Nuffnang Ads

Thursday, August 25, 2011

Lokasi Speedtrap di Seluruh Negara Sempena Aidilfitri

/hihi

Tadi aku ada terima e-mail dari member pasal lokasi speedtrap ni. Haruslah aku kena ambil tahu sebabnya hari-hari aku menggunakan PLUS dan juga LEKAS HIGHWAY.. Tadi masa nak balik rumah pun dah nampak pak polisi trafik dok tengok kereta yang berdesup laju.. Bila dah tahu ni, maka slow lah sikit bawak keter.. Tak nak melayang RM300.. banyak tuuu..


PLUS Arah Utara (Dari KL):
 
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
 
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
 
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
 
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
 
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
 
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
 
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
 
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
 
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
 
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
 
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
 
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
 
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
 
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
 


PLUS Arah Selatan:
 
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
 
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
 
3- Km 253 selepas exit Senawang
 
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
 
5- Betul2 di exit Jasin
 
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
 
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
 
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
 
9- Betul2 di exit Sedenak
 

PLUS Tengah:
 
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
 
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
 
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
 
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
 
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


 
NKVE
 
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
 
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
 
3- Betul2 di exit Damansara
 
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
 

KESAS
 
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
 
2- Berhadapan Endah Parade
 
3- Betul2 di exit Hicom
 

ELITE (Dari arah KLIA)
 
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
 
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
 
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
 
4- Km 10 sebelum exit USJ
 

JALAN PERSEKUTUAN
 
1- Bersebelahan Hotel Mint
 
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
 
3- Berhadapan dengan Istana Negara
 
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
 
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
 
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
 
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
 
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
 
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
 
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
 
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
 
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
 
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
 
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
 
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
 
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
 
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan
kilang kelapa sawit)
 
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
 
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
 
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
 
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras



P/S: Bila dah tahu lokasi ni, kenalah berhati-hati sikit.. Tak pasal-pasal nanti kena surat cinta pula.. hehehe

/bye 


Leaflet Raya Tupperware.1 September hingga 30 September. LET'S PARTY, SAVE IT!!

/hihi

Best nya bila tengok leaflet sempena Hari Raya dari Tupperware tadi.. Sangat menjimatkan dengan Modular Mates.. Leaflet ni start 1 September 2011 hingga 30 September 2011..



Beli 6 Modular Mates dan dapatkan 2 lagi secara percuma dan 2 lagi dengan diskaun sebanyak 30%. Banyak tuuuu..













P/S : Ada yang tertarik?Memang sangat berbaloi.. LET'S PARTY.. Parti Tupperware je lah...

/bye





Cantiknya acuan puding Tupperware ni..

/hihi

Sekarang ni asyik nak makan pencuci mulut je. Perkara ni biasanya berlaku masa bulan Ramadhan aje.. Itu lah kelebihan bulan Ramadhan ni. Diam tak diam, dah nak hampir masuk bulan Syawal.. Oh, ok..berbalik pada cerita pencuci mulut ni.. Nak buat senang aje.. dan nak lebih menarik lagi..mestilah kena ada acuannya yang cantik.. Tak gitu? Bila nak makan tu, berselera aje.. hehehe





Inilah Jellete Set dari Tupperware.. cantik sangat dan boleh pakai dan simpan sampai bila-bila..sangat colorfull.. 

Kalaulah depan mata terhidang pencuci mulut yang cantik, sedap mata memandang..makin laju la masuk dalam perut. ye tak? Hehehe


Sedapnya lah puding ni.. Gambar dari carian Google..



P/S: Korang suka tak makan pencuci mulut? Sedapnya kalau dapat makan sekarang ni.. IShhhh..

/bye


Monday, August 22, 2011

Pencarian Karpet Raya..

/hihi
Hujung minggu lepas, aku menemankan kakak ku mencari karpet raya.. hehehe, bukanlah sebenarnya pun. Saje nak membeli. Puas gak lah berjalan. Aku ada bagitau, pergi beli kat Nilai 3.. Tapi disebabkan malas nak jalan jejauh masa tengah cuaca panas ni..dia survey dan beli kat Putrajaya je.. Rumah dia kat Bangi.. Dia kata, semua kedai sama je..nak kena pandai tawar menawar..


Karpet ni macam lawa gak..tapi akak aku tak berapa suka..dia kata tak tercabut ke nanti.. hehehe..



Yang ni memang akak aku berkenan. Senang nak jaga, boleh lipat-lipat aje..cantik pun cantik gak.. Harganya RM450..  Tapi kalau memang betul-betul nak, dan pandai menawar..harga leh jatuh sampai RM350..



