Nuffnang Ads

Saturday, January 7, 2012

Persediaan P&P awal tahun...


Setelah bercuti panjang pada hujung tahun 2011, kini startlah balik kesibukan awal tahun dengan pelbagai persediaan,aktiviti dan perancangan untuk sepanjang tahun 2012. Harapan untuk permohonan pertukaran tempat bekerja seperti tidak didengari dan dibawa angin malam begitu aje..(sedih tahap gaban,huhu). Wahhhh macamana nak tukar ni?Payah bebenauuu..Kalau ye la tak mo lepaskan aku ni..bagilah anugerah pekerja cemerlang tahun ni. hik hik..




Seminggu sebelum naik sekolah lagi..kami para guru dah ke sekolah merancang, bermesyuarat dan siapkan apa yang patut sebelum start sekolah.. Wahhhhh masa tu la baru nak mengasahkan balik penulisan. Dah rasa keras lak tangan ni bila tak menulis panjang-panjang bak pelajar nak amik exam tu. hehehehe..yer la nak kena buat persediaan buku rekod mengajar bagai kan... 


Nak update blog ni pun tak sempat nak curi masa. Balik sekolah pun dah lewat dengan perjalanan pulang yang memakan masa berejam lamanya.. sampai rumah haruslah rehat dulu.. Malam pula dah nak prepare untuk esok pula..Hati meronta-ronta (ceeeewahhh) untuk update blog..tapi apakan daya minda tak mampu nak berjalan lagi. Masa bekerja dah tamat..otak minta untuk berehat. Hehehehe. Dan bermulalah episod travel harianku yang dah sebulan aku tak buat. Terasa jauhnya nak sampai kesekolah..huhuhu.. Makanya, kad touch n go aku akan sentiasa minta diisi sama macam kereta aku juga.. Melayang-layang gitu dari poket bag aku.. hahahaha


Inilah namanya mencari rezeki.. Hati kena ikhlas yer cikgu..




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...