Nuffnang Ads

Wednesday, December 14, 2011

Butik D'Haja ; Butik HAJANUR ada SALE..


Tadi sempat lagi aku menyinggah ke Butik D'Haja ataupun sekarang ni dikenali dengan Butik HAJANUR. Sebelum ni ada aku buat entri mengenai butik ini. Bolehlah baca kat SINI.


12 Disember hari tu, aku ada terima pesanan SMS dari Butik HAJANUR mengenai jualan hujung tahun yang bermula dari 12 Disember 2011 hingga 28 Disember 2011. Butik mula beroperasi pada jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Promosinya tentulah harga runtuh iaitu pelbagai tudung dijual dengan harga borong walaupun kita beli sehelai sahaja, Semua tudungnya adalah yang terkini. Memang cantiklah..


Ok..memula ingat nak tengok aje apa promosi yang dibuat. Tapi, seperti biasalah kan..bila datang, sambar sehelai pun jadiklah. Ingat nanti bila dah dapat bonus..mau sambar lagi. Banyak yang berkenan tadi. Ok,jom layan gambar lak.



Ni adalah bangunan MARA Seremban ye. Ataupun ada gak yang lebih kenal bangunan MARA ni dengan nama Seremban Plaza. Dalam bangunan nilah terletaknya Butik HAJANUR. Nak tau alamatnya?
 
Alamat Butik D'Haja @ Butik HAJANUR :
LOT G13,14
Bangunan Seremban Plaza (MARA),
Negeri Sembilan.




Ok,bila masuk je dalam bangunan MARA tu, memang akan nampaklah butik ni. Tadi masa belek-belek tudung, terperasan lak D'Haja Gallery ni. Aku pon dok tengoklah.. Semuanya pasal butik dan keratan akhbar yang mana ada keluar cerita pasal butik ni. Ada gak modelnya iaitu IRMA HASMIE. Cantik sangat.




Dalam pada segan nak snap gambar tu...aku pun keluarkanlah Samsung Galaxy S2 aku tu snap gambar. So, tak de la perasan sangat pekerjanya yang ramai itu.. hehehe. Nasib la tak ramai sangat orang yang datang beli hari ni. Yang gambar atas ni adalah untuk tudung yang harga bawah RM20 aje..Murah sangat kan? Tapi kalau beli kat tempat lain dengan kualiti tudung yang sama...maunya 2 kali ganda harganya. Tapi kali ni, tudung yang ada ni memang menariklah. Aku yang cerewet bila nak beli pun..boleh terpikat.




Tudung yang ni siap ada 2 layer kain chiffon dengan warna yang sama dan ada blink blink kat awning dia. Harganya RM14 aje.. murah kan? Yang belah kanan tu adalah butik yang jual tudung dengan harga RM50 dan ke atas..




Ini stok lama yang depa nak kasi habis..sebab tu harganya RM3.90 saje. Tudung cam ni dah tak dikeluarkan lagi. Kasi habis terus. Sebabnya stok baru melambak dah sampai. 




Haaa..ni yang aku rembat tadi. Sehelai pun jadiklah. Berkenan lak dengan corak leopard ni. Boleh pakai dengan plain t-shirt / blouse.. Cantik bila dah sarung, dan terletak aje..


Jom lah pakat ramai-ramai pergi butik HAJANUR..sales besar-besaran ni..



4 idea dari anda:

Alyza Fisol said...

suka corak tudung akak beli ni...cantik...

yana lyana said...

betul..saya pun selalu beli tudung kat butik ni..memang murah :)

hanani said...

alyza>hehehe cantik dimata :)

hanani said...

yana>oh ye ke.. yana kat seremban ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...