Nuffnang Ads

Friday, December 30, 2011

Gambar Tadika, Remaja, Dewasa..lain betulll?


Dalam pada mengemas dan selak-selak balik album lama..terjumpa pula gambar kiut kiut aku masa dulu..



 Ini gambar yang diambil semasa nak masuk Tadika. Pergi kedai gambar dengan ayah. Sebab tu lah kolar baju aku tu satu ternaik. Ayah tak perasan nak betulkan baju anak dia yang comel ni. hehehehe



Ini gambar yang diambil untuk buat kad pengenalan aku masa darjah 6. Yang ni buat kat Jabatan Pendaftaran Negara KL. Pergi dengan ayah gak uruskan segala borang dan ambik gambar. Ingat lagi kenangan ni. Pergi berdua aje dengan ayah..

 

Yang ini pula gambar yang diambil semasa nak masuk Universiti Teknologi Malaysia. Kan kena ada gambar ukuran passport kan. Masa ni dah pakai tudung memolek. Gambarnya tinggal satu aje. Dah berlipat-lipat pula. Kenangan ni. Lawak je..



Yang ini pula gambar on the spot, nak tukar kepada kad pengenalan baru dengan alamat baru. Masa ni dah pindah kampung..tapi kad pengenalan dah bertahun-tahun tak tukar. Ini masa habis belajar kat UTM Skudai. Masa ni tengah dok cari kerja.. Hehehehe..kalau tunjuk kad pengenalan aku, ramai yang kena tengok dua tiga kali. Sebab saiz muka dah tak sama macam sekarang. Nampaknya kena tukar lagi lah kad pengenalan aku nampak gayanya.. Pernah berlaku satu kejadian aku nak keluarkan duit..pegawai bank tu siap tanya ni kad pengenalan adik ke?Aku kata bukan..nasib baik cap jari sama.. Hehehehe



Yang ni gambar terbaru aku snap semalam masa kat kampung. Hehehe..berubah-ubah kan muka.. sekarang ni dah bam bam bam.. Huhuhuhuhu Misi Pengurusan dijalankan dengan segera.




Thursday, December 29, 2011

Kenangan Mengusik Minda.. Hehehe


Masa kat rumah mak aku hari tu, tergerak hati ni nak tengok balik buku-buku lama kat rak buku bilik aku. Dalam masa tengah layan satu persatu tu... terjumpa pula buku diari dan album lama aku masa zaman-zaman belajar dulu..hehehe lawak pulak bila ingatkan balik.



Album lama yang dalamnya bukan aku letakkan gambar tapi segala macam jenis kad dan bait-bait lagu yang ada dalam ni. Album ni memang beli khas nak letakkan segala kenangan persekolahan dulu. Masih elok lagi terletak kat rak buku aku..



Inilah 4 khazanah lama alam persekolahan dulu. Buku sebelah kiri tu adalah buku autograf masa sekolah rendah dan menengah. Penuh tau mukasurat dalam buku tu tercoret oleh tulisan dan idea-idea menarik kengkawan aku dulu. Mana taknya penuh..zaman sekolah rendah dulu suka kira dan tengok sape punya buku autograf yang paling banyak orang tulis..(SRK Jalan Kuantan 1,KL dalam ingatan aku. hehehe, katanya sekolah aku ni dah dijadikan asrama 1 Malaysia ke asrama wawasan ntah.Ni dekat Tasik Titiwangsa ni) Masa sekolah rendah, keluarga aku memang dok KL sampailah aku Tingkatan 2..baru berpindah ke Johor.



Inilah antara yang aku tak tahan..siap tampal gambar KRU.. Bayangkanlah zaman apa ni. Hehehehe.. Masa tu memang tengah panas KRU.. Ni kiranya peminat die hard fan KRU ni. Lawak sihhh.. Mana lah rehan ni skang kan.



Wahhh masih lagi simpan kad kad ni.. Masih elok lagi.. caya lah..Dulu masa belajar, ada meja belajar kan..ada softboard kan.. jadinya tampal lah segala benda nih.. kah kah kah.. Kalau diingat ingatkan memang nak gelak aje. Tapi yang aku ingat, tetiap tahun akak aku tak penah miss hantar kad ucapan. Laa ni je, wish guna sms..



Ada lak ayam n Erra Fazira punya poskad album 2.5 sayang..siap ada love love gitu.. hehehe zaman beradik adik angkat ni. Ini masa sekolah menengah teknik dulu ni..



