Nuffnang Ads

Saturday, January 28, 2012

Review Stokin D'NIFI Bio-Energy DCL..


Korang pergi kerja pakai stokin?Hmmm kalau yang lelaki mestilah kan. Stokin ni pelengkap gaya. Tak gitu? Rasa janggal la pula bila tak menyarung stokin dikaki. Tapi kalau yang perempuan, pakai gak ke stokin? Kalau ikutkan,kaki tu aurat..memang lah kena pakai kan. Aku memang pakai stokin bila menyarung kasut kerja..  Rasa selesa..Nak nak bila pakai kasut yang bertutup kan.. 


Jadinya, masa balik kampung hari tu, aku tanya kat mak aku laa... ada lagi tak stok stokin DCL.. Alhamdulillah masih ada lagi satu. Sebelum ni, duta produk stokin DCL ni  ialah pelakon lelaki apa ntah namanya. Lupa lak aku.Arash ke apa ntah. Dia pun dah lama tak berlakon. Jadinya, bila mak aku bagi kan kotak stokin ni.. eh packaging baru lah. Mak suh buka tengok stokin tu. Ok ke tak..



Inilah packaging baru stokin Bio Energy DCL ni.. Tokeinya sendiri yang jadi modelnya kali ni..Jimat duit gitu.. hehehehe..gurau je. Best Brands tuuu. Suka dengan slogannya "D'NIFI memberi perlindungan maksima ke atas tubuh terutamanya pada bahagian kaki". Yer, aku sangat setuju..



Ok,meh buka kotak tengok isi dalamnya.. Haaa ada love love gituuuu.. kualiti stokin kali ni lebih best. Tak tebal sangat dan sangat selesa bila pakai kat kaki. Elok sangat tau.. Terasa peredaran darah tuuu.. nak nak aku ni cikgu kena senantiasa berdiri semasa mengajar kan.. Sangat bagus oooo..Menggunakan teknologi nano dari Jepun gitu..



Macamana cara nak guna?Ada diajar kat belakang kotak tu. Yang ada bentuk love tu kena kat dalam lah.. lembut je tau kualiti stokin ni. Dan bila pakai..automatik terasa nyut nyut kat kaki.. Sangat sesuai kalau dipakai masa tidur untuk mereka yang terasa penat / lenguh kaki dan selalu kena simpul biawak.Tau ke apa simpul biawak?Ituuuu yang kejang urat tu la.. Bila pakai stokin ni, memang lena lah tidur tuu..



Ok..kat sini ada dibagitahu mengenai kehebatan stokin D'NIFI Bio-Energy ni. Lagi satu testimoni nya ialah..Selalu kalau pakai kasut bertutup ni, kaki akan berbau kan? Tapi tidak dengan memakai stokin ni. Ianya membunuh kuman. Kelassss gituuuu.. Haaa bolehlah baca apa kebaikan stokin ni kat gambar atas ni. Sangat best kan?????


Harganya murah je dan berbaloi. Kalau ikut kotak,harga semenanjung ialah RM41.50 dan Sabah Sarawak ialah RM44.50. Kalau korang nak harga murah, gi lah cari sesape kenalan yang ahli DCL.. Memang berbaloi ada satu stokin ni. Aku ada 2 dah stok stokin ni kat rumah. Hahahaha, Berbaloi tauuu. Sebab aku dah gunakannya.. Nak basuhnya pun senang aje. Tak yah gunakan sabun memahal cam Dynamo ke Fab ke.. Kang hilang pulak kehebatannya. Rendam, Gonyoh-gonyoh, perah dan sidai je. Cepat kering lak tu.. Jom la try satu..



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...