Nuffnang Ads

Thursday, December 29, 2011

Kenangan Mengusik Minda.. Hehehe


Masa kat rumah mak aku hari tu, tergerak hati ni nak tengok balik buku-buku lama kat rak buku bilik aku. Dalam masa tengah layan satu persatu tu... terjumpa pula buku diari dan album lama aku masa zaman-zaman belajar dulu..hehehe lawak pulak bila ingatkan balik.



Album lama yang dalamnya bukan aku letakkan gambar tapi segala macam jenis kad dan bait-bait lagu yang ada dalam ni. Album ni memang beli khas nak letakkan segala kenangan persekolahan dulu. Masih elok lagi terletak kat rak buku aku..



Inilah 4 khazanah lama alam persekolahan dulu. Buku sebelah kiri tu adalah buku autograf masa sekolah rendah dan menengah. Penuh tau mukasurat dalam buku tu tercoret oleh tulisan dan idea-idea menarik kengkawan aku dulu. Mana taknya penuh..zaman sekolah rendah dulu suka kira dan tengok sape punya buku autograf yang paling banyak orang tulis..(SRK Jalan Kuantan 1,KL dalam ingatan aku. hehehe, katanya sekolah aku ni dah dijadikan asrama 1 Malaysia ke asrama wawasan ntah.Ni dekat Tasik Titiwangsa ni) Masa sekolah rendah, keluarga aku memang dok KL sampailah aku Tingkatan 2..baru berpindah ke Johor.



Inilah antara yang aku tak tahan..siap tampal gambar KRU.. Bayangkanlah zaman apa ni. Hehehehe.. Masa tu memang tengah panas KRU.. Ni kiranya peminat die hard fan KRU ni. Lawak sihhh.. Mana lah rehan ni skang kan.



Wahhh masih lagi simpan kad kad ni.. Masih elok lagi.. caya lah..Dulu masa belajar, ada meja belajar kan..ada softboard kan.. jadinya tampal lah segala benda nih.. kah kah kah.. Kalau diingat ingatkan memang nak gelak aje. Tapi yang aku ingat, tetiap tahun akak aku tak penah miss hantar kad ucapan. Laa ni je, wish guna sms..



Ada lak ayam n Erra Fazira punya poskad album 2.5 sayang..siap ada love love gitu.. hehehe zaman beradik adik angkat ni. Ini masa sekolah menengah teknik dulu ni..



Ada pula terselit kad ke Menara KL dengan Pusat Sains Negara. Ehh best giler pergi lawatan masa ni.. Riuh rendah segalanya lah. Dan sekarang ni aku pula merasainya dengan membawa student aku lak pergi lawatan. Payah tau nak jaga anak orang ni.. huhuhu



Ini masa zaman suka baca dan beli majalah KOMIK UJANG.. ada lak terselit kat album belakang ni.. memang teringat zaman kegemilangan aku dulu lah.. Kelakar dan tergelak dalam hati sesorang je lah kan. Sekarang ni masing-masing dah ada keluarga sendiri, kehidupan sendiri. Dah lama tak jumpa kengkawan aku ni..


Korang ada tak macam aku ni?Simpan lagi ke kenangan zaman dulu-dulu?



2 idea dari anda:

Cikpuan rara said...

bila selak2 balik kenangan lama mst gelak sorg2 kan.

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...