Nuffnang Ads

Friday, November 4, 2011

My Happiest Moment


Saat-saat gembira yang tidak mungkin akan dilupakan..




Masa ni, tengah aku dok gelak-gelak..ada pulak jurugambar bertauliah datang dekat dan snap gambar aku. Ingatkan saje suka-suka je..Hehehehe tapi kenangan ni tak mungkin akan dapat balik dengan bayaran.. Tapi bila tengok balik gambar ni...ianya mengimbau kembali kenangan manis aku bersama-sama dengan kengkawan yang terus tersemat di ingatan.. (waahh gitu...)




Happy Photography? Yess!!!!! Gambar yang sangat menerangkan segala-galanya bagi aku dan kengkawan. Ada cerita disebalik gambar ni tau.. Hehehehe..




Ok..meh-meh nak story sikit. Sikit je lah kan.. Kang bebanyak kang bosan lak orang yang nak membacanya.. (hehehehe macamlah ramai sangat readers). Ini masa kitorang nak buat jamuan akhir lepas belajar.. Dah tua-tua pun, masih lagi tambah ilmu didada. Tapi tua pun, awet muda gak gitu..(perasan lebih la pulak ni..)




Boleh lak kitorang plan saje-saje sesuka buat line ala-ala macam catwalk gitu.. Rasanya aku yang over masa ni. Masa ni memang semuanya kaki bergambar sebabnya..kitorang ada ambil subjek fotografi., Jadinya adalah kamera besar gedabak tu yang kena diexplore. Jadi, itu yang masing-masing gian menembak tu. Pantang aje nampak kamera..semuanya buat ala-ala pose model gitu.. Bila ingat balik, mesti gelak aje.




Senyum..Bila kita senyum..secara automatik kita akan awet muda. hehehe ye ke tak? Mestilah ye kan. Otot-otot kat wajah kita akan bergerak-gerak (ayat apa lak ni.. ok aje lah). Ini buatkan wajah kita akan sentiasa nampak lebih muda sikit lah. Jadinya, apa kata kita pakat ramai-ramai senyum sekarang ni. Bak kata guru kaunselor sekolah aku, jom cakap TIGAAAAAAAAAAAAAA... mesti mulut kita terbuka bak senyuman gitu. Cuba korang cuba.. hehehe..


P/S : Korang ingat tak lirik lagu senyum Malique dengan Najwa? Tak ingat? Ni haaa "Kalau kita senyum, semua orang berjangkit, Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit". Betul juga kan lirik ni.. Jadi jom lah SENYUMMMM..




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...