Nuffnang Ads

Thursday, December 1, 2011

Lacto Fiber NaturCare Tupperware sangat best.. Kebaikannya?


Sekarang ni banyak makanan yang dijual di kedai-kedai mengandungi pewarna dan perasa tambahan kan? Nak nak kalau makan cikedis yang pelbagai perisa tu.. Apa tu cikedis?Ala....yang makanan Rota ke Jaker ke Twisties ke..


Kadang-kadang bila kita selalu sangat makan makanan tu boleh membuatkan penghadaman perut kira mengalami masalah kan.. Aku adalah salah seorang daripada mereka-mereka yang mempunyai masalah penghadaman.Hehehehe... Jadinya, aku mula mencari-cari penyelesaian kepada masalah aku ni. Yer la..bila umur dah semakin bertambah angkanya.. makanya harus lah mencari produk tambahan untuk menjaga kesihatan dalaman. Bukan setakat luar je nak nampak cantikkan? Hehehehe


Jadinya, aku dah jumpa.... Lacto Fiber ni.. sangat best.




Meh tengok lagi dekat sikit..




Kalau tengok kat botol nya tu..ada banyak gambar makanan organik. Memang sangat baik untuk pemakanan tambahan.


Banyak kelebihan yang ada dalam nya ni antaranya ialah :

-Antioxidants
-Vitamins
-Mineral
-Amino Acids
-Enzymes
-Prebiotics
-Probiotics


Kalau korang nak tau..ada 59 bahan ramuan semulajadi (organik) yang terkandung dalam LACTO FIBER ni iaitu..



Isoflavone Soya Organik, Serat Tumbuhan Organik, Lemon, Oat Organik, Beras Liar, Germa Gandum Organik, Brokoli Organik, Bayam Organik, Biji Flaks, Frukto-oligosakarida, Biji Labu Organik, Walnut, Rumput Gandum Organik, Alfalfa Organik, Bifidobakteria,Epal, Biji Aprikot, Beras, Kurma Hitam, Biji Teratai, Buckwheat Groat, Kurma Merah, Enzim Buah-buahan, Barli, Halia, Kacang, Malt Barli, Dhal Emas, Gandum Putih,Dhal Hijau, Dhal Merah, Gandum Merah, Pis Kuning, Biji Pain, Saderi Organik, Krisantimum, Likuoris, Spirulina Organik, Citrus aurantium, Bijan Perang, Kacang Beras, Lactobacillus spp, Serbuk Acerola, Rampai Laut Perang, Teh Hijau, Kacang Hijau, Alga Dunaliella Salina, Kacang Hitam, Bijan Hitam, Poria Cocos, Cendawan Shiitake, Cendawan Reishi, Serbuk Astragalus, Ginseng, Kubis, Lobak Merah, Sorghum, Medlar, Ekstrak Klorofil.

Banyakkan? Khasiatnya pun sudah tentulah sangat bagus.



APA YANG NATURCARE LACTO FIBER BOLEH BANTU ? Nak tau lebih lanjut boleh baca kat SINI.






Setelah aku menggunakan satu botol Lacto Fiber ni..aku sangat puas hati sebabnya..

1.Aku akan ambil satu skup sudu dan dicampur dengan air dan diminum pada waktu pagi. Kesannya, akan terasa kenyang..sebab fiber yang terkandung didalamnya.
2.Terasa kecergasan sepanjang hari.
3.Memudahkab penghadaman.
4.Menurunkan kadar kolestrol.
5.Merendahkan kadar tekanan darah.


Best kan? Kalau korang nak tau...aku siap borong 5 botol untuk family aku.. Ok la sangat tau. Korang jomlah try. Harga sebotol Lacto Fiber ni ialah RM118 dan satu botol ni dapat tahan selama sebulan. Tapi kalau korang ahli Tupperware bolehlah dapat lagi murah tau. Jangan ingat Tupperware ni hanya jual barang-barang bekas Tupperware je. Ada juga yang pasal kecantikan dan kesihatan. Disebabkan aku borong 5 botol hari tu..terus aku dapat kesemua level Tupperware macam gambar bawah ni secara FREE.. I LIKE.. Cantik sangat kaler purple lagi. Memang cantik dan berbaloi sangat.




Jom la try LACTO FIBER ni. Best giler..Kalau nak diet pun sangat sesuai. Tak yah nak beli produk lain yang memahal sangat tu. Yang ini pun ok gak. Sebotol hanya berharga RM118 dan kalau ahli dapat less 20% iaitu RM94.40 sahaja untuk stok sebulan. Halal tau.. 


Mana nak dapat? Hanya pergi kat mana-mana stokis Tupperware je.. senang sangat nak dapatkan LACTO FIBER ni..Moh le kita. Perut sihat..maka terpancarlah keserian pada wajah kita. hehehe




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...