Nuffnang Ads

Monday, November 14, 2011

AVON Body Lotion Outspoken INTENSE by Fergie


Semua orang pernah dengar ataupun gunakan produk AVON kan? Aku pun adalah salah seorang dari jutaan rakyat Malaysia ni yang merupakan ahli AVON dan memang ada menggunakan barangan AVON terutamanya body powder dengan barangan Avon Fashion Intimates.. Hehehehe, sangat sesuai untuk diri aku lah.


Semuanya bermula masa zaman aku belajar kat IPTA dulu. My senior yang masa tu ambil Master yang selalu beli barang AVON dan lelama tu, aku lak yang ikut jejak langkahnya. Tak de lah semuanya aku try. Ada juga yang tak sesuai dengan aku. Masa tu suka beli perfume AVON dengan brooch AVON. Ye la, masa zaman belajar dulu mana ada duit nak beli sangatkan. Harganya berpatutan kalau beli dengan menjadi ahli AVON. Ada banyak kelebihannya.


Ok la, ni nak cerita pasal produk hot dan famous dari AVON sekarang ni.. apa lagi kalau bukan perfume Outspoken INTENSE by Fergie. Baru-baru ni aku jengah butik Avon di Bandar Baru Nilai dengan niat dihati saje nak tengok produk terbaru dan nak ambil katalog yang terbaru Campaign 22, 2011. Dah alang-alang aku masuk tu.. mataku melekat pada promosi yang diletakkan. Haaa tak leh nak ambil gambar la pula dalam butik Avon tu..isk isk.. sedih je.




Apa promosinya? Haaaa beli body lotion Outspoken INTENSE dengan hanya RM10 dan perfume Outspoken INTENSE by Fergie dengan hanya semurah RM70 sahaja. Beza harga sangat ketara ye dengan yang dipromosikan. Ok, jom aku letakkan harga asal untuk body lotionnya.




Kalau ikut harga katalog, Body Lotion Outspoken Intense asal adalah RM25. Tetapi untuk promosi pengenalan, harganya ialah RM15.90. Kalau korang ahli Avon, sila tolak dengan 15% diskaun dan korang kena bayar RM13.50. Tapi aku telah membelinya dengan hanya RM10 sahaja. hehehehe...


 Body lotion ; RM10 sahaja




Harga untuk perfume Outspoken INTENSE by Fergie pula, ialah RM109. Tapi kalau korang ada dapat kupon diskaun RM5 macam gambar kat bawah ni, murah la sikit, iaitu RM88.40. Tapi kalau nak lagi murah.. beli lah kat butik AVON Bandar Baru Nilai. Hanya RM70 sahaja.. Sementara stok masih ada lagi banyak tu..


Kupon diskaun RM5 untuk membeli perfume Outspoken Intense




Apa yang bestnya Body Lotion Outspoken INTENSE by Fergie ni, semestinya lah baunya sama dengan perfume dia kan. Kalau nak tahan lama, biasanya kita akan pakai perfume dan body lotion. Lotion dia jenis tak le melekit-lekit. Terus melekat, menyerap bada kulit. Bau dia ok gak la..Ungkapan bauannya seperti

**Seri buah belimbing dan keindahan bunga markisa dengan kehangatan kesturi**


Korang suka gunakan body lotion?




7 idea dari anda:

the::bored::sha said...

hanani..buat la GA..hadiah..lotion avon..hehehehe..cadangan aje..:))

hanani said...

sha>ada ke yg nak lotion avon ni? ok gak kan.. :)TQ

kak ina kl said...

dulu akak salah seorang dealer produk avon..skrg ni dah tak lah sebab ramai yang suka berhutang

ZYASH said...

Kat semua butik Avon ke lotion tu harga dia RM10? Memang murah kalau mcm tu.

hanani said...

kak ina>payah gak kan berniaga ni org dok hutang je..baik beli untuk diri sendiri je. Hati pun tak sakit kan. :)

hanani said...

Zyash>harga RM10 tu hanya kat butik avon bandar baru nilai aje. :)

madammondoq said...

i sekarang guna perfurm nya.. sangat wangi!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...