Ada pula terselit kad ke Menara KL dengan Pusat Sains Negara. Ehh best giler pergi lawatan masa ni.. Riuh rendah segalanya lah. Dan sekarang ni aku pula merasainya dengan membawa student aku lak pergi lawatan. Payah tau nak jaga anak orang ni.. huhuhu



Ini masa zaman suka baca dan beli majalah KOMIK UJANG.. ada lak terselit kat album belakang ni.. memang teringat zaman kegemilangan aku dulu lah.. Kelakar dan tergelak dalam hati sesorang je lah kan. Sekarang ni masing-masing dah ada keluarga sendiri, kehidupan sendiri. Dah lama tak jumpa kengkawan aku ni..


Korang ada tak macam aku ni?Simpan lagi ke kenangan zaman dulu-dulu?



Wednesday, December 28, 2011

Warna kehidupan...


 pic from google


Cantiknya bunga rose yang berwarna-warni ni. Ianya ibarat hidup kita juga yang sering berubah bertukar warna mengikut arus semasa.Yang penting,kita sendiri yang mengendalikannya. Kan??

Warna juga dapat menceriakan kehidupan harian kita. Aku suka dengan kalerful ni. Sangat meransang mataku. hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 26, 2011

Aku, Hanis Zalikha and Nani Rostam (mak Hanis Zalikha)..


Sebelum ni aku pernah tulis entri INSPIRASI ; Blogger Ibu dan Anak. Tak sangka pula dapat juga aku bersua muka depan depan dengan Hanis Zalikha dan ibunya kak Nani Rostam. Inilah yang seronoknya kalau dapat pergi event. Ramai bloggers terkenal dapat jumpa. 


Serius, memang cantik sangat blogger ibu dengan anak ni. Kalau orang tak tahu, maunya diorang kata adik dan akak. Korang yang kenal mesti akui dan caya dengan apa yang aku cakapkan ni.



Tengok aje gambar ni. Si tinggi lampai yang jelita ini. Sangat menarik tumpuan orang nak toleh dua tiga kali. Memang lengkap pakej yang ada pada Hanis Zalikha. Berjaya dalam pelajaran(best student tu) Sweetnya..
(Ruginya gambar ni tak jelas.Ada gegaran berlaku. huhuhu..)




Ini pula kak Nani Rostam. Awet muda kan? Sekarang ni depa ada jual collagen dust. Mungkin inilah antara rahsia mereka anak beranak kekal cantik, berkulit halus dan anjal. Jelesnya.. kak Nani kekal maintain slim tuuu.. Fuhhhh


Kak Nani Rostam ni juga blogger tau. Yang bestnya, anak-anaknya pun dikenali juga. Kiranya adik-adik Hanis Zalikha ni lah. Salah satu watak animasi BoboiBoy tu, menggunakan suara Alisya adik Hanis. Memang keluarga berbakat ni. Tahniah kak sebab berjaya dalam mendidik anak-anak. Seronok aje tengok family diorang. Kalau nak tahu lagi banyak..korang boleh baca blog Hanis Zalikha dan Nani Rostam. Klik je kat link nama tu.

p/s: nak panggil mak Hanis Zalikha dengan panggilan auntie pun janggal..kena panggil akak la baru sesuai kot. hehehe




Sunday, December 25, 2011

Jakel Sale 80%?Wahhh..Aku dah buat Lawatan Sambil Belajar.Korang?


Memula tu ingat tak nak la beli apa-apa pun kat Jakel a.k.a Astana Moda Melaka. Memang niat dihati nak temankan mak aku je, aku sekadar nak cuci-cuci mata je. Sangkaanku meleset weiii..tak tahan aku panahan mata kat kain-kain cantik dengan harga murah. Dah la aku ni susah nak dapat cari kain yang suka dibeli. Ini namanya,kalau tak cari..memang ada je yang cantik.


Jadinya,pejamkan mata aje beli 2 pasang kain je pun. Memula nak beli baju dah siap je..senang. Itupun boleh gak beli sepasang. Paling tak tahan tu,kain batik crepe terengganu..harga RM200,cantik..tapi tengok aje lah.Sebab baru je beli hari tu dengan harga yang sangat mahal aku pernah beli  seumur hidup aku.huhhhh


Jakel ni berbaloi beli masa akhir tahun..banyak murah wooo. Sape yang minat tudung Ariani ponnn patut beli masa ni. Separuh harga tuhhh. Tudung harga RM138,bila separuh harga dah berapa banyak untung tu? Aku dah lama tak beli tudung Ariani dan kurang minat dah. Hahaha


Korang dah buat lawatan sambil belaja ke Jakel tal?hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

Saturday, December 24, 2011

Panasonic dihati ibu ku..



