Nuffnang Ads

Tuesday, November 15, 2011

Memori UTM ; Sambutan Ulangtahun ke-25 Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat UTM


Setelah 9 tahun meninggalkan alam universiti, masih teringat-ingat dibenak ingatan aku akan zaman perit susah senang, gelak tawa aku bersama-sama rakan seperjuangan aku. Masa berlalu terlampau pantas..




Pintu gerbang UTM ni menggamit memoriku.. Kali pertama menjejakkan kakiku ke menara gading UTM.. yang mana ada yang gelarkannya Universiti Tolong Melayu. Ye ke? hehehehe. Ok, aku daftar diri atau lapor diri pada tahun 1998 di Kolej ke-6 atau Kolej Tuanku Canselor. Yang mana kolej ni jauh sikit lah dalam lingkungan Fakulti-Fakulti. Terasa beb turun naik bukit kalau tertinggal bas..Berpeluh-peluh ketiak eden ni ha. Yo la, zaman dulu tak semudah anak muda sekarang ni yang membawa kereta sendiri ke kampus.. Aku tak merasa tu semua..


Tapi yang paling bagusnya, aku tinggal kat dalam Kolej ni selama 4 tahun hingga aku tamatkan pengajian aku. Susah wooo nak maintain dok dalam asrama. Kena aktif gila-gila dalam kolej ni. Bila dapat e-mail ALUMNI dari UTM, terus terasa nak pergi majlis ni. Oh, lupa nak habaq mai. Aku adalah X-Sc. Komputer. Yang telah mendapat segulung ijazah pada tahun 2002. 9 tahun masa berlalu macam tu aje..




Dah lama sangat tak jumpa dengan geng-geng kecoh masa belajar dulu. Gambar atas ni masa malam pra-graduan pada tahun 2002. hehehe lawak sih gambar ni.  Jadi, majlis macam ni lah yang harus pergi untuk kuatkan lagi ukhwah persahabatan kan..Walaupun ada yang dok diluar negara, kerja diseluruh pelusuk Malaysia ni.


Teringat zaman fly fly malam-malam..Pak guard hambat lari ikut pintu belakang.. (yo yo je aku ni). Zaman tunggu bas Taman U kat pondok bas stable, melepak kat Danga Bay yang mana dulu tak le secantik macam sekarang ni. Dok lepak layan angin bayu Laut China Selatan gitu.. Makan-makan kat Stulang laut, window shopping yang bukan setakat window aje kat Angsana dengan City Square.. Jalan kaki jauh gila setakat sebab nak makan sedap kat pasar malam Taman U aje. Wahhhh manisnya untuk diingat. (Kalau sekarang ni nak suh jalan kaki memang tak le. Start enjin, tekan minyak aje le kejenya skang..)


Ok Ok.. Back to the topic..Siapa yang baca blog aku ni merupakan ALUMNI UTM? Ok.. minggu lepas aku dapat e-mail untuk invitation ke Sambutan Ulangtahun ke-25 Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat..


Meh tengok kat invitation flyers ni..



Ok, jom baca sikit info mengenai majlis ni..


MAJLIS : SAMBUTAN ULANGTAHUN KE-25 FAKULTI SAINS KOMPUTER & SISTEM MAKLUMAT
TARIKH : 31 DISEMBER 2011 (SABTU)
TEMPAT : HOTEL PALM GARDEN, IOI RESORT PUTRAJAYA


Kalau berminat nak join, kena isi form kat atas tu la.. dan buat bayaran. Kalau nak bawa pasangan, kena tambah bayar RM70 dululah. Bayaran boleh buat melalui cek atau bank in terus.


Nak tau lebih lanjut, boleh klik pada gambar dibawah ini untuk paparan lebih jelas ye..




Ok, dah baca? Tak nak baca? Oklah.. yang senang punya cerita.. sape ALUMNI UTM FSKSM yang nak join majlis ni..boleh lah join ye.. best gak ni.

Ada ke kat sini yang X- UTM? Jom suai kenal nak? hehehe..




6 idea dari anda:

- zuriey - said...

kita dulu pun dr fakulti sc komputer tapi kat uitm

Aynora Nur said...

saya x-UTM bru grad MBA 2011. Fakulti IBS (Int'l Business School), slm kenal. jom follow sy.

KiD said...

my sha ex uitm shah alam gak.. hehehe

hanani said...

zuriey>oic..tapi tetap sama cos kan.. salam kenal zuriey. :)

hanani said...

Aynora> salam kenal gak.. dah lama tak jejak kat UTM tu. Mesti banyak yang baru kan. Ok, i follow u dear.

hanani said...

Kid>oic..tapi saya UTM Skudai.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...