Nuffnang Ads

Saturday, January 28, 2012

Review Stokin D'NIFI Bio-Energy DCL..


Korang pergi kerja pakai stokin?Hmmm kalau yang lelaki mestilah kan. Stokin ni pelengkap gaya. Tak gitu? Rasa janggal la pula bila tak menyarung stokin dikaki. Tapi kalau yang perempuan, pakai gak ke stokin? Kalau ikutkan,kaki tu aurat..memang lah kena pakai kan. Aku memang pakai stokin bila menyarung kasut kerja..  Rasa selesa..Nak nak bila pakai kasut yang bertutup kan.. 


Jadinya, masa balik kampung hari tu, aku tanya kat mak aku laa... ada lagi tak stok stokin DCL.. Alhamdulillah masih ada lagi satu. Sebelum ni, duta produk stokin DCL ni  ialah pelakon lelaki apa ntah namanya. Lupa lak aku.Arash ke apa ntah. Dia pun dah lama tak berlakon. Jadinya, bila mak aku bagi kan kotak stokin ni.. eh packaging baru lah. Mak suh buka tengok stokin tu. Ok ke tak..



Inilah packaging baru stokin Bio Energy DCL ni.. Tokeinya sendiri yang jadi modelnya kali ni..Jimat duit gitu.. hehehehe..gurau je. Best Brands tuuu. Suka dengan slogannya "D'NIFI memberi perlindungan maksima ke atas tubuh terutamanya pada bahagian kaki". Yer, aku sangat setuju..



Ok,meh buka kotak tengok isi dalamnya.. Haaa ada love love gituuuu.. kualiti stokin kali ni lebih best. Tak tebal sangat dan sangat selesa bila pakai kat kaki. Elok sangat tau.. Terasa peredaran darah tuuu.. nak nak aku ni cikgu kena senantiasa berdiri semasa mengajar kan.. Sangat bagus oooo..Menggunakan teknologi nano dari Jepun gitu..



Macamana cara nak guna?Ada diajar kat belakang kotak tu. Yang ada bentuk love tu kena kat dalam lah.. lembut je tau kualiti stokin ni. Dan bila pakai..automatik terasa nyut nyut kat kaki.. Sangat sesuai kalau dipakai masa tidur untuk mereka yang terasa penat / lenguh kaki dan selalu kena simpul biawak.Tau ke apa simpul biawak?Ituuuu yang kejang urat tu la.. Bila pakai stokin ni, memang lena lah tidur tuu..



Ok..kat sini ada dibagitahu mengenai kehebatan stokin D'NIFI Bio-Energy ni. Lagi satu testimoni nya ialah..Selalu kalau pakai kasut bertutup ni, kaki akan berbau kan? Tapi tidak dengan memakai stokin ni. Ianya membunuh kuman. Kelassss gituuuu.. Haaa bolehlah baca apa kebaikan stokin ni kat gambar atas ni. Sangat best kan?????


Harganya murah je dan berbaloi. Kalau ikut kotak,harga semenanjung ialah RM41.50 dan Sabah Sarawak ialah RM44.50. Kalau korang nak harga murah, gi lah cari sesape kenalan yang ahli DCL.. Memang berbaloi ada satu stokin ni. Aku ada 2 dah stok stokin ni kat rumah. Hahahaha, Berbaloi tauuu. Sebab aku dah gunakannya.. Nak basuhnya pun senang aje. Tak yah gunakan sabun memahal cam Dynamo ke Fab ke.. Kang hilang pulak kehebatannya. Rendam, Gonyoh-gonyoh, perah dan sidai je. Cepat kering lak tu.. Jom la try satu..



Friday, January 27, 2012

Nikmati Asam Pedas Kedai Pink. Fuhhh Berasap..


Kali ni kita citer pasal makan asam pedas lak. Selalu kalau pergi kedai pink ni...akan order asam pedas ikan pari yang terbaikkkk, mee kari terbaikkk dan juga mee sup terbaikkk. Memang semuanya terbaikkk. Ada lagi satu ialah kuih donut yang terbaikkk.. Kat mana kedai pink ni? Kedai ni dekat dengan Mydin Kota Seriemas, Nilai.. Kenapa aku panggil nama kedai pink sebab semuanya kaler pink. Tak sempat lak nak snap gambar kedai.. Perut dah lapar..servisnya pun pantas gituuuu..