Tengok sessi tawar menawar dengan mamat Pakistan ni.. Lain yang tanya..lain yang keluar dari mulut dia.. hehehe..layan aje lah..



Dalam banyak-banyak karpet dalam ni..dapatlah rembat satu.. Jadilah..



Dah penat-penat memilih..duduk lak kat buaian ni. Pakistan mari..Cantik kan kalau letak kat hall rumah. Kalau rumah besar suai la kot.. harganya RM3500 cam tu rasanya.. Siap mamat tu bagitau boleh bayar ansuran 3 kali.. waaahhhh..



P/S: Macamana persiapan Hari Raya korang? Aku biasa-biasa aje. Beli mana yang lebih memerlukan aje..

/bye







Sunday, August 21, 2011

Sampul Raya Percuma,In-Trend,Avon,Bata,Perodua

/hihi
Sempena nak menyambut Hari Raya ni, mesti ramai yang dah tukar duit raya kan? Tapi aku belum lagi lah.. Payah benar nak menukarnya..Masa pagi aje dan sangat terhad lak tu.. Duit raya belum tukar tapi sampul raya percuma dah dapat.. Cun lak tu. Rasa sayang gak nak guna.. 



Sampul Raya dari Avon ni memang cun lah.. Sebabkan Fazura dan Nurul Syuhada Nurul Ain ni.. sayang lak nak guna. Hehehe

 Yang ni pula sampul raya yang seksi.. Aksi dari Fouziah Gous..


P/S: Korang dah dapat tukar duit raya tak?
/bye





Wednesday, August 17, 2011

Sales Pearl Haya. 3 helai RM100 menjadi ke 5 helai RM100. MAD..

/hihi
Sebelum ni aku ada buat entri berkaitan dengan SALES DI BUTIK PEARL HAYA SENAWANG kan.. Kalau ada sales,memang aku akan pergi kalau tak de apa-apa hal. Mana taknya, susah yer..nak dapatkan harga runtuh yang memang betul-betul runtuh ni..

Pagi Sabtu tu, bila sampai je kat Butik Pearl Haya, ramai dah yang tengah memilih.. Sangat ramai ye. Sebab masa Sales ni jelah masa yang sesuai untuk memborong dengan harga yang berpatutan. Kalau tak, harganya mencecah ratusan ringgit. 

Disebabkan sales ni beli 3 helai dengan harga RM100 sahaja, makin ramailah yang memborong. Yang chiffon dan stok yang baru sales dengan 30% dan 50%. Memang MAD lah.. Sampaikan ada agen-agen yang berebut-rebut untuk mendapatkan tudung yang disukai..


Dalam ramai-ramaitu, sempat juga la aku rembat 9 helai tudung Pearl Haya. Dah namanya murahkan.. apa lagi..ambil aje lah.

Jomlah tengok hasil rembatan aku..hehehehe.gila tudung namanya ni..




P/S: Disebakan sales ni sampai 7 malam.. makanya ada yang bagitahu, ada sales selama 30 minit dengan belian 5 helai dengan harga RM100 sahaja dan semuanya adalah stok baru.. Wahhh ruginya tak dapat rembat tu.. Kena tunggu tahun depan pula la untuk sales yang macam ni..

/bye


Tuesday, August 16, 2011

Persiapan untuk buat Kuih atau Biskut Raya.. Home Made Biskut Raya..

/hihi
Baru-baru ni aku balik kampung..kat mana lagi?Muar lah..Bandar Maharani.. Bila dah kat rumah, mak pun ngajak la aku ke kedai untuk beli bahan buat biskut dan kek nak menyambut Hari Raya ni. Kalau nak mintak ayah aku bawakkan, memang nak cepat aje. Ayah aku akan tunggu dalam kereta aje. Dia kurang sikit kalau nak membeli-belah ni.. Jadinya, mak aku akan tunggu aku balik je lah,kalau nak kemana-mana. Lagi senang..anaknya mendengar kata maknya dan ikut aje.. Memang tak pernah lagi membeli biskut raya kat kedai. Kalau beli pun, hanyalah kerepek-kerepek aje..

Pagi-pagi hari Ahad, aku dah ke kedai beli barang nak buat biskut raya. Kedai ni memang dah lama bertapak kat Muar ni.. Dari kedai kecik..hinggalah besar jadinya..