Hari ni pencarian tv dilaksanakan. Bukannya apa.TV Samsung rumah mak aku ni dah kembang kuncup gambarnya. Dulu dulu kala kan saiz TV adalah besar tak ingat.Berat sesangat.Tak mampu aku nak angkat dan alihkannya..

Jadinya,aku jenjalan bawa mak aku pilih tv mana yang berkenan dihati. Memilih jenama itu sudah pasti.. Memula tengok jenama Sharp Aquos. OK gak la. Tapi tak puas satu kedai tengok.Kaki melangkah lagi kekedai kedua.Kat sini banyak gak pilihan. Mak dah berkenan TV Panasonic,tapi kena bawa balik n pasang sendiri.Ini yang aku tak berkenan..Selalunya,beli barang orang hantar dan pasang kat rumah kan.. Jadinya moh le cari kedai lain. Rezeki kedai lain nampaknya.

Akhirnya,nak juga aku puaskan hati mak aku..meh le naik keter pula.Sian mak aku kena jenjalan pula kan. Nasib ku baik hari ni..parking sangat senang nak cari. Kali ni betul-betul park depan kedai Panasonic. Akhirnya tersenyum juga mak aku..Ini pun share dengan abang n akakku.Share aku lebih la untuk membayaunya. Tak la mahal untuk TV 32 inchi Panasonic hanyalah RM950 sahaja. Sebelum balik tu,sempat gak sambar kasut sandal untuk mak aku kat President..

Payah gak kan nak cari barang letrik ni. Nasib baik tokei kedai tu ok. Nak letak deposit RM100 pon diambiknya. Hantar dan pasangkan siap dirumah. Memang puaa hati dengan perkhidmatannya..

Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, December 23, 2011

Menu Makanan ala Mediterranean di NAPBAS 2011


Ala Mediterranean? Camana tu? Pada mulanya dah chit chat dengan bloggers lain bab-bab menu yang akan dihidangkan pada malam tu. Of cos lah menu nasi tiada dalam senarai. Bukan tekak orang melayu je yang nak makan yek. Ramai blogger dari asia pasifik pun ada.. jadinya, tadaaaa menu ala Mediterranean.



pic taken from fanpage Nuffnang
Tak nampak kan apa yang dijamu kepada bloggers Nuffnang ? Ok meh tengok gambar lah..




Mediterranean Seafood Terrine with Wasabi Tobiko Dressing on Crispy Lettuce.



Puree of Split Pea Soup with Herb Twist



Grape Sorbet with Fresh Mint



 Pistachio Crumbed Baked Chicken Supreme with Thyme Gravy
served with lasagna potatoes & garden green vegetables



Tiramisu in Chocolate Cup
with strawberry & vanilla sauce



Secara keseluruhannya, memang kenyang lah makan. Roti yang disediakan memang terasa kegebuan dan sedap sangat. Tengok gambar pun boleh tahu kesedapannya.. Pencuci mulut tiramisu tu memang habis aku kerjakan dengan cup cup sekali aku ngap. hehehehe, best kan?


Kira ok la,makanan yang disediakan di Marriot Hotel Putrajaya. Kalau pergi sendiri nak makan kat sini, belum lagi lah kot. Ntah berapalah harganya pula kan? Hehehehe. Ada yang teringin nak try? Moh le terjah Marriot Putrajaya ni..




Thursday, December 22, 2011

Cerita dan Gambar Orang Baru Balik Haji..


Lamanya nak update cerita my sis pulang dari tunaikan haji hari tu. Simpan lama sangat dalam draft. Ok lah, jom layan gambar dari my sis masa di Makkah dan Madinah.


My sis, suami n mak cik aku naik dari airport Senai. Diorang naik MAS jumbo dan satu flight ni semuanya jemaah haji dari negeri Johor. Sebab, diorang ikut jemaah kerajaan Negeri Johor.


Masa tiba kat sana, diorang dibawa melawat ladang kurma. Haa, siap minum teh panas lagi dan makan kurma. Bersih je ladang kurma ni. Kalau korang ingat..cerita drama Cinta Madinah ada berlakon di sini.


Di ladang kurma ni juga ada menjual kurma, zaitun dan macam-macam lagi lah.


Ok, ikutkan cerita akak aku..ini suasana perjalanan dia ulang alik dari masjid kat Makkah. Memang banyak kedai sepanjang dia jalan kaki nak balik hotel penginapan. Masa nak balik nilah dia buat tawaf Qidai dengan suami dia. Hehehe.. apa tu tawaf qidai? Shopping laaaa


Haa, nengok tu. Abang ipar aku..try bau minyak wangi. Penuh kedai dengan botol perfume. Yang botol besar kaler kaler atas meja tu  ialah lotion. Boleh dibeli dengan timbangan aje..