Inilah portion untuk set nasi putih siap dengan ulaman.. Harganya RM1.50



Ini pula asam pedas ikan pari dengan harga RM8.50. Tapi sangat berbaloi tau. Boleh dimakan untuk 2 orang. Kalau 3 orang pun ok gak..Kaler merah menyala. Memang sangat power kepedasannya.. Berasappp


Aku suka makan kat kedai ni sebab portion setiap makanannya sangat berpatutan dengan harganya.. Selalu aku akan order minuman air epal asam boi..Memang sedap. Harganya cuma RM3 gitu.. Sangat puas hati tau. Lain kali aku akan snap gambar kedainya yek.. leh la sape yang berminat, boleh terjah kat sini merasa makanan terbaik ni.. hahahaha


Thursday, January 26, 2012

Review Katalog Tupperware Abundant Variety; Catalogue 1/2012 ; Katalog Tupperware Malaysia Januari 2012


Kali ni update katalog Tupperware lambat sangat sebabkan keadaan internet yang sangat slow. Huhuhu.. Katalog Tupperware untuk kempen 1 bagi tahun 2012 ni start dari 2 Januari hingga 11 Februari 2012. Masih sempat lagi kalau nak beli.. Untuk bulan ini saje aku dah beli 3 kali. Wahhhh memang tertarik sangat membeli. Tapi yang selalu aku beli semestinya Lacto Fiber, Omega Q3 dan juga Green Tea. Memang sangat superb tau. Korang harus try..


Okla,jom layan apa yang best dalam katalog kempen 1 ni..





Oh..set ini sangat laku ye. Aku sampaikan ke stokis Tupperware Muar untuk beli Polka Dot One Touch yang ada 8 biji dengan bersaiz 1.25 liter. Sangat suka dengan warna yang colorful ni..





Fortune Gift Set ni pun sangat berbaloi beli. Hari tu my sis bawak balik satu kotak untuk my mom.. sangat sedap biskutnya tau. Sekejapan je habis. Bekasnya pula sangat cantik. Berbaloi gak beli ni.





 Caribbean Mugs with Seels ni pun aku beli. Murah tuuu..tolak lagi dengan harga aku.. memang sangat berbaloi beli. 45% diskaunnya tuuu..Senang nak buat air panas,bila tak nak minum dulu..ada penutup yang boleh tahan kepanasannya air tu.





Naturcare Premium Green Tea ni sangat best lah. Bila minum panas-panas..terasa darah tu jalannnnn.. dan mengeluarkan angin yang berlebihan dari badan. Fuhhhh.. Terasa segar lepas minum teh ni. Disyorkan yer.. Murah aje tu.








Keseluruhannya produk Tupperware ni sangat bagus.. Nak nak sekarang ni produk Nutri Metics pun dah join Tupperware. Lagi banyak la produk yang berkualiti dan sangat best untuk dibeli. Berbaloi-baloi..Tunggu apa lagi??Jom la join aku.. hahahaha




Thursday, January 12, 2012

Aktiviti paling best untuk dinikmati..Apa tu??


Ini gambar memang sudah lama simpan peram.. nak dibuat entri asyik la tak dan. Ntah apa la yang busy beno cikgu ni kan..hahahaha. Oklah..sebenornya aktiviti paling best sudah semestinyalah aktiviti makan makan tambah berat badan.. Time tengah kusyuk dan menghayati makanan tu, tak de nak pikir ini kolestrolnya bape..lemaknya ada baper.. Main masuk je dalam mulut.. Dasyat gitu.




Tengok flyers tak menahan cam sedapnyalah kan.. Tu lah yang aku panas punggung nak membeli memakan je..Tapi disebabkan aku teringin bebenar nak merasa makan pizza Ultimate Cheesy 7 Bytes yang meletop tu. Yang bukan main banyak lagi cheese tu..aku pun bantailah beli walaupun tak de size kecik. Fikir punya fikir...oklah, order bawak balik je lah. Kang makan kat situ bukannya abis jam tu gak..baiklah menghayatinya kat rumah saje... Sebab tak de yang small size..aku amik pakej yang paling murah iaitu RM29.90 tu sepertimana dalam gambar kat atas tuu .Bila tambah tax..jadilah RM32++. Dah tak ingat lak harganya. Tapi berbaloi lah sebab bawak balik kan..Jimat...