Tengoklah..macam-macam ada kat kedai ni.. Sebut aje nak bahan apa..memang ada. Siap ada assistant lagi. Kalau carik-carik tak jumpa,tanya je pembantu kedai kat situ.Senang aje dia cari. Kebanyakannya, dah siap packing 500gm dengan 1 kg. Tapi barang dah naik harga lah..


Pagi Ahad, ramai juga yang keluar ke kedai ni. Tengah mood nak buat biskut raya kan.. Sebelum ni, mak aku ada buat bisnes kuih raya. Jadinya, tokei kedai ni dah kenal sangat dengan mak aku. Siap ada harga special sikit lah.


Tengah dok jalan-jalan dalam kedai ni, ternampak pula acuan buat coklat home made. Satu papan ni harganya RM3 aje.. Banyak corak acuannya. Yang dalam gambar ni, acuan corak bunga ros..cantik..


Ini antara gambar yang sempat snap. Lepas dah penuh bakul ni, ada dua bakul yang penuh bahan buat kuih ni..nak ambil gambar pun tak semangat.. Penat mengangkutnya.. Mak aku buat gak lah sikit-sikit Kek Buah Kukus untuk kenalan rapat.. Memang terbaiklah kek kukus buah dengan Biskut Tart mak aku buat .. Sampai yang dari Kuala Lumpur pun order. Tahun ni aku tak bagi mak buat untuk tempahan.. Sian mak aku,penat dah dia..

P/S: Korang selalunya buat biskut raya sendiri atau main tunjuk-tunjuk aje? Hehehe
/bye


Thursday, August 11, 2011

PEARL HAYA ANNUAL SALE !!! Wow..Best Best..

/hihi

1 DAY SALE 
SENAWANG GALERY
7 AM - 7 PM



Wow..bestnya.Pearl Haya buat Sales.. Kalau tahun lepas, beli 3 helai tudung Pearl Haya dengan harga RM100. (Sebelum sales, sehelai tudung berharga RM99 atau RM89) banyak tu less dia.. Kali ni sempena nak Menyambut Raya ni, lagi hebat harga murahnya.. Siapa peminat tudung Pearl Haya ni, pasti tak akan lepaskan peluang ni.. Tudung ni sudah mendapat tempat di hati peminat tudung di Malaysia, Brunei dan Singapura pun ada.. Dasyat...

Sebabkan aku ni member card butik Pearl Haya, maka aku telah diberi e-mail akan sales ni.. Jom baca ni..

Salam Dear Pearl Haya fans,


Its the much awaited SALE! Come after sahur, 7 AM to 7 PM this Saturday, 13 August in SENAWANG GALLERY ONLY.
Hugh markdown and discounts for all customers, members and non members!


Pearl Haya Senawang Gallery is located in :


100G , Jalan Taman Komersil Senawang 4,
Pusat Komersil Senawang, 70450 Seremban


From PLUS, take the SEREMBAN/SENAWANG EXIT
Drive straight through about 3 kilometeres, you will pass Giant and McDonald on your right. Stop and take a right turn at the traffic light after McDonald.
At the turn, take another right. Pass through some shops, and take a  left right before EON bank. Then take another left. Pearl Haya is located on that row, and you will see our store and tents!


For info, please contact 06 678 1212 or 06 678 11 12



P/S : Sape yang akan pergi? Aku mungkin akan pergi seawal 7 pagi.. lepas sahur, subuh..terus ke Butik Pearl Haya Senawang sebab nak balik kampung terus pas tu.. Suka Suka Suka..Oh, sales ni hanya di Butik Pearl Haya Senawang aje..tak de kat Butik Pearl Haya Shah Alam.. Ramai la yang datang serbu nanti..



/bye



Wednesday, August 10, 2011

Kad Jemputan Perkahwinan Norman Hakim dengan Memey. Lain dari yang lain..Cun..

/hihi

Serius kalau tengok kad jemputan kahwin Norman dengan Memey ni lain dari yang lain.. Rasanya belum ada lagi yang buat cam ni. Ke aku yang tak tahu.. Hari bahagia mereka semakin hampir. Gembira ye tak? Ditaja berjuta-juta.. Macamana la majlisnya tu nanti ek? Majlisnya akan berlangsung pada 24 September 2011 ni.. Dah tak lama lagi tu.

Gambar dari Beautifulnara.com

Semoga majlis mereka nanti akan sukses hendaknya...

/bye


Karnival Tupperware terbesar di Mid Valley.. Jom Jom..

/hihi

Kali ni Tupperware Brands menganjurkan satu karnival besar-besaran. Macam-macam aktiviti ada disediakan.. Siapa peminat Tupperware, jomlah ambil kesempatan ni. Mana tau dapat gift yang menarik dan harga yang sangat meletop kan..

