Nuffnang Ads

Monday, February 20, 2012

DG Smart Phone and my Android Phone





Woww!!! DiGi Fandroid Day.. Bestnya..Sekarang ni sangat famous dengan gajet Android ni kan. Siapa yang tak pernah merasai pengalaman menggunakan Android memang rugi.. Segala fungsi yang sangat menarik dan rasa susah nak lepaskan gajet canggih ni dari tangan dan mata kan??? 


Yang mana satu menjadi pilihan hati aku? Sudah semestinyalah Samsung Galaxy Note. Siapa yang tak suka dengan gajet ni? Fuhhh teringin sesangat aku memilikinya. Walaupun ada lagi gajet yang terbaru dipasaran, hatiku tetap padamu.. Chewahhh..



Menarik tak ? Menarik, Tertarik D'Boomm.. Nak nak sekarang ni DiGi ada menyediakan plan yang sangat menarik. Pakej yang sangat berpatutan lah. Sesiapa pun boleh memiliki gajet Android ni.. Tak caya? Silalah percaya ye. Kalau tak percaya juga.. silalah ke DiGi Store ni untuk melihatnya. Boleh buka mata besar-besar dan gosok-gosok mata tu.. Hahahaha.. aku dah buat tadi.. Korang pun, bolehlah join aku buka mata besar-besar. Memang tak tahu nak pilih yang mana satu.


Kenapa la aku suka sangat dengan gajet Android Samsung Galaxy Note ni?

1.Aku suka sebabkan keluasan interface gajet ni..besar dan nampak dengan jelas.

2.Sebab, ada pen ajaib.. Hahaha, best kan bila time free free, boleh asah bakat dengan melukis menggunakan smart pen ni. Memang best lah. Boleh lakar wallpaper sendiri kat gajet kita tu.

3.Ada banyak fungsi menarik kat gajet ni. Contohnya :

a) Network : up to 21Mbps 850/900/1900/2100
b)1.4 GHz Dual Core Processor
c) Display : 5.3" WXGA (1280x800) screen dengan HD Super AMOLED (ini yang sangat menawan hati aku)

4.Boleh ambil video dengan kualiti gambar video yang sangat superb. Senang je, gajet yang boleh muat dalam beg tangan aku dan tidak berat. Bila-bila masa boleh ambil video yang menarik.

5.Kualiti gambar yang diambil pun jelas. Tak yah nak usung kamera besar gedabak pun..boleh juga mendapatkan kualiti gambar yang superb. Oh! I like it.



Kalau nak tengok spesifikasi yang lebih lanjut, boleh lihat di Spesifikasi Samsung Galaxy Note.

Ok, sebabkan aku dah minat sangat dengan gajet Android Samsung Galaxy Note ni, jadinya, mestilah nak tengok apa plan yang dah DiGi buat kan..





Haaa, tak cukup lagi info tentang DiGi Smart Plan??? Ok, meh tengok lak yang ni..




 Ada banyak lagi makmulat yang korang boleh tengok tau. Jangan segan silu untuk baca di SINI.


Apa yang menarik dan SMART nya tentang pakej DiGi Smart Plan ni bersama-sama dengan gajet Samsung Galaxy Note tu?

1. Pakej yang lengkap, yang mana semuanya ada. Yang bestnya, ada supplementary lines sebanyak 6 lines tu..best kan? Kalau  satu family guna ni, memang sangat berbaloi.

2. Ada rebate untuk Mobile Internet. Bila dah guna gajet Android yang super canggih..haruslah lengkap dengan penggunaan data plan kan? Internet harus superb. Barulah best layan..

3. Yang bestnya bagi seorang blogger macam aku ni, memang selalu nak online kan. Dimana-mana saje aku boleh update blog dan berinteraksi dengan kengkawan aku yang lain. Pantas.. Zaman IT serba canggih sekarang ni, semuanya dihujung jari je. Jadi..memang sangat sesuai aku ambil pakej DiGi ni dengan Android ni sekali. Berbaloi-baloi.

4. Pakej DiGi ni juga ada menyediakan pilihan untuk semua golongan. Sekarang ni, pelajar pun sudah menggunakan gajet. Jadi, kalau nak yang murah..bolehlah pilih pakej yang sesuai kan. Eh, bestnya. Dulu masa zaman aku belajar..tak de la pula semua ni.. Haaa, apa lagi yang tunggu..jom la kita ke laman DiGi.. Banyak lagi yang menarik boleh dilihat.




Sangat menarik kan? 



Bestnya la kan. Dah la ada DiGi Smart Plan. Ada pula DiGi Rewards. Memang bestlah DiGi.


Alangkah bahagianya kalau hidup ni dihiasi dengan gajet Android Samsung Galaxy Note di depan mata dan dapat dipegang. Kalau sebelum ni hanya boleh mimpikannya je. Tapi, tidak lagi dengan adanya DiGi Smart Plan ni. Memang terbaiklah. Tahniah DiGi.. Sekarang ni dah melebarkan sayapnya..



3 idea dari anda:

KiD said...

syokknyaaaa kalo ada SGN tu... smart pen gitu... woohoooo.. tapi harganya.. waaweeeeeee

hanani said...

kid>memang seronok kalau ada SGN tu ..

Anonymous said...

I want to to thank you for this very good read!

! I definitely enjoyed every little bit of it. I have you book-marked to look at new stuff you post…

Here is my website; whey protein reviews

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...