Nuffnang Ads

Wednesday, February 29, 2012

Biru Mata Hitamku.. Nuffnang 5th Birthday Party


Happy Birthday Stickman Nuffnang !!! Ahad yang lepas, aku dapat invitation ke Nuffnang 5th Birthday Bash di Neverland Club. Memang kalau event macam ni lah dapat berjumpa dengan bloggers yang sangat peramah dan happening. Ini lah first time aku ke tempat macam ni. Nasib baiklah, ramai juga gang-gang melayu yang datang hari tu.




Ok,meh nak story sikit pasal jalan ke Neverland Club Jalan Kia Peng ni . Ingatkan susah juga nak cari tempat event Nuffnang kali ni. Yer la kan, aku bukannya dok kat area bandaraya Kuala Lumpur yang happening tu.. Nasib aku la pula hari tu hujan renyai-renyai, dengan keluar dari rumah jam 5.45 petang.. huhuhu dalam hati dah risau takut tak punctual. 


Nasib lah ada highway yang mempercepatkan masa untuk sampai. Aku lalu highway Cyberjaya, Putrajaya.. terus keluar Jalan Tun Razak. 2 kali tol yang aku kena bayar dengan jumlah RM4. Eh, macam murah la pulak. Pantas la pula masuk Bandar KL. Tak yah nak tempoh jem kat Jalan Sungai Besi tu.. Nak ke Jalan Kia Peng ni pun aku lalu shortcut jalan belakang..aku masuk Jalan Eaton. Terus masuk ke Jalan Kia Peng. Sekali gak la aku benti tanya uncle tepi jalan.. Rerupanya Neverland Club kat depan jek. Hah.. dah sampai. Kelakar jek.. Bayaran parking kat sini RM3 yek. Ingatkan free. Hehehehe (mana lah ada tempat free lagi kat KL ni)




Ok, aku sampai kat Neverland Club ni pukul 6.30 petang. Fuhh nasib la tak lewat. Kena daftar dulu nama dan dapatkan goodies bag yang sangat berat.. Aku tak kena lak cek i/c..dan aku tak tahu la pula yang nak masuk sini kena umur 21 tahun keatas. Kat sini sempat la juga hai hai dan laga-laga pipi dengan Nisa Kay.. Tercari-cari gak aku Nisa masa kat dalam.Tapi tak de jumpa la pula.




Ok, bila dah masuk..kena cop mohor kat tangan aku "I Love N". Hehehe.. Yes..I Love Nuffnang!! Terus ke wall event untuk snap gambar. Ada photgrapher bertauliah yang tolong snapkan gambar. Eh, gambar yang masa NAPBAS 2011 tu pun, aku tak sempat nak ambil lagi kat pejabat Nuffnang. Kalau kali ni kena ambil juga kat opis Nuffnang, bolehlah ambil sekali gambar NAPBAS tu. Hopefully masih ada lagi la kan.



Ok, ini gambar dari kamera Canon cute aku tu. Huhuhu..




Lepas tu, kita conteng-conteng sikit kat board ni. Sape yek lelaki dalam gambar ni? Aku pun tak kenal, main snap aje. Hehehe, sorry yek. Itulah yang aku conteng!!!


  

Sangat kebiru-biruan kan.. Sampaikan semua gambar dari kamera cute aku tu biruuuuu.. Jadinya, tak delah gambar bersama-sama bloggers yang lelain. Tapi tak pe, ada gambar kat kamera bloggers yang cecanggih lagi mahal itu. Bolehlah ambil dengan izin untuk simpanan ku nanti..




Ok, masa untuk acara nyanyi lagu besday dengan potong kek.. Lepas tu, apa lagi, acara makan-makan dan ada la juga live band show. Memang aku tak ambil gambar sebab suasana yang tak mengizinkan. Huhuhu




Inilah apa yang aku ngap. Hehehe, boleh tahan gak la makanannya.. Bila lapar, semuanya makan kan.. Lepas dah duduk-duduk, borak-borak.. aku keluar awal la juga. Tak tunggu untuk acara yang seterusnya. Tak tahan weiiii bunyi-bunyian yang membuatkan jantungku turut bergegar sama. Hehehehe. Twisties Bingittt..




Ok, ini hadiah dari pihak penaja. Banyak kan? Yang paling suka tu, ada frame Nuffnang yang sangat special tu. Thanx Nuffnang untuk jemputan kali ni. HAPPY BIRTHDAY!!! Sangat happy dapat jumpa dengan rakan-rakan blogger yang lain. Ada yang dah kenal, ada juga yang baru kenal dan ada juga yang pertama kali jumpa tapi rasa macam dah kenal lama. Hahhh macamana tu.


InsyaAllah, next time, next event.. kita jumpa dan borak-borak lagi ye..


2 idea dari anda:

Munnafendy said...

untungnyee dpt jmputan nuffnang =)

TianChad Chen said...

thanks for the photo Hanani :-) nama saya tianchad ya haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...