Nuffnang Ads

Thursday, September 27, 2012

AL-QURAN AL-KARIM DENGAN PANDUAN WAQAF & IBTIDA'





Sebelum ni aku ada cerita pasal al-quran ni dan alhamdulillah,akhirnya dapat juga kumilikinya.. Edisinya sangat terhad. Permintaan sangat tinggi.Tetapi,pengeluarannya sangat terhad. Jadinya sangat susah untuk dapatkannya.

Alhamdulillah ada rezekiku untuk memilikinya. Kebetulan masa balik kampung hari tu, tergerak dihati untuk singgah ke PH bookstore.. Nak mencari satu kedai buku tu memang payah la kan. Jadi minta tolong dengan staf disitu merangkap anak tokey.. Dia kata ada..tapi ada orang dah booking tapi akan ambil pada minggu depan..jadinya dia jualkan pada aku dulu..sebabnya akan ada stok yang akan sampai nanti. Syukur sesangat. Aku beli dua naskhah untuk dihadiahkan kepada mak aku sempena hari jadinya yang ke 71 tahun.. Mak memang nak sangat al-quran ni..

Apa yang bestnya? 




Tulisannya besar dan jelas. Ada berwarna-warni lagi untuk panduan kepada pembacanya yang kurang nafas untuk bacaan panjang..

Warna merah untuk berhenti dan mulakan bacaan balik pada awal tulisan merah.

Warna hijau juga sama seperti warna merah.

Warna biru pula ialah boleh berhenti di akhir tulisan biru dan boleh teruskan bacaan seterusnya tanpa perlu ulang bacaan sebelumnya.






Ramai juga ahli panel yang terlibat dalam penghasilan naskah al-quran ni.. Sesiapa yang berminat..bolehlah dapatkannya hanya pada harga RM75 sahaja..




Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, August 14, 2012

Masihkah ada Ramadhan..




Telemovie yang sangat menarik dan banyak pengajaran yang boleh kita ambil teladan dari Masihkah Ada Ramadhan.. Mesti ramai juga yang tonton drama dari Astro Prima ni kan.. Hari ni kemuncak drama ni. Memang tersentuh hati.. Walaupun drama ni menggunakan dialek percakapan dari Terengganu..tapi aku rasa ramai juga yang menonton dan menghayatinya. Tiada perasaan kenegeriaan kerana ceritanya memang menarik. Memang terbaiklah drama ni dan produsernya tak lain tak bukan ialah Pn. Ziela Jalil..

Barisan pelakonnya yang mantap dan nampak lebih santai dan tak terikut sangat dialog skrip.. Hero pujaan Eman Manan dan pelakon hebat yang lain seperti Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham berjaya menjiwai watak masing-masing. Kalau masuk pertandingan ni..memang boleh menang ni.

Disebabkan ada permintaan, drama ini akan diulang tayang mulai hari Selasa hingga Jumaat ini pada jam 5.30 petang di Astro Prima..

Kasih sayang ibu membawa ke syurga, kasih sayang ayah sepanjang zaman. Orang yang baik disayangi Allah, Allah SWT sayang padanya diambilnya dulu.. Banyak pengajarannya dari telemovie Masihkah ada ramadhan. Drama sebegini yang sepatutnya diperbanyakkan untuk ditonton oleh remaja masa kini dalam mengenal erti kasih sayang sesama keluarga dan umat yang lain..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday, August 11, 2012

HOT & Roll..Apam balik moden yang memang best




Korang suka tak makan makanan yang cepat ni? Hot & Roll memang best. Bukan saje cepat malah ada juga khasiatnya. Ini ala-ala apam balik yang dimodenkan la. Memang best dan kenyang bila memakannya. Ada banyak pilihan yang mana semuanya sedap-sedap belaka. Sampaikan tak tahu nak rasa yang mana satu..



Ramai peminatnya rupanya. Masa aku nak beli ni ramai juga yang dok beratur tunggu pesanan diorang. Huhu kalau tak ramai..memang sekejap je siap. Ini masa bulan puasa ni, tak menang tangan la diorang.



Haa masak cepat dik..akak lapar sudah..Apa yang aku order?..



