Nuffnang Ads

Thursday, November 10, 2011

Barang dari Makkah..Kotak Hancur Lebur..


Barang yang dipos oleh akak aku selamat sampai di rumah...Tapi sedihnya, kotaknya hancur. Bak kata posmen dari pejabat Pos Malaysia yang hantar tu..makcik, barang ni jauh dipos. Macamana la nak jaga. Nasib baik tak de yang keciciran..hehehe. Mana taknya.. kotak ni kan dicampak, dibaling aje kan..


Ok, meh tengok keuzuran kotak dari Makkah ni.. Sedihkan keadaannya. Siap bertampal-tampal lagi. Tak silap aku, posmen tu bagitau ada 5 jenis perkhidmatan penghantaran barang semasa ibadah Haji ni. Sebab apa posmen tu bagitau? Sebabnya tahun lepas, makcik aku ada juga poskan barang dari Makkah masa tunaikan ibadah Haji ni. Tapi sebabkan suaminya dulu kerja dengan MAS..jadinya penghantaran barang tu lagi baguslah dan kotak yang digunakan pun sangat tebal.. Tak de pun hancur. Lagi besar kotaknya dan siap ada kurma dalamnya..




Apa pula isinya? Sekarang ni, senang je kan. Belum habis ibadah Haji..barang dah boleh pos sampai ke rumah. Tak perlulah lagi nak kumpul dan tambah beli beg baru masa nak balik nanti. Ringan la sikit beban kan.. Nak tunaikan ibadah haji pun senang aje. Tak yah nak fikir apa-apa lagi dah.

Ok jom tinjau-tinjau barang dalam kotak tu..




Ni adalah antaranya.. Ada gak aku perasan masa tinjau tu ada akak aku beli teko emas.. hehehehe
Tak berani lak nak punggah barang-barang orang ni walaupun akak sendiri. Tak best la kan. Nanti tunggu akak aku balik la baru meriah sikit. Ini tak tahu hak siapa lagi..


Semoga akak aku selamat tiba ke Malaysia pada 23 November ni dalam keadaan yang sihat walafiat dan dapat ibadah haji yang mabrur.. Amin...




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...