Nuffnang Ads

Friday, December 30, 2011

Gambar Tadika, Remaja, Dewasa..lain betulll?


Dalam pada mengemas dan selak-selak balik album lama..terjumpa pula gambar kiut kiut aku masa dulu..



 Ini gambar yang diambil semasa nak masuk Tadika. Pergi kedai gambar dengan ayah. Sebab tu lah kolar baju aku tu satu ternaik. Ayah tak perasan nak betulkan baju anak dia yang comel ni. hehehehe



Ini gambar yang diambil untuk buat kad pengenalan aku masa darjah 6. Yang ni buat kat Jabatan Pendaftaran Negara KL. Pergi dengan ayah gak uruskan segala borang dan ambik gambar. Ingat lagi kenangan ni. Pergi berdua aje dengan ayah..

 

Yang ini pula gambar yang diambil semasa nak masuk Universiti Teknologi Malaysia. Kan kena ada gambar ukuran passport kan. Masa ni dah pakai tudung memolek. Gambarnya tinggal satu aje. Dah berlipat-lipat pula. Kenangan ni. Lawak je..



Yang ini pula gambar on the spot, nak tukar kepada kad pengenalan baru dengan alamat baru. Masa ni dah pindah kampung..tapi kad pengenalan dah bertahun-tahun tak tukar. Ini masa habis belajar kat UTM Skudai. Masa ni tengah dok cari kerja.. Hehehehe..kalau tunjuk kad pengenalan aku, ramai yang kena tengok dua tiga kali. Sebab saiz muka dah tak sama macam sekarang. Nampaknya kena tukar lagi lah kad pengenalan aku nampak gayanya.. Pernah berlaku satu kejadian aku nak keluarkan duit..pegawai bank tu siap tanya ni kad pengenalan adik ke?Aku kata bukan..nasib baik cap jari sama.. Hehehehe



Yang ni gambar terbaru aku snap semalam masa kat kampung. Hehehe..berubah-ubah kan muka.. sekarang ni dah bam bam bam.. Huhuhuhuhu Misi Pengurusan dijalankan dengan segera.




4 idea dari anda:

Cikpuan rara said...

aah lah.lain sgt muka nya.

Alyza Fisol said...

lain2 mukanye...hehehe...bam bam pn xpe kak, janji comel...

hanani said...

rara>lain..itulah kenangan. :)nasib baik simpan lagi.

hanani said...

alyza>hehehe ye betul betull :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...