Ini lah rupanya paratha satay..



Dan ini pula crispy beef pizza. Memang sedap dimakan.. Harga untuk 2 hot & roll ni hanyalah RM10.50 sahaja..ok la tu kan.

Korang suka yang mana satu?Sape yang tak pernah try tu..bolehla cari kiosknya pas ni yer. Yang ini aku pergi kat KLIA..tempat lain tu tak tau la plak. Tak pe..leh google pas ni yek.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Cantik-cantik..



Cantikkan baju yang patung tu pakai? Harganya pun cantik juga..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 7, 2012

Button My Button...


Skang ni anak murid aku suka no dok pakai button atau badges ni bersusun-susun kat tali leher atau beg sekolah diorang..



Yang ni button khas untuk kempen "speak in english" kat sekolah aku, anjuran Panitia Bahasa Inggeris..hanya dijual dengan harga RM1 sahaja. Ada banyak patern..tapi hok yang ni je tinggal untuk aku beli..ok aje.Simple and nice..



Yang ni pula di designkan oleh anak murid grafik aku. Dia minat sungguh dengan design mendesign ni.. Jadinya satu kelas dok pakai button ni dengan nama glamer memasing.. Ni untuk cikgunya lah.. Tapi kena bayar RM3.. OK la kan. Support anak murid..

Dah lepas satu lekas bydak grafik pakai..kelas lain ada gak yang bertanya dan nak juga. Jadinya aku kata next year la.. Projek untuk tahun depan.insyaAllah...jika diizinkan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 6, 2012

Indahnya bila bersabar..


Sabar..Itu yang selalu aku ungkapkan dan ingatkan dalam diri mindaku.. Indahnya bila kita dapat menikmati setiap kesabaran yang kita lakukan.



Tapi malangnya bagi mereka yang tak sabar. Tahu tak dengan kesabaran kita yang walaupun nampak macam sikit atau hanya 1 saat, dapat mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang buruk. Jikalau seorang guru tak boleh nak bersabar dengan karenah anak muridnya kesian..memang tak boleh pergi kemana la nampaknya anak muridnya. Jika seorang ibu tak dapat sabar dengan anaknya..apa akan jadi dengan anaknya?

Ok..kali ni nak kaitkan dengan isu pemandu jalanraya. Ishhhh dah lama aku dok peratikan. Kebanyakan pemandu Malaysia ni kurang sabar. Kenapa? Apa la sangat yang nak dikejarkan? Sampaikan ada yang sanggup memotong lane kecemasan.. Jika dengan hanya 1 minit kita nak cepat, akan jadi 1 jam kita menjadi lambat. Banyak perkara boleh kita elakkan jika bersabar. Pemandu lori, treler yang panjang berjela ni..sanggup pandu dalam had yang laju. Ish takut aku nengoknya. Kalau belakang aku treler atau lori besor ni...memang aku bagi jalan supaya dia didepan. Menakutkan.. Dekat lampu isyarat pun nak melaju juga. Apa ke halnya? Kalau berlaku sesuatu... Siapa yang akan menjadi mangsa????

Jangan disebabkan ketidaksabaran dan kelalaian seseorang, ramai yang akan terlibat sama. Apa lah salahnya kita bersabar.. Sabar itu sangat indah dan tiada kata-kata yang dapat digambarkan melainkan apabila kita merasainya sendiri..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Salam Nuzul Al-Quran


Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, August 5, 2012

Jovian Mandagie Aviraya 2012


Koleksi Aviraya 2012 dari Jovian memang mendapat tempat dihati masyarakat di Malaysia ni. Asal ada je yang baru diletakkan..memang habis aje. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi dari designer terkenal di Malaysia ni.. Bila letak je yang baru...sekejapan je sold out..Kaya-kaya orang kat Malaysia ni.. Hehehe... Disebabkan aku dah jejakkan kaki kat butik First Lady Shah Alam, nak juga menjengok apa yang bestnya.. Nak membeli tu memang idok le. Saiz nya tak padan dengan ku. Huhu.(selamat poket aku)







Hmm yang jejalur tu harganya murah sikit la.kalau tak silap aku dalam RM200 lebih je. Yang brown tu mahal...mungkin disebabkan maniknya yang padat tu kot. Harganya RM400. Tapi aku nengok jahitan manik dia memang bagus lah. Padat sangat jahitannya.. Ini lagi mahal dari koleksi 20 by Rizalman..