Nak tau aktiviti yang akan dijalankan? Meh baca flyers Tupperware kat bawah ni..

Tarikh : 13 dan 14 Ogos 2011
Masa : 10 pagi hingga 9 malam
Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Hall 3


Aktiviti :
1. Special Buys
2. Fun Games
3. Lucky Draws
4. Exclusive Auctions
5. Special Perfomances


P/S : Wahhh maunya nanti trafik gila-gila kat sekitar Mid Valley ni.. Parking pun susah nak carik. Kena pergi awal la kan. Sape yang nak pergi? Jom sama-sama meriahkan lagi karnival ni..

/bye




Tuesday, August 9, 2011

Facial Treatment SK-II di Midvalley..

/hihi


Jumaat yang lepas, aku ke Midvalley untuk buat facial SK-II. Sebulan juga la aku buat appointment.. Asyik penuh aje. Yang biasanya orang tak nak ambil hanyalah hari Jumaat. Sabtu dengan Ahad memang fullhouse. Masa nak booked untuk second appointment pun, aku tengok dah penuh sampai bulan 11 tak silap aku.. Fuhhh...

Kali ni nak ke Midvalley, trafik memang sangat teruk.. Ntah apa yang buat orang ramai ke sini. Padahal waktu kerja lagi tu.. Sampaikan parking semua zon penuh tu.. Bunyi hon sana sini, bingittt.. Nasib aku baik, bila ke Gardens, Zon U.. ada lak kosong. Tu pun nak kena sabar mencari parking. First time aku parking kat belah sini. Biasanya masuk parking Zon C atau G.. Bayaran parking kat Zon U ni pun murah juga lah berbanding Zon G.. Kalau tak silap aku lah.. Biasanya bayar parking je RM7. Tapi kali ni bayar RM5 aje..

Bila masuk parking, aku mesti snap..takut lupa.. Kang puas lak nak mencari..


Ok,berbalik citer buat facial ni.. Sebelum ni kan aku ada blogkan pasal produk SK-II.. Kali ni lah baru berkesempatan nak try buat facialnya.. Kalau setakat pakai produk je, tapi tak buat facial..rasa cam tak best je..

Beauty Consultant yang bantu aku pada hari tu ialah Lee Li Peng. Betul ke ek.. Yang aku tau, aku panggil dia Li Peng.. Ok la orangnya..

Ok, nilah situasi dalam bilik cute untuk facial.. Masuk je suasana suram, dengan muzik sentimental..




Semuanya ni kalau ada bestnya..



Gambar aku sebelum dan selepas buat facial.. Apa bestnya? Memang sangat terasa akan kelainannya.. Urutannya, memang the best lah.. Tak rugi aku bayar RM130.. Hampir dua jam juga lah. Aku start dalam 4.40 petang dan selesai 6.10 petang.. Rezeki aku, dapat lama sikit sebabnya orang yang book appointment selepas aku tak datang sebab trafik yang sangat teruk nak ke Midvalley.. Lepas je selesai, terus aku booked lagi untuk bulan September.. Beli produk mahal-mahal, kalau nak kesan yang baik..haruslah buat facial juga.. hehehe..

P/S: Urutan facial sangat best..Kendur gak otot-otot muka aku ni..hehehe

/bye




Monday, August 8, 2011

Baiknya Tangan Yang Di Atas..

/hihi

Gambar dari carian Google.


Orang bersedekah, kita pun mahu bersedekah..tetapi pada masa yang sama ragu-ragu dengan pemberian itu. Ikhlaskah itu?

Bersedekah menyempurnakan iman seseorang namun ia harus dilakukan dengan penuh keihklasan tanpa mengharapkan balasan. Hanya Allah sahaj yang berhak memberi ganjaran.

"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulailah dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah ketika berada dalam mencukupi (segala keperluan). Barang siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Dan barang siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya."

Hadis Riwayat Imam al-Bukhari didalam Shahihnya..

*Petikan dari Majalah NUR bulan Ogos 2011..

/bye

Sunday, August 7, 2011

Katalog Tupperware Kempen 6/2011; Bulan Ogos hingga September 2011.

/hihi
Siapa peminat tupperware?Kali ni Katalog Tupperware dengan tema SUMMER FRESH.. yeehhhaaaa Kempen 6 untuk tahun 2011 ini bermula dari 8 Ogos 2011 hingga 30 September 2011.. best best gak.. Jom cuci mata..














Menarik kan.. jom la start order dari sekarang..

/bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...