Ini suasana dalam khemah masa wukuf. Kalau ikut pakej muasassah ataupun pakej yang bayar mahal-mahal tuuuu..kat sini juga lah tempatnya. Dekat tiang-tiang tu dah disiapkan nombor dan kena duduk ikut kawasan tiang kita tu la..


Ini juga masa wukuf. Kena pakai kain ihram duduk di padang.. ramai kan umat Islam seluruh dunia yang tunaikan haji setiap tahun.


Ini pula kalau tak silap masa nak pergi melontar..


Kawasan ni kalau waktu siang akan dibuka payung tu. Orang boleh sembahyang kat bawahnya..


Ya Allah.. ramai sangat orang. Bilalah masa untuk aku kesana pula ? InsyaAllah...


Bila dengar my sis cerita pasal tunaikan ibadah haji ni. Terasa sangat sangat nak pergi masa muda ni. Semuanya memerlukan tenaga kat sana. Best sangat dengar dia cerita. Ini kan pula kalau pergi sendiri dan alaminya sendiri kan?




Wednesday, December 21, 2011

Eyriqazz diapit dengan blogger Si Dara dan Mak Dara



me, Shaira,Hazey, Eyriqazz, Cik Lily Putih, Zoe, Mak Dara


Hehehe, nampak blogger Eyriqazz malu-malu sebab diapit oleh blogger-blogger dara dan mak dara.




Tuesday, December 20, 2011

Jom kenal Blogger Xia Xue ; Best Blog Awards Nuffnang


Korang kenal tak dengan Xia Xue? Pada malam NAPBAS hari tu, baru aku mengenali akan kewujudan blog Xia Xue yang memang sangat terkenal ni. Orangnya cute aje. Dan penampilannya sangatlah K-Pop kan? Rambut pink pink lagi. Memula ingatkan rambut palsu. Tapi, original ok.. Sesuai dengan dia..Macam barbie doll aje. Cute sangat..


me and  Xia Xue


Kalau korang masuk blog dia, memang sangat tergoda dengan kaler temanya pink. Follower dia sangat ramai dan orang yang terjah blog dia hampir 40, 000 sehari saje. Ohhhh ramainya.. Orangnya pun nampak ramah aje malam NAPBAS hari tu. Ramai sangat yang kerumun dia nak ambil gambar. Dia layankan aje. hehehe


Malam NAPBAS hari tu je, dia menang 2 awards iaitu Most Influential Blog dengan Best Blog Awards. Wah.. terus aku teruja nak terjah blog dia. Memang patut pun menang. Kalau korang nak tau..pergilah terjah. Aku dah linkkan blog dia kat nama dia tu..Klik aje..



Tahniah kepada pemenang NAPBAS 2011. 
Tahniah juga kepada Beautifulnara kerana mewakili blogger Malaysia yang menang untuk
kategori  Best Entertainment Blog.
Pic taken from fanpage Nuffnang.



Sangat seronok dapat kenal ramai blogger pada malam NAPBAS 2011. Harapannya tahun akan datang dapatlah jumpa lagi yek..




Monday, December 19, 2011

Gambar Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011


NAPBAS Batch 1
NAPBAS Batch 2

Hehehehe siap buat link lagi. Senang kan nak tengok. Ok, kali ni nak sambung cerita. Disebabkan sampai awal dulu kan.. jadinya sempat lah aku berjumpa dan chit chat dengan blogger Mak Dara, Hazey dengan Shaira. Blogger mesti ramah kan? Tak la rasa kekok. Diorang memang best lah.. Lepas tu, leh lak snap snap gambar dengan gosip gosip gitu.. hehehehe


 cik lily putih, zoe, deq noor, madammondoq,me, mak dara, hazey.
Gambar diambil dari fanpage Nuffnang. Cantik gambar ni kan..


 Ryanlizana Celine, me , sarah.
Blogger Singapore. Tenggelam aku dok tetengah. Tetinggi depa nih..


 madammondoq n me


 me n nisa kay


 me n redmummy. Memula ingatkan kak red tak datang. 
Tahniah kak red sebab berjaya datang juga.. Sedih je baca blog kak red sejak dua menjak ni.


 me n Thara. Nuffies.. cunnya awak thara..


 me n Viruspadu
Serius, memang jelita dan tinggi. Terasa sangat kerendahan aku malam tu.




Memang bestlah dapat attend event Nuffnang kali ni. Ramai blogger yang femes femes dan jelita jelita aku jumpa dan kenal malam tu. Kalau lah dapat lagi attend event Nuffnang lagi pas ni, alangkah bestnya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...