Ramai juga la yang membelinya siap ada notis disitu bagitau yang setiap pelanggan hanya boleh beli 3 pasang aje.. Apa yang syiok sangat yek? Aku rasa kalau beli kain dan upah pun tak le semahal tu kot kan. Mungkin sebabkan ada label designer disitu..

Eh..kalau tak silap,Jovian akan mengadakan jualan boxing untuk koleksi Aviraya Jovian. Ada limit belian juga yang dikenakan..yer la biar adil untuk semua orang. Jangan tamak-tamak..biarlah berpada-pada..ye tak?


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 27, 2012

Jom Update Software Samsung Galaxy Note


Sesape yang gunakan Galaxy Note kat sini?Ataupun apa-apa jenis phone Samsung dan seangkatan dengannya?Nak tanya...korang selalu tak jenguk-jenguk phone korang tengok software yang terkini?

Ok..sejak tukar guna phone ni, first time aku godek phone Galaxy Note aku. Saje je la kan.. Main tekan bahagian About Phone pada setting dan sentuh le kat Software Update. Dulu version Android aku hanyalah 2.0 aje.. Lepas diupdate..terus mebjadi 4.04 dan boleh tahan laju gak la kalau nak online tu.. Ok gak la aku menunggu lama untuk update software Android aku ni..



Haaa inilah rupanya lepas diupdate. Sesape yang tak buat lagi tu,meh le join.. Bagaimana caranya nak update software android tu? Cari pada setting>about phone>update software. Senang aje...tapi nak menunggu tu lama gak la..tapi berbaloi..

Melaju je la pas ni guna galaxy note ku untuk shopping online ..hahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, July 18, 2012

aJ Aidijuma Bawal Scarf..




Terasa kembali ke zaman dulu-dulu bila gunakan tudung bawal ni. Memang leceh nak iron dan menggunakan pin kiri kanan..Tapi bawal tetap versatile dan tak lapuk dek zaman..

Bila ada keluaran terbaru tone pelbagai warna aidijuma ni..terus terasa ingin nak menggunakan semula tudung bawal..akhirnya, dapatlah beli beberapa helai tudung ni masa aJ buka booth di masjid biru Shah Alam.





Ok juga pakai semula tudung bawal ni. Yang best sudah semestinya bila time nak basuh kan. Tak perlu nak jaga awning..boleh terus masuk dalam mesin basuh..Nak iron nya pun tak sesusah iron baju batik..sekali jalan je sudah licin gitu..

Baru-baru ni keluar pula aidiJuma kod 205..Ada 12 pilihan semuanya.. Ada yang dah dapatkannya?

Selamat berbawallah semula yek..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, July 13, 2012

Hari dalam kenangan..Aku kemalangan..


Hmmm kenangan sungguh. Nak juga diceritakan sebab ketidakpuasan dan ketenangan hati dan akal fikiran yang terganggu.. Nak buat macamana kan, perkara dah berlaku.. Hidup kena teruskan juga. 

Syukur alhamdulillah dirini selamat lagi dari sebarang perkara buruk. Aku terlibat dalam kemalangan pada hari khamis petang. Situasinya sangat mendebarkan. Seram sejuk dan menggigil satu badan ni. Tergamam, terkesima tak tau nak buat apa. Nasib la enjin tak berasap sebab aku dok termenung lama dalam kereta. Tak tahu nak buat apa. Trauma memang ada la. Rasanya tak nak memandu buat sementara waktu ni. Tapi apa kan daya..katanya orang berkerjayakan. Takkanlah nak jalan kaki pula. Tempat kerjanya jauh tu..

