Nuffnang Ads

Saturday, December 3, 2011

Lapangan Terbang Senai, Johor..kepulangan yang dinanti..


Pada 23 November yang lepas, aku,akak,abang dengan ayahku ke Lapangan Terbang Senai untuk menyambut kepulanagan akak aku dan suaminya serta makcik aku pulang dari menunaikan ibadah Haji. Dalam diam tak diam sebulan telah berlalu pergi. Sekejap je rasanya. Disebabkan aku ni belum lagi tengok Airport baru Senai tuuuuu maka aku pun joinlah sekaki nak pergi ambil akak aku tu.


Kalau ikutkan masa yang diberitahu.. akak aku akan tiba pada jam 7 pagi. Tapi biasa lah kan.. bila dah gedebak gedebuk tuuu dalam jam 9 pagi gak la baru dia bagi lepaskan jemaah Haji ni semua. Sebelum ni aku ada bagitau yang akak aku ni ikut Rombongan Kerajaan Negeri Johor (RKJ). Sebab tu lah, dia kena naik kat Airport Senai. Macamana dia dapat?Hmmm sebab makcik aku tak de mahram, tapi tambang haji kena bayar penuh la..bukan macam RKJ yang mana disupport separuh tambang Haji diorang. Banyak gak keistimewaan ikut RKJ ni.




Ok ok.. kitorang dari Muar paginya tu.. jam 5 pagi rasanya dah keluar rumah dan berhenti solat Subuh dekat Hentian Machap.. Sampai kat Senai pun seawal jam 7 Pagi. Memang lengang lagilah kan.. Duduk lah melangut kat airport tu. Dah la, tak de tempat nak melepak. Lama tu nak tunggu jam 9 pagi. Jalan dok jalan... penat la pula kan.. Bila nampak ada carpet yang agak-agak leh lepak..aku pun labuhkan punggung. Masa memula tuuu memang tak ramai yang nak dok bersila. Tapi lepas tuuu penuh la pula orang duduk.. hehehehe




Baik punya port aku cari.. Sebelah tiang lagi.. Dah la masa ni phone aku dah kiok. Bateri dah habis.. Eh, Samsung Galaxy S2 ni kuat makan bateri laaaa.. Dah la best gunakan gajet ni. Tetiba lak bateri habis.. Toleh kanan kiri atas bawah... jumpa lak ni..




Aduh...sebelah je plug ni. Charger pula tak bawak. Acaner? Hmmm




Dah dekat 9 pagi... kitorang pun mulalah mencari-cari akak aku. Nasib baik akak aku turun kat Senai. Tak lah ramai macam kat KLIA. Senang gak. Tak le jem sesak.. Tapi kan kali ni...air zam zam yang diberi sangat cute bekasnya..masa ni baru diorang bagi air zam zam tu.. Masa ni lah nak ambil berkat orang balik dari Haji dengan peluk-peluk sayang gitu...


Dah selesai...moh le balik..nak sambung cerita haji lak pas ni.. Tungguuuuu




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...