Nuffnang Ads

Thursday, December 22, 2011

Cerita dan Gambar Orang Baru Balik Haji..


Lamanya nak update cerita my sis pulang dari tunaikan haji hari tu. Simpan lama sangat dalam draft. Ok lah, jom layan gambar dari my sis masa di Makkah dan Madinah.


My sis, suami n mak cik aku naik dari airport Senai. Diorang naik MAS jumbo dan satu flight ni semuanya jemaah haji dari negeri Johor. Sebab, diorang ikut jemaah kerajaan Negeri Johor.


Masa tiba kat sana, diorang dibawa melawat ladang kurma. Haa, siap minum teh panas lagi dan makan kurma. Bersih je ladang kurma ni. Kalau korang ingat..cerita drama Cinta Madinah ada berlakon di sini.


Di ladang kurma ni juga ada menjual kurma, zaitun dan macam-macam lagi lah.


Ok, ikutkan cerita akak aku..ini suasana perjalanan dia ulang alik dari masjid kat Makkah. Memang banyak kedai sepanjang dia jalan kaki nak balik hotel penginapan. Masa nak balik nilah dia buat tawaf Qidai dengan suami dia. Hehehe.. apa tu tawaf qidai? Shopping laaaa


Haa, nengok tu. Abang ipar aku..try bau minyak wangi. Penuh kedai dengan botol perfume. Yang botol besar kaler kaler atas meja tu  ialah lotion. Boleh dibeli dengan timbangan aje..


Ini suasana dalam khemah masa wukuf. Kalau ikut pakej muasassah ataupun pakej yang bayar mahal-mahal tuuuu..kat sini juga lah tempatnya. Dekat tiang-tiang tu dah disiapkan nombor dan kena duduk ikut kawasan tiang kita tu la..


Ini juga masa wukuf. Kena pakai kain ihram duduk di padang.. ramai kan umat Islam seluruh dunia yang tunaikan haji setiap tahun.


Ini pula kalau tak silap masa nak pergi melontar..


Kawasan ni kalau waktu siang akan dibuka payung tu. Orang boleh sembahyang kat bawahnya..


Ya Allah.. ramai sangat orang. Bilalah masa untuk aku kesana pula ? InsyaAllah...


Bila dengar my sis cerita pasal tunaikan ibadah haji ni. Terasa sangat sangat nak pergi masa muda ni. Semuanya memerlukan tenaga kat sana. Best sangat dengar dia cerita. Ini kan pula kalau pergi sendiri dan alaminya sendiri kan?




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...