Situasinya berlaku pada ketika aku nak pulang kerumah. Seperti biasalah aku lalu jalan yang sama..Bila jalan sempit, mana lah boleh nak memotong sesuka hati. Tapi lori hantu ni banyak la pula petang tu..Sampai di dua selekoh tajam jalan Labu lama, nasib tak menyebelahiku.. tetiba tak dapat nak kawal kereta sebab bertembung dengan lori, nak mengelak dan terbabas sampai masuk longkang tepi jalan. Nasib la aku tak pusing stereng ke jalan..kalau tak memang kena la aku.. Fuhhh habis la kereta aku..sedihhh

Nak story part paling tak suka ialah.. boleh pula dalam masa yang singkat tow truck sampai. Masa tu memang tak pikir la..mana la depa ni dapat tahu. Rupanya diorang ni ada kaki yang bagitau pasal eksiden ni. Aku tak fikir apa pun. Masa ni lah nak kenal orang yang baik ada makna dan sebaliknya. Siap kaki pukul semua bagai.. Aku dah la trauma dengan gigil-gigil semua. Tak leh masuk la pasal nak tarik kereta ni. Tow truck ni pula boleh nak pow aku sampai RM150 semata-mata nak angkat naik kereta ke atas jalan je. Tak ke cekik darah. Bila tak mau bagi,nak kasi RM50 je..sampai nak bertumbuk gaduh semua. Malas nak panjangkan cerita, hulur aje lah RM100. Depa pun cabut lah.. Orang Perodua tu kata mahalnya dia minta RM100. Itu kira nak bawa kereta aku masuk bengkel jauh tu..Hmm memang tak dihalalkan lah..(Memang situasi nak bertumbuk tu yang aku tak suka..sebab tu tak halalkan. Depa ni main cakap kasar. Ini yang dinamakan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain).

Lagipun kereta aku ni pun baru lagi guna. Call Perodua, haaa inilah yang aku puji dengan servis dari Perodua. Diorang tolong tenangkan jiwa dan bagi penjelasan.. Baguslah diorang ni. Nasib aku tak de sign apa-apa dengan orang tow truck tu.. Ke unit trafik la pula buat report nak settle kan insurans semua. Ingat mudah? Tidak semudah yang disangka. Siapa yang pernah mengalaminya saje yang faham.. Banyak lah procedurenya.. Kebetulan hari yang sama..banyak pula yang buat report kemalangan. 

Jadinya sekarang aku dah tak de kereta. Payah la pula nak ke sekolah.. Katanya lambat la pula nak siap kereta aku ni. Bulan puasa ni susah la tak de kereta.. Dugaan dan cabaran betul.. 

Tapi perkara utama dan penting ialah jangan percaya dengan tow truck ni. Telefon orang yang incharge dengan kereta kita saje.. Diorang akan tolong uruskan. Yang penting diri kita selamat, kereta kita pun selamat diuruskan oleh orang yang betul sahaja. Bukan main hantar kat bengkel tepi-tepi jalan aje. Yang tak de warranty dan barang yang original. Yang akan menambahkan lagi kerosakan kereta kita nanti. 

Semoga dipermudahkan urusanku dan memberikanku kekuatan untuk memandu selepas ini. Aminn...


Wednesday, July 11, 2012

Shawl Shasmeen Sakura, Radiusite


Setelah lama menanti untuk mendapatkan koleksi dari butik Radiusite ni..akhirnya ada juga rezeki ku. Bagi aku kualiti dan harganya sangat puas hati. Mungkin sebab tu lah, koleksinya sering mendapat tempat di hati peminat hijab ni.

Inilah first time aku kesana.Ini pun sebab nak lihat-lihat koleksinya. Berpusing gak la mencari butiknya. Alhamdulillah..tak le susah sangat pun. Berderet-deret butik tudung kat area situ. Sebelah menyebelah aje..Kalau nak beli atau survey tudung memang mudah sangat lah. Ada Fareeda, Pearl Haya, D'Haja, Sugarscarf dan macam-macam jenama lagi ada dekat area situ..Memang tempat muslimah fashion lah..