Pizza yang penuh dengan 7 cheese, pas tu tambah topping hawaian chicken..Memang best lah.. 
Aku makan 2 keping je dah kenyang..simpan untuk makan lain masa lak. Berbaloi..




Alamak..gambar terbalik..belasah je lah. Masa snap ni pun dah tahap lapar benar.. Garlic bread dengan 2 mushroom soup.. Mana la tak kenyangnya kan.. Mana lah tak tambah kolestrolnya kan.. Nasib baiklah makan Omega Q10.. Bagus gak boleh tolong balance kan balik semuanya.. Tambah lak makan LactoFiber.. Memang membantu sangat.. Hehehehe


Dalam minggu yang sama lak..bila penat balik dari sekolah...teringin lak nak makan Prosperity Burger McD ni.. Apa lagi..bantai aje lah labu.. Bagi masuk perut.. Tapi tetiap tahun memang aku akan beli punya prosperity burger ni.



 Air tu memang best..sesuai bila dah makan burger ni. 
Ada rasa masam-masam supaya tak terasa akan kekenyangannya sangat. hehehe



Bila nengok balik gambar ni terasa nak makan lagi..huhuhu camno ni...


Apa kata korang?Memang aktiviti yang paling best kan? Makan dan makan dan makan.. Tapi kali tu je lah membedal fast food..yang selebihnya makan didapur sendiri. Tak leh selalu sangat makan ni.. Sebulan sekali ok lah tu kan.. hehehe Kena jaga kesihatan gak. Badan,otak,pemikiran nak guna lama ni. Kena kerja sampai umur 60 tahun.. (mampu ke nak keje masa dah 60 tu?hmmmm..hahaha )


Monday, January 9, 2012

Koleksi Majalah yang Menimbun.Nak jual..


Operasi mengemas rumah membuatkan aku pening memikirkan mana la aku nak simpan majalah yang dok tetiap bulan aku beli.. Dalam nak menunggu rumah aku siap dan nak masuk pindah rumah baru..meh la simpan dan susun majalah-majalah ni. Sebelum sessi persekolahan 2012 bermula..aku pun buat operasi menyusun kembali segala barang dalam rumah aku.


Niat dalam hati ada juga nak menjualnya. Tapi sayang la pula kan. Ada banyak info dalam setiap keluaran majalah yang dibeli. Kalau jual kat tokei surat khabar lama..dikira timbang aje. Sangat tak berbaloi.. haaa tengoklah betapa banyaknya majalah aku ni..


Ada yang siap ikat-ikat gitu. Tak mo ada yang usik lagi..kang bersepah balik umah aku.


 Himpunan Majalah Harmoni


Majalah InTrend


 Ini koleksi lengkap InTrend untuk tahun 2011


 Yang ini campuran majalah caca marba. Mana yang best cerita dalam tu..aku beli lah. 
Tak la tetiap bulan aku beli.


Antara majalah Wanita.


Kalau ikutkan memang tetiap bulan aku spend duit untuk dapatkan koleksi majalah aku. Untuk tahun 2012 ni, aku akan beli majalah SOLUSI, InTrend, Majalah PC, WANITA dan SAJI. Wanita dan Saji tu dah tentulah akan terletak kat rumah mak aku. Kat rumah mak aku lagi lah banyak majalah yang tersimpan kat rak. Hahahaha. Kang kalau tak beli macam rasa tak best pula..


Jadinya, aku yang mengalami masalah mana nak simpan semuanya ni? Hmm... kalau ikutkan schedule,rumah aku siap tahun ni. Jadinya sekarang dah boleh survey nak buat kabinet..Wahhhh suka suka..Boleh letak koleksi majalah aku dengan koleksi Tupperware aku yang banyak tuuuu...Pengsan la aku nak pindah nanti nak mengangkut banyak barang niiii....


Menarik gak rak buku ni kan..





Saturday, January 7, 2012

Persediaan P&P awal tahun...


Setelah bercuti panjang pada hujung tahun 2011, kini startlah balik kesibukan awal tahun dengan pelbagai persediaan,aktiviti dan perancangan untuk sepanjang tahun 2012. Harapan untuk permohonan pertukaran tempat bekerja seperti tidak didengari dan dibawa angin malam begitu aje..(sedih tahap gaban,huhu). Wahhhh macamana nak tukar ni?Payah bebenauuu..Kalau ye la tak mo lepaskan aku ni..bagilah anugerah pekerja cemerlang tahun ni. hik hik..




