Nuffnang Ads

Monday, December 26, 2011

Aku, Hanis Zalikha and Nani Rostam (mak Hanis Zalikha)..


Sebelum ni aku pernah tulis entri INSPIRASI ; Blogger Ibu dan Anak. Tak sangka pula dapat juga aku bersua muka depan depan dengan Hanis Zalikha dan ibunya kak Nani Rostam. Inilah yang seronoknya kalau dapat pergi event. Ramai bloggers terkenal dapat jumpa. 


Serius, memang cantik sangat blogger ibu dengan anak ni. Kalau orang tak tahu, maunya diorang kata adik dan akak. Korang yang kenal mesti akui dan caya dengan apa yang aku cakapkan ni.



Tengok aje gambar ni. Si tinggi lampai yang jelita ini. Sangat menarik tumpuan orang nak toleh dua tiga kali. Memang lengkap pakej yang ada pada Hanis Zalikha. Berjaya dalam pelajaran(best student tu) Sweetnya..
(Ruginya gambar ni tak jelas.Ada gegaran berlaku. huhuhu..)




Ini pula kak Nani Rostam. Awet muda kan? Sekarang ni depa ada jual collagen dust. Mungkin inilah antara rahsia mereka anak beranak kekal cantik, berkulit halus dan anjal. Jelesnya.. kak Nani kekal maintain slim tuuu.. Fuhhhh


Kak Nani Rostam ni juga blogger tau. Yang bestnya, anak-anaknya pun dikenali juga. Kiranya adik-adik Hanis Zalikha ni lah. Salah satu watak animasi BoboiBoy tu, menggunakan suara Alisya adik Hanis. Memang keluarga berbakat ni. Tahniah kak sebab berjaya dalam mendidik anak-anak. Seronok aje tengok family diorang. Kalau nak tahu lagi banyak..korang boleh baca blog Hanis Zalikha dan Nani Rostam. Klik je kat link nama tu.

p/s: nak panggil mak Hanis Zalikha dengan panggilan auntie pun janggal..kena panggil akak la baru sesuai kot. hehehe




5 idea dari anda:

syu said...

uiihh... sememangnya mak hanis zalika ni awet muda.. jeles tengok! lebih2 lagi badan yang slim tu...hu3!no wonder la hanis zalika tu cun melecun...tengok jer la emak dia tu!

Alyza Fisol said...

diaorang tersangat2 la cantiknya...kagum tengok mereka berdua...

hanani said...

syu>memang mak hanis sangat awet muda.. cantik :)

hanani said...

alyza>aah kagum sangat kan :)

Hazey said...

betul la you collagen tu membantu untuk kekalkan penampilan, emmm I pun dah try 2 botol dan insya'allah akan kekalkan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...