Akhirnya koleksi Shasmeen Sakura Radiusite ni dalam genggamanku..sukaaaa











Gambar dari website Radiusite


Inilah 2 koleksi sakura Radiusite yang berjaya kubeli. Kiranya tudung raya la kan. Hehe. Harganya pun berpatutan dengan kemeriahan maniknya. Kalau nak suruh aku jahit sendiri maniknya mungkin ambil masa dan tak le secantik,sekemas beli disini. Gambar model diatas diambil dari website Radiusite..

Kiranya rezeki aku la ke butik Radiusite Shah Alam Ahad lepas. Ada hikmahnya.. Hehehe.Mesti korang juga pengguna dan penggemar tudung shawl dari Radiusite kan...

Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, July 9, 2012

Belian secara pukal atau borong sangat menjimatkan..


Secara kebetulan hari Ahad yang lepas aku ingatkan nak pergi stokis Tupperware beli barang. Sekalinya..tutup. Tapi pelik la pula bila nampak ramai orang dok kerumun kat satu tempat ni. Jadinya..sikap ingin tahu tu lebih banyak..jadinya meh la join sekaki nengoknya..

Rerupanya ada jualan kain baju la plak. Harganya memang murah lah. Sebab kena beli sedozen iaitu 12 helai. Haihhhh memula tengok je. Sekali tu ada satu group student USIM ni peramah la plak. Siap offer lagi kat aku nak join diorang tak. Apa lagi..aku pun okay je lah. Mari pilihh..










Berlonggok-longgok kain baju.Tapi memang cun lah. Ramai antara depa ni rasanya penjual kot. Sebab aku tengok memasing dok pulun beli berbeg-beg.. Harganya sangat berbeza kalau kita beli untuk sepasang dua je. Beza bih kurang RM10 tu..banyakkan. Sebab tu lah student UIA dengan USIM ni pakat pergi dengan gang.. Murah sangat harganya dan sesuai dengan kualiti bajunya.








Yang kat atas ni pula masa aku temankan mak aku beli borong kain pelikat Atlas. Memang beza sangat harganya. Berbaloi-baloi beli borong ni. Dan penjual ni pun sebenarnya untung sesangat. Sebab tu lah..masa nak membeli tu...bih baik la kita tawar menawar harga untuk sesuatu barangan sebelum kita membayar..

Best gak sesekali join beli barang borong ni..tapi kena ajak gang la kan..Pusat borong terbesar kat Klang tu pun best gak terjah kan atau pun kat KL tu.. Nak pergi juga la kesana. Ramai gak yang kata best. Korang ada yang dah pergi sana tak?Yang kat Klang atau KL tu..
Best ke?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, July 8, 2012

20 by Rizalman di Tesco..


Korang dah tengok koleksi raya Rizalman kat Tesco? Tadi saje je la pegi Tesco nak tengok bajunya tu..Wahhh macam goreng pisang panas. Banyak size yang dah sold out.. Tak de peluang la aku nk beli..

Ok meh layan gambar yang sempat disnap tadi..























Yang gambar last warna hitam yang tinggal sehelai je tu memang sangat lawa..Itu pun saiz S...material kainnya jenis lycra dan cantik la..sedap pakai.. Tapi sayangnya memang tak de restock dah..Ini pun baru je hari yang kedua dah habis. Ramai betul yang serbu koleksi 20 by Rizalman ni..

Ada ke antara korang yang dapat koleksi ni???


Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, June 24, 2012

Cara pembelian Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’. Jualan Gudang Telaga Biru 13, 14, 15 Julai 2012




Sebelum ni aku ada buat entri Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’. Jadinya, ada yang bertanya bagaimana nak dapatkan naskah  ini.Bila dapat je tahu mengenai jualan naskah ni, aku ada bertanyakan pada pihak Telaga Biru Fan Club di facebook. Jadinya, tadi ada balasan bagaimana nak membelinya..


Cara untuk mendapatkan naskah Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ ini adalah melalui Jualan Gudang Telaga Biru Julai ini dan juga secara online.

CARA 1:

Jualan Gudang Telaga Biru :

Tarikh : 
13, 14, 15 Julai 2012

Tempat : 
Ibu Pejabat Telaga Biru.
28, Jalan Tembaga, Sri Damansara Industrial Park, Kuala Lumpur


CARA 2 :

Belian secara online :

Website Stormreaders Network



Ok, bila dah tahu ni, bolehlah kita sama-sama dapatkannya..Harapnya maklumat ni dapat membantu sedikit sebanyak berkaitan dengan pembelian 
Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’.




