Nuffnang Ads

Thursday, December 15, 2011

OHHH Ombak Rindu ku yang pertama..





Sekarang ni ramai yang asyik perkatakan Filem Ombak Rindu kan? Dengar-dengarnya filem ni dah menjangkau angka 10 juta. ye ke? Tahniahlah.. Sikit lagi bolehlah kalahkan filem KL Gangster. Mungkin sebab penangan heronya Aaaron Aziz yang bagi aku merupakan hero filem yang terbaiklah.. Sangat menghayati watak..selain dari watak Izzah yang dilakonkan oleh Maya Karin serta watak Mila lakonan Lisa Surihani. Memang semuanya pelakon yang ada nama. Inilah antara pelaris filem ini.


Sebenarnya bukan nak ceritakan pasal Filem Ombak Rindu. Dah banyak bloggers yang dah buat review filem ni kan. Tak yah la nak story lagi. Memasing punya pendapat yang tersendiri. Bagi aku, ok la.. Tak lah mengharapkan sama 100% dengan novel. Kalau ikut bebetul maunya berjam-jam filem ni jadinya. Bosan la pula kan. Mungkin kalau buat dalam bentuk drama bersiri ok..




Masa memula aku baca Novel Ombak Rindu ni adalah pada tahun 2002. Wowww lama kan? Tapi boleh pula tahun 2011 ni kembali femes.. Hahahaha, ramai gak yang mula mencari balik novel ni di kedai-kedai buku. Tapi sebab aku dah ada, makanya novel ni diulang baca oleh akak aku dulu. Dia kata lebih feel baca novel dari tengok wayang. Itu memang la kan..Dengan bacaan, kita lebih merasainya melalui ayat-ayat yang menusuk jiwa. Chewahhhh.. Kalau nak dikirakan sekarang ni novel ombak rindu dah cetakan yang ke 23. Caya lah...




Haaa novel aku ni rerupanya cetakan yang pertama. Wahh tak perasan pun selama ni. Tarikh aku beli novel ni pada 17 Jun 2002. Zaman belajar kat universiti dulu-dulu,, Dalam tempoh 9 tahun saje dah 23 kali novel ni diulang cetak. Tahniahlah pada penulis buku ni Fauziah Ashari. Banyak dapat royalti ni. hehehe. Novel ni ada lagi sambungannya. Mungkin ramai gak yang dah tahu kan. 


Novel sambungan kedua bertajuk Cinta Tiada Akhirnya.


Novel sambungan ketiga bertajuk Rindu Cintaku


Ayat-ayat yang digunakan dalam novel ni memang sangat best. Kita yang membacanya akan terasa masuk dalam cerita itu sendiri. Memang boleh tangkap leleh lah. Korang ada tak kedua-dua novel sambungan ni? Novel Rindu Cintaku ni yang terakhir dan memang bestlah berbanding novel kedua tu macam agak bosan sikit. Itu bagi pendapat aku la kan..


Nampaknya nama penulis Fauziah Ashari makin naik dengan pelbagai publisiti yang dikeluarkan dimedia sekarang ni. Tapi yang paling aku suka dengar ialah lagu soundtrack filem ombak rindu nyanyian Adira AF dengan Hafiz AF. Memang bestlah bait-bait yang dialunkan tu. Terbuai-buai rasanya.


Oklah..sebelum penutup..jom layan video klip ni..




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...