Nuffnang Ads

Thursday, January 12, 2012

Aktiviti paling best untuk dinikmati..Apa tu??


Ini gambar memang sudah lama simpan peram.. nak dibuat entri asyik la tak dan. Ntah apa la yang busy beno cikgu ni kan..hahahaha. Oklah..sebenornya aktiviti paling best sudah semestinyalah aktiviti makan makan tambah berat badan.. Time tengah kusyuk dan menghayati makanan tu, tak de nak pikir ini kolestrolnya bape..lemaknya ada baper.. Main masuk je dalam mulut.. Dasyat gitu.




Tengok flyers tak menahan cam sedapnyalah kan.. Tu lah yang aku panas punggung nak membeli memakan je..Tapi disebabkan aku teringin bebenar nak merasa makan pizza Ultimate Cheesy 7 Bytes yang meletop tu. Yang bukan main banyak lagi cheese tu..aku pun bantailah beli walaupun tak de size kecik. Fikir punya fikir...oklah, order bawak balik je lah. Kang makan kat situ bukannya abis jam tu gak..baiklah menghayatinya kat rumah saje... Sebab tak de yang small size..aku amik pakej yang paling murah iaitu RM29.90 tu sepertimana dalam gambar kat atas tuu .Bila tambah tax..jadilah RM32++. Dah tak ingat lak harganya. Tapi berbaloi lah sebab bawak balik kan..Jimat...



Pizza yang penuh dengan 7 cheese, pas tu tambah topping hawaian chicken..Memang best lah.. 
Aku makan 2 keping je dah kenyang..simpan untuk makan lain masa lak. Berbaloi..




Alamak..gambar terbalik..belasah je lah. Masa snap ni pun dah tahap lapar benar.. Garlic bread dengan 2 mushroom soup.. Mana la tak kenyangnya kan.. Mana lah tak tambah kolestrolnya kan.. Nasib baiklah makan Omega Q10.. Bagus gak boleh tolong balance kan balik semuanya.. Tambah lak makan LactoFiber.. Memang membantu sangat.. Hehehehe


Dalam minggu yang sama lak..bila penat balik dari sekolah...teringin lak nak makan Prosperity Burger McD ni.. Apa lagi..bantai aje lah labu.. Bagi masuk perut.. Tapi tetiap tahun memang aku akan beli punya prosperity burger ni.



 Air tu memang best..sesuai bila dah makan burger ni. 
Ada rasa masam-masam supaya tak terasa akan kekenyangannya sangat. hehehe



Bila nengok balik gambar ni terasa nak makan lagi..huhuhu camno ni...


Apa kata korang?Memang aktiviti yang paling best kan? Makan dan makan dan makan.. Tapi kali tu je lah membedal fast food..yang selebihnya makan didapur sendiri. Tak leh selalu sangat makan ni.. Sebulan sekali ok lah tu kan.. hehehe Kena jaga kesihatan gak. Badan,otak,pemikiran nak guna lama ni. Kena kerja sampai umur 60 tahun.. (mampu ke nak keje masa dah 60 tu?hmmmm..hahaha )


3 idea dari anda:

mekjangok said...

terliur den..opss, lupa..salam kenal and follow...jom ke blog den...

http:mekjangok-inilahakuseadanya.blogspot.com

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

fulamakkkkk tak boleh jadi ni nak kena gi carik pizza jugak petang ni hehehehe

KiD said...

nyum nyum... sedapnya makanan... lagi sedap kalau hanani blanje.. hehhee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...