Friday, June 22, 2012

Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’


Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ ? Korang pernah baca atau tahu tak mengenainya? Aku pun dapat maklumat ni dari mak aku yang telefon tadi yang mana dia suruh aku belikan. Katanya dia dapat tahu setelah baca suratkhabar Utusan Malaysia Jumaat,22 Jun 2012. Kalau sesiapa ada baca, mesti tahu kan..


Yang tak baca suratkhabar hari ni, meh aku dah tolong letakkan kat sini. Nak juga tahu apa lah yang mak aku bagitahu tadi. Katanya, masuk kat facebook Telaga Biru. Ada iklan kat suratkhabar tu yang bagi maklumat mengenai cara beliannya. Yer la, mana lah mak aku tahu nak beli guna internet kan. Kalau kat kedai buku biasa memang belum ada lagi jualannya ni. Jadinya, disuruhlah anaknya tolong belikan. Memang nak sangat nampak gayanya. Kalau tak, tak de lah sanggup tepon anaknya ni. Hehehe..Katanya boleh dapatkan dengan harga promosi iaitu hanya RM50 sahaja..

Ini maklumat yang aku dapat :

Judul : Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida'
Penerbit : Telaga Biru Sdn  Bhd
Harga : RM75.00


Ok, ini pula keratan akhbar mengenainya.. Akhbar Utusan Malaysia, Mega.
 


Jadinya, setelah aku baca mengenainya, barulah ku faham...
Ini adalah sedikit petikan yang aku ambil dari SINI

ALANGKAH baiknya jika terdapat sebuah al-Quran yang dapat memberi panduan untuk seseorang itu memberhentikan bacaan (wakaf) dan memulakan bacaan (ibtida’) pada ayat-ayat yang panjang yang tidak terdapat tanda-tanda wakaf."

Itulah luahan rasa yang menjadi cetusan idea pensyarah Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan lewat solat Subuh, kira-kira tiga tahun lalu.

Malah ilham itulah yang telah membawa kepada terhasilnya Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida’ yang dijangka berada di pasaran awal Julai ini.


Gambar dari carian Google dan Akhbar Utusan Malaysia.

Kalau tengok gambar tu, mesti korang kenal kan? Ustaz Hassan Azhari. Masa zaman kanak-kanak aku dulu, selalu tengok rancangan Muqaddam yang dikendalikan oleh beliau..



Kalau korang nak tahu lebih lanjut, aku rasa lebih baik korang baca artikel DISINI. Lebih bagus baca artikel Hadiah Istimewa Buat Ayahanda yang telah ditulis oleh wartawan di link atas ni.


Memang harus dapatkan Al-Quran al-Karim dengan Panduan Wakaf dan Ibtida' ni. Katanya, Telaga Biru akan mengadakan Jualan Gudang besar-besaran nanti. Bolehlah dapatkan buku-buku terkini dan best sellernya dengan harga diskaun yang menarik sempena untuk menyambut bulan Ramadhan disana nanti. Jom kita. Tarikh jualan gudang Telaga Biru : 13, 14, 15 Julai 2012.





 

Tuesday, June 19, 2012

Nescafe Milk Coffee Drink terbaru..




Siapa peminat minuman kopi kat sini? Mungkin ramai juga yang dah tahu akan kewujudan minuman Nescafe yang terbaru ni kan. Korang dah rasa ke belom?Setakat ni aku sudah memborong sebanyak 10 kotak UHT Nescafe ni. Kata peminat minuman kopi kan.Jadinya haruslah mencuba minuman ni dan simpan stok dalam peti sejuk. Bila time balik kerja, penat...sambil merehatkan diri...slurpppp sekotak Nescafe ni. Segar terus mata..

Bagi aku la..minuman ni tak semanis yang dalam tin tu. Rasa kopinya pun tak pekat sangat. Sedang-sedang aje kalau nak bandingkan dengan kopi Starbucks tu kan...