Seminggu sebelum naik sekolah lagi..kami para guru dah ke sekolah merancang, bermesyuarat dan siapkan apa yang patut sebelum start sekolah.. Wahhhhh masa tu la baru nak mengasahkan balik penulisan. Dah rasa keras lak tangan ni bila tak menulis panjang-panjang bak pelajar nak amik exam tu. hehehehe..yer la nak kena buat persediaan buku rekod mengajar bagai kan... 


Nak update blog ni pun tak sempat nak curi masa. Balik sekolah pun dah lewat dengan perjalanan pulang yang memakan masa berejam lamanya.. sampai rumah haruslah rehat dulu.. Malam pula dah nak prepare untuk esok pula..Hati meronta-ronta (ceeeewahhh) untuk update blog..tapi apakan daya minda tak mampu nak berjalan lagi. Masa bekerja dah tamat..otak minta untuk berehat. Hehehehe. Dan bermulalah episod travel harianku yang dah sebulan aku tak buat. Terasa jauhnya nak sampai kesekolah..huhuhu.. Makanya, kad touch n go aku akan sentiasa minta diisi sama macam kereta aku juga.. Melayang-layang gitu dari poket bag aku.. hahahaha


Inilah namanya mencari rezeki.. Hati kena ikhlas yer cikgu..




Monday, January 2, 2012

"Definisi Kecantikan Bagi Saya"



"CONTEST UTK BLOGGER DARI 
NATURACTOR COLLECTIONS"


Sebelum ini saya ada membuat review berkaitan dengan produk Meiko Jepun dari Naturactor Collections. Bersempena dengan contest yang sedang berlangsung di blog Naturactor Collections...makanya aku pun join sekali. 


Macamana caranya nak join? Senang aje. Klik pada banner dibawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi. Hadiah utamanya merupakan produk  SERUZAD VITAL ENERGY DAY REPAIR, khas 100% original dari Meiko Jepun. Harganya ialah RM150.. Apa lagi tunggu jomlah join.. Kalau nak tahu apakah kehebatan produk ini,boleh klik Review Produk Seruzad Vital Energy Day Repair . Memang sangat best tau..







"DEFINISI KECANTIKAN BAGI SAYA"


Saya definisikan kecantikan melalui olahan abjad pangkal KECANTIKAN. Apa itu kecantikan?



Keseluruhan definisi kecantikan dari pandangan saya ini ialah sebanyak 101 patah perkataan


Ok selesai syarat contest ni. 


Saya nak tag kengkawan ini untuk join sama contest. Sape yang bertuah tu?


Tarikh tutup contest adalah pada 1 Februari 2012




Sunday, January 1, 2012

Kenangan 2011..


Salam..
Sebelum lagi beberapa minit tahun 2011 akan menutup tirainya dan akan disambut dengan tahun 2012.. Aku teringin nak flashback balik peristiwa kenangan untuk 2011. Antaranya..
Dari alam dunia cikgu cikgi..alhamdulillah tahun 2011 pencapaian SPM MPV Grafik Berkomputer aku meningkat..Harapan aku agar keputusan SPM tahun ini akan bertambah lagi pencapaian anak-anak murid aku.
Kalau nak kata kerja sebagai cikgu ni, memang tak tertaiplah aku kat sini. Dah siap dicatat dalam Borang Penilaian Prestasi Tahunan 2011 pun kan..


Dari alam blogging pula..aku rasa seronok sebab telah bersama-sama dengan Nuffnang. Yer..memang best. Ada lah 3  event dengan Nuffnang sempat aku join sekali. Iaitu Bengkel Lancome, Tengok wayang Transformers 3 dan juga acara paling gemilang iaitu Nuffnang Blog Awards. Memang best sangat dan ditambah manis sekali dengan pendapatan yang aku dapat dari blogging ni. Alhamdulillah walaupun tak banyak..aku bersyukur..


Dan ada lah 3 contest yang aku join dengan Nuffnang yang aku dapat hadiah iaitu barangan Lancome bernilai RM2000, Hamper barangan Dettol sebanyak RM100 dan juga barangan kecantikan produk Neutrogena Ageless. Hamper dettol dan Neutrogena Ageless dari contest blog Redmummy .


Semoga tahun 2012 akan menambahkan lagi kekuatan aku dan keseronokan aku dalam arena blogging ni..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...