Nuffnang Ads

Friday, December 2, 2011

Program PERASA..Apa tu?Kuatkan Ukhwah laa..Best ke??


PERASA? Korang seorang yang perasa ke?Kalau tanya aku..memanglah aku seorang yang perasa. Tapi ini bukan lah perasa yang tuuu. Ini singkatan untuk Pembimbing Rakan Sejawat atau Sekerja.. Kenapa nak diadakan? Apa lagi kalau bertujuan untuk kuatkan lagi ukhwah persahabatan sesama rakan sekerja..


Program ni dijalankan pada bulan November yang lalu. Disebabkan aku tak dapat nak update blog buat seketika ini..maka ianya telah tersarang dalam draft terlampau lama. Tapi cerita la sikitkan pengalaman bersama-sama rakan sekolahku. Kalau nak dikirakan jumlah rakan seguruku ialah dalam 126 orang tau. Ramai kan? Ada yang aku tak kenal dan susah gak nak ingat nama cikgu-cikgu ni. Kadang-kadang nak panggil nama tu nak kena tanya dulu betul tak orangnya. Takut silap payah la kan.. Makanya program PERASA ini dijalankan.. Susah juga nak handle ramai cikgu senior kat sekolah aku. Majoritinya bergred DG44. Kalau DG41 tu sikit sangatlah nak jumpa. Ada dalam 30 orang je DG41. Yang lelain semua senior.. Handalkan??? DG41 tu yang fresh lagi la. Pengalaman mengajar bawah 10 tahun..


Ok,program ni dijalankan pada hari Sabtu.. First sekali mestilah kena daftar dulu. Nak tengok kehadiran..siapa yang tak hadir kena denda. hehehehe (gurau je). Pakaian adalah bertemakan batik. Tapi aku tak ikut sangatlah pula. Ada la pada tudung kot. hehehehe. Pakaian aku sutera plain pink. 



Lepas dah beratur tulis kehadiran dan ambil buku NUTP.. duduk balik dan tunggu mesyuarat guru yang keempat berlangsung dan diikuti dengan program PERASA yang di'handle' oleh 3 orang guru yang bertauliah dalam bidang ini. Best gak diorang ni. kelakar...tak le bosan menguap kan..




Aktiviti yang pertama kena buat kat luar dewan mini lah. Sebab ramai sangat kan. Tak selesa dan bebas la pula. So, kitorang kena berbaris dan buat 6 kumpulan kalau tak silap. Tengoklah..cikgu lelaki hanya satu barisan sahaja..Ohhhhh sikitnya kan??? Baik je semuanya..berbaris dengan baik sekali.




Memula kena buat satu bulatan besar dan mestilah susun mengikut tarikh lahir dan tahun. Kalau tak betul turutan..kena denda duduk kat tengah-tengah bulatan besar dan didenda. Hehehehe. Lepas tu, buat kumpulan kecil mengikut bilangan ahli dan pangkal nama.. Semua aktiviti ni ikut masa tau. Wisel akan dibunyikan dan sape yang terkontang-kanting akan didenda..Haaa tengoklah gambar aku kat atas tu..macam panggil sape je..melambai aje kerjanya. hehehe. 


Korang rasa kenapa kena buat macam ni? Sebabnya nak kenal kawan-kawan sekerja kita. Bila tarikh lahir dia? Apa nama dia? Kalau tak de macam ni...alamatnya memang tak tau sangat lahkan.. Nak rapatkan lagi ikatan kekeluargaan dan tidak wujud jurang setiap cikgu dalam satu sekolah..




Gambar ni pasal apa pun aku dah tak ingatlah. Yang ni kena buat kumpulan ikut huruf nama rasanya. Kumpulan N. hehehe




Kelakar masa ni. Setiap kumpulan kena buat satu sorakan mengikut huruf pangkal. Kumpulan kitorang kumpulan N...jadinya sorakan kitorang ialah Nano Nano...No Hallll... hehehehe. Siap dengan gaya sekali. Tengoklah kumpulan kitorang punya gaya jalan dah jadi macam nak berkawad pula kan? Seronok je tengok balik gambar ni. Nasib baiklah ada photographer bertauliah dikalangan cikgu sekolah aku ni ambil gambar..




Lepas dah basah ketiak dok kat luar tu.. masuk balik dalam dewan lah. Masa ni penceramah suruh keluarkan handphone dan sms kan perkataan I LOVE U pada suami/isteri atau insan tersayang lah. Dia nak tengok apa balasan sms I LOVE U tu tadi. Jadinya..tengah-tengah dia cakap..berbunyilah sms cikgu zah. Dia minta izin nak baca.. dan dia gelak. Apa korang nak tau? Ni pe ke hal pula ni? heheheh bantai semuanya gelak sakan. Apa maksudnya tu? Fikir-fikir sendirilah ye..


Apa-apapun secara kesimpulannya..dalam nak tak nak program PERASA ni dijalankan...banyak sangat ilmu input yang dapat dikongsi bersama dalam satu pasukan supaya dapat memberikan hasil yang baik pada anak-anak didik bangsa kita. Memang sangat bagus aktiviti program ini diadakan. Banyak kenangan yang terukir disini. Nak cerita banyak...penat la pula nak menaip. Jadinya, aku stop kat sini dulu lah kan.. Lain kali sambung lagi. Ok tak?


Korang ada tak join aktiviti macam ni kat tempat kerja korang?



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...