Tapi yang tak bestnya..susah gak nak dapatkan stok Nescafe ni. Setakat ni aku hanya jumpa kat stesyen minyak Shell je lah. Tapikan, harganya berbeza-beza lah pulak. Ada yang harganya RM1.80, ada gak RM1.50.. Harga tetapnya tak tau la plak berapa. Cari kat Giant dengan Tesco, tak le jumpanya..hmmm

Eh..korang dah try belom?berapa harga korang beli?rasanya macamana pula? 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, June 15, 2012

Bila kelewatan...




Apa yang dirancang,tidak semestinya akan 100% sama seperti yang diinginkan. Manusia hanya merancang...Allah S.W.T yang menentukannya. OK..hari ni aku terjaga lewat dari selalunya..fuhhh kelang kelibut aku dibuatnya. Serba tak kena jadinya.

Bila keluar lewat je sikit,timing dah lari..hati berdebar-debar.. Kawasan rumah aku ni pepagi memang sibuk..Masa ni lah pula lori treler nak keluar jalan.Bas sekolah yang semput, motorsikal yang berderet-deret..Kalau laju tak pe la jugak..ini,hmmm sabar aje la. Memang teruji kesabaranku pagi ni. Jalan nak masuk ke highway pula tu baru pagi ni terasa banyak la pula traffic lightnya..Hijau nya kejap..Merahnya lamaaanya la pula. Lepas je pondok tol..berdesup aku tekan minyak.Tawakal aje lah pepagi ni.Main tekan sampai 140km/jam. First time ni aku drive macam orang tak betul. Tapi masih lagi ingatkan minda supaya tak keterlaluan. Takut yang dikejar tak sempat..benda lain pula yang mendatang..

Sepanjang aku bekerja..(3 tahun jadi GSTT, 6 tahun jadi cikgu) Kira nya nilah yang pertama kali punch card aku ada kaler merah.. Tak boleh lak terima keadaan.huhuhu.. Tak suka tengok kad aku tu. Rasa macam pelik je. Kenapa datang je yang ada kaler eh?Balik lambat bagi la kaler lain plak.Barulah menarik kan..Kalau la aku system/software engineer(ikut course masa belajar dulu)..memang aku akan buat sistem punch card kaler kaler.hehehehe...(tak leh terima lagi ni..)

Inilah jadinya bila tempat kerja jauh kan.Timing lari sikit..habis semuanya..Apalah kesudahannya agaknya.

Published with Blogger-droid v2.0.5

Thursday, June 7, 2012

Ceritera Dana Keluarga,Kedai Wakaf,Kenduri Bulan Rejab..


Kalau sebut mengenai kain pelekat..mesti orang lelaki lebih mahir. Yang paling glemer dah tentulah jenama Atlas dengan Gajah Duduk. Hmm aku tahu ni pun dari ayah aku la.. Dah jadi trend semasa kat kampung aku yang mana,kalau buat kenduri..pasti akan ada buah tangan. Tak kira lah..ada yang bagi buah, makanan ringan,sejadah,kain dan banyak lagi lahh..

Tetiap tahun.. Family belah mak aku akan buat kenduri dalam bulan Rejab..kitorang memang ada Dana Keluarga dan juga ada tanah wakaf yang mana telah dibina dua unit kedai wakaf hasil sumbangan ahli keluarga dana kami. Tetiap bulan duit sewa kedai tersebut disalurkan untuk membantu orang susah dan derma untuk masjid. Alhamdulillah.. Rezeki orang ramai kat kampung aku..

Kata sepakat dibuat untuk memberikan kain pelikat untuk lelaki dan kain batik untuk wanita. Berbaloi la kan..orang boleh gunakan untuk solat dan salah satu cara untuk gunakan duit kedai wakaf pada orang ramai..

Jadinya tadi aku temankan mak aku beli 60 kain pelikat Atlas 550.Yang ni ayah aku yang suggestkan.Dia tahu mana yang best nak pakai..Jadi,marilah memborong.. 







Beli secara borong lagi berbaloi..Alhamdulillah,rezeki orang kampung.. 





Published with Blogger-droid v2.0.4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...