakan ALUMNI UTM? Ok.. minggu lepas aku dapat e-mail untuk invitation ke Sambutan Ulangtahun ke-25 Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat..


Meh tengok kat invitation flyers ni..



Ok, jom baca sikit info mengenai majlis ni..


MAJLIS : SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-25 FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT
TARIKH : 31 DISEMBER 2011 (SABTU)
TEMPAT : HOTEL PALM GARDEN, IOI RESORT PUTRAJAYA


Kalau berminat nak join, kena isi form kat atas tu la.. dan buat bayaran. Kalau nak bawa pasangan, kena tambah bayar RM70 dululah. Bayaran boleh buat melalui cek atau bank in terus.


Nak tau lebih lanjut, boleh klik pada gambar dibawah ini untuk paparan lebih jelas ye..




Ok, dah baca? Tak nak baca? Oklah.. yang senang punya cerita.. sape ALUMNI UTM FSKSM yang nak join majlis ni..boleh lah join ye.. best gak ni.

Ada ke kat sini yang X- UTM? Jom suai kenal nak? hehehe..




Monday, November 14, 2011

AVON Body Lotion Outspoken INTENSE by Fergie


Semua orang pernah dengar ataupun gunakan produk AVON kan? Aku pun adalah salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia ni yang merupakan ahli AVON dan memang ada menggunakan barangan AVON terutamanya body powder dengan barangan Avon Fashion Intimates.. Hehehehe, sangat sesuai untuk diri aku lah.


Semuanya bermula masa zaman aku belajar kat IPTA dulu. My senior yang masa tu ambil Master yang selalu beli barang AVON dan lelama tu, aku lak yang ikut jejak langkahnya. Tak de lah semuanya aku try. Ada juga yang tak sesuai dengan aku. Masa tu suka beli perfume AVON dengan brooch AVON. Ye la, masa zaman belajar dulu mana ada duit nak beli sangatkan. Harganya berpatutan kalau beli dengan menjadi ahli AVON. Ada banyak kelebihannya.


Ok la, ni nak cerita pasal produk hot dan famous dari AVON sekarang ni.. apa lagi kalau bukan perfume Outspoken INTENSE by Fergie. Baru-baru ni aku jengah butik Avon di Bandar Baru Nilai dengan niat dihati saje nak tengok produk terbaru dan nak ambil katalog yang terbaru Campaign 22, 2011. Dah alang-alang aku masuk tu.. mataku melekat pada promosi yang diletakkan. Haaa tak leh nak ambil gambar la pula dalam butik Avon tu..isk isk.. sedih je.




Apa promosinya? Haaaa beli body lotion Outspoken INTENSE dengan hanya RM10 dan perfume Outspoken INTENSE by Fergie dengan hanya semurah RM70 sahaja. Beza harga sangat ketara ye dengan yang dipromosikan. Ok, jom aku letakkan harga asal untuk body lotionnya.




Kalau ikut harga katalog, Body Lotion Outspoken Intense asal adalah RM25. Tetapi untuk promosi pengenalan, harganya ialah RM15.90. Kalau korang ahli Avon, sila tolak dengan 15% diskaun dan korang kena bayar RM13.50. Tapi aku telah membelinya dengan hanya RM10 sahaja. hehehehe...


 Body lotion ; RM10 sahaja




Harga untuk perfume Outspoken INTENSE by Fergie pula, ialah RM109. Tapi kalau korang ada dapat kupon diskaun RM5 macam gambar kat bawah ni, murah la sikit, iaitu RM88.40. Tapi kalau nak lagi murah.. beli lah kat butik AVON Bandar Baru Nilai. Hanya RM70 sahaja.. Sementara stok masih ada lagi banyak tu..


Kupon diskaun RM5 untuk membeli perfume Outspoken Intense




Apa yang bestnya Body Lotion Outspoken INTENSE by Fergie ni, semestinya lah baunya sama dengan perfume dia kan. Kalau nak tahan lama, biasanya kita akan pakai perfume dan body lotion. Lotion dia jenis tak le melekit-lekit. Terus melekat, menyerap bada kulit. Bau dia ok gak la..Ungkapan bauannya seperti

**Seri buah belimbing dan keindahan bunga markisa dengan kehangatan kesturi**


Korang suka gunakan body lotion?




Katalog Tupperware Bulan December Kempen 8/2011


Wow..kali ni kan Kempen Tupperware untuk bulan December iaitu sempena Krismas ni memang sangat cantik.. Kempen ni bermula pada 14 November hingga 31 December 2011.

























 Memang menarik kan kempen kali ni? Apa lagi.. jom la kita..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...