Nuffnang Ads

Sunday, December 25, 2011

Jakel Sale 80%?Wahhh..Aku dah buat Lawatan Sambil Belajar.Korang?


Memula tu ingat tak nak la beli apa-apa pun kat Jakel a.k.a Astana Moda Melaka. Memang niat dihati nak temankan mak aku je, aku sekadar nak cuci-cuci mata je. Sangkaanku meleset weiii..tak tahan aku panahan mata kat kain-kain cantik dengan harga murah. Dah la aku ni susah nak dapat cari kain yang suka dibeli. Ini namanya,kalau tak cari..memang ada je yang cantik.


Jadinya,pejamkan mata aje beli 2 pasang kain je pun. Memula nak beli baju dah siap je..senang. Itupun boleh gak beli sepasang. Paling tak tahan tu,kain batik crepe terengganu..harga RM200,cantik..tapi tengok aje lah.Sebab baru je beli hari tu dengan harga yang sangat mahal aku pernah beli  seumur hidup aku.huhhhh


Jakel ni berbaloi beli masa akhir tahun..banyak murah wooo. Sape yang minat tudung Ariani ponnn patut beli masa ni. Separuh harga tuhhh. Tudung harga RM138,bila separuh harga dah berapa banyak untung tu? Aku dah lama tak beli tudung Ariani dan kurang minat dah. Hahaha


Korang dah buat lawatan sambil belaja ke Jakel tal?hehehe


Published with Blogger-droid v2.0.2

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...