Nuffnang Ads

Saturday, February 11, 2012

Jalan-Jalan Terengganu lagi. Batik Terengganu melambai-lambai..


Kalau dah namanya ke Terengganu, semestinya buah tangan yang akan aku cari ialah batik ganu. Yer la kan.. sebelum ni pernah aku beli kain sutera batik ni dari tangan orang dengan harga yang tinggi juga lah. Kali pertama beli dