Nuffnang Ads

Sunday, November 13, 2011

Nak Jual Minyak???


Haaaa apa? Nak jual minyak? Biar betul....


Minyak ni ada banyak jenis. Minyak kereta, minyak gas, minyak wangi.. Boleh dikatakan macam-macamlah. Jom tengok gambar ni. Minyak apa ni ye?




Hehehehe ni kotak minyak. Ada banyak jenis minyak yang akak aku beli dari Makkah. Harum juga la kotak yang diposkannya tu. Ada juga minyak Rawdah Madinah. Tapi sedap harum baunya tau. Nama gelarannya minyak 'atar.. Selalunya yang suka pakai minyak ni ayah aku lah. Kalau nak pergi solat kat masjid atau surau..mesti dicalitnya, Habis melekat sampaikan kat tombol pintu pun boleh berbau..




Ini gambar selepas dah dikeluarkan dari kotak asalnya. Banyak jenis minyak ni. Minyak Habbatus Sawda (Black Seed Oil) pun diborongnya. Banyak tau manfaat minyak ni. Ianya boleh diminum terus untuk tujuan kesihatan.. Ada juga minyak zaitun yang dibawa balik. Semua yang dibeli memang ada khasiatnya lah..Tapi yang pastinya, aku takkan ambil la minyak wangi tu kecuali minyak Habbatus Sawda tu je. Kat Malaysia ni harganya boleh tahan juga la kan..


P/S: Korang tau tak khasiat minyak zaitun atau minyak habbatus sawda ni? Jom share info..





0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...