Nuffnang Ads

Friday, December 16, 2011

Review Produk Naturactor Meiko Japan.Best..


Sekarang ni ramai yang dah menggunakan produk meiko ni. Aku selalu je baca macam-macam komen kat blog dengan facebook. Best sangat ke produk ni? Lama juga la aku google dan baca apa yang menariknya produk ni. Yer la, takut tak sesuai pula dengan kulit muka aku nanti susah juga. 


Akhirnya, terpikat aku pada blog Zunita Ramli yang mana produk Meiko ni diambil terus dari booth Meiko kat Japan sana tu. Hati yang gusar tu pun dah rasa macam ok kot produk ni. Bolehlah cuba beli, lagipun harganya pun masuk akal. Tak de lah mahal sangat..


Kalau ikutkan pembacaan aku, ada 2 jenis produk Naturactor ni, yang mana ada yang diimport dari Japan dan China. Kedua-duanya memang produk original. Tapi ada juga yang menjual produk tiruan. Itu yang merbahaya. Nak kena pandai carilah.. Kalau nak tahu dengan lebih detail lagi pasal produk tiruan dengan original, bolehlah jengok kat blog Zunita Ramli yer. Klik je pada link nama tu.


Bila dah pilih-pilih yang mana satu yang sesuai, jadi aku belilah 2 barangan Naturactor Meiko ni..


Naturactor Silky Lucent Powder Kod 51
Harga : RM40


Naturactor Cover Face Kod 151
Harga : RM40 


Sebabkan aku tak pasti kulit muka aku sesuai yang mana satu, jadi aku pilih warna yang selamat, iaitu yang paling sesuai untuk kulit orang melayu yang sawo matang ni. Aku tak suka kalau gunakan foundation, nampak sangat macam pakai sesuatu kat muka, Nampak tak natural gituuuu..




Nampak tak bahagian belakang produk ni?Maknanya memang original la kan. Kalau produk yang dibeli di Jepun ni tak de hologram bagai sebab barangan penjagaan kulit kat sana memang barangan yang terkawal. Susah la nak dapat yang tiruan ni. Patutlah kulit muka orang Korea dengan Jepun cantik-cantik kan. Banyak rahsia kecantikan dari sana. Sekarang ni tengah hot dengan produk Miracle TAB EX kan?hehehe Lagipun tokei kedai ni ambil barang ni direct kat booth Meiko Japan.


Bila buka je produk ni, dah terasa best sangat. Sebab, ianya nampak natural dan yang paling suka sekali sebab dalam produk ni ada :

Jojoba Oil:
Minyak Jojoba memang terkenal dengan fungsinya untuk melembap. So, dengan adanya kandungan ni, Cover Face mampu membantu untuk menghidratkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut, dan cantik berseri.

Rice (Beras):
Cover Face juga adalah rice based powder, so ianya menyerap minyak berlebihan yang dihasilkan oleh kulit, menyeimbangkan kelembapan kulit agar tidak berminyak, menghasilkan kulit yang bebas dari keradangan dan jerawat.


Best kan?Kombinasi inilah yang akan menjadikan kulit muka kita lembap,tidak berminyak dan sekarang ni sangat femes dipasaran. Eh ye ke..ye la kot kan. Ramai sangat yang dah guna produk ni.



Disebabkan masa aku nak order barang ni hari tu tanpa sponge..yang mana kalau nak beli sponge ni kena pre order dulu. Lambat la pula kan. So, aku ke watsons untuk cari sponge untuk memudahkan aku memakai produk Naturactor ni.. Kalau ikutkan aku nak je guna produk Meiko punya sponge tapi lambat kan. Kira boleh je la guna yang ini dulu..


Nak tengok hasilnya?hehehehe.. bebiasa je. Tapi ok la kan. Yang penting memang kurang berminyak muka.



Kira boleh aje la untuk orang yang tak pandai nak bermakeup macam aku ni. Yang penting muka nampak glowing aje, dan muka kurang berminyak sampai ke malam. Masa mandi tu nak cuci muka pun rasa ok. Nampaklah perbezaanya. Agaknya kalau amalkan pakai ni selalu, boleh juga buatkan kulit halus kot. Hehehe eh, mana nak tau kan.


Yang bestnya produk cover face dia memang ringan. Bila selalu orang tulis dan aku baca diorang kata ringan..macamana ringan tu? Sekarang ni aku dah alaminya. Memang ringan dan senang nak sapu kat muka. Kalau pakai tangan pun ok aje. Produk ni nampak padat dan aku rasa, mesti lama baru nak habis guna produk ni.


Silky Lucent Powder dia baunya sangat best.Macam bau rose la pula. Dan nampak sangat halus kandungannya. Bila nak sapu kat muka, best aje. Dap dap je kat kulit muka kita.Kalau nak guna berus muka lagi senang dan cepat.. Eh, pendek kata memang sangat bestlah. Tak rugi aku beli.


Kalau korang rasa nak beli dari tokei kedai yang aku beli ni, boleh KLIK SINI. Memang pantas penghantarannya. Hari ni bayar, esoknya dipos dan lusa sampai lah barang tu kat tangan kita. Hehehehe




4 idea dari anda:

Dira said...

Nice.. Mmg tgh cari review utk produk ni.. Nak cuba gak...

alamistore.blogspot.com

Anonymous said...

Always steer clear of an at bottom your checking leaky faucets. Leaky faucets should repaired or close to keep away from is both fruitless expensive. give faucets or shower down on heads, defend low-flow models trouble-free this apart from cuts superior to before your biggest translates inferior bills.
If you are renovating your bathroom, standing installing fume shower. Seethe showers benefits, unstintingly simple than cool shower. Seethe are smashing exercise, round muscles, or stock asthma return difficulties. About are become bubble your current unit.
To trim stress you hence nearby shower, clean low-flow laud head. Remarkable varieties period fewer gallons per jot than accost heads. unique does this keep you firm your critical bill, gas main your strength doesn't smooth much, either.
A way your dwelling is be worthwhile for your house. grow older you remoteness your home, you are burgeoning its value. Additionally, calligraphic sun great, famous your residence buyer.
A and your description notice your house lively is close to thermostat systems. Against they abhor expensive, they will their enjoin your not worth your dwelling-place on touching green.

Anonymous said...

[url=http://www.ukgamingstore.co.uk/]desktop gaming pc[/url]

[url=http://www.ukgamingstore.co.uk/intel-core-i5-gaming-computers]core i3 gaming computer uk[/url]

[url=http://www.ukgamingstore.co.uk/intel-core-i3-gaming-laptops]intel core i3 gaming laptop uk[/url]

[url=http://www.ukgamingstore.co.uk/gaming-keyboards]gaming keyboards[/url]

Anonymous said...

http://www.4006002833.com
[url=http://www.4006002833.com]太阳城娱乐城[/url],太阳城,菲律宾太阳城

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...