Nuffnang Ads

Wednesday, November 9, 2011

What would Puss in Boots do?



Wow!!! Puss In Boots 3D masuk panggung dalam waktu terdekat ni.. Sebelum ni, dok menunggu gak nak tengok citer Puss In Boots dalam 3D ni.. Mesti lagi best. Jadinya aku tak nak melepaskan peluang menonton movie ni. Bukannya apa, dapat juga menghilangkan tekanan bekerja. Walaupun movie kartun..tapi best tau.




Puss in Boots




Macamanalah caranya nak tumpaskan penjahat kalau aku diberi watak Puss dan Kitty Softpaws ni? Agak-agaknya aku nak gunakan cara apa ye??? hehehehe


Kalaulah dah namanya Puss in Boots, makanya... keunikannya ataupun kekuatannya pada boots la kan? Jadinya aku rasa, kalaulah aku memakai boots yang ala-ala ganas macam leopard ni, ianya akan memberikan aura kuat pada aku untuk menumpaskan penjahat ni.. Haaa cuba tengok gambar kat sini.. Ganaskan? Hehehehe








Kekuatan aku yang lain, semestinyalah pada taring dan kuku aku yang tajam ni.. Walaupun muka Puss dan Kitty Softpaws ni cute aje dan ala-ala manja gitu.. Taringnya dan kukunya membantu sesangat untuk menundukkan musuhnya. Haaa kalau tajam macam dalam gambar ni.. maunya tak seriau. Sekali kena gigit, cakar..berbekas tak menghilang ni. Silap-silap haribulan..bisa gigitan sampai kedalam dan dapat membuatkan pemangsanya duduk dalam hospital..



Aku juga akan gunakan ketangkasan aku untuk berlari dan memanjat dengan tangkas. Belum sempat penjahat nak buat apa-apa..aku yang terkam dia dulu. Macam kucing kat rumah aku.. bukan main laju lagi dia berlari lintas jalan. Pandai tau kucing ni..




Deria pendengaran dan bauan yang tajam dan peka juga amat membantu aku dalam misi penyamaran untuk menghapuskan penjahat..




Ok, aku rasa dengan cara ini, mungkin aku (watak Puss dan Kitty Softpaws) dapat menumpaskan kejahatan yang seringkali berada disekeliling kita sekarang ini..


Harapnya dapatlah aku tonton movie Puss in Boots 3D.. best ni tengok.. Yang part paling best mestilah lagu dan aksi Puss ni nanti.. Tak sabar pulak rasanya. Mesti lagi best kan? Sudah semestinya..


OK..Jom WATCHAAA....


**Pic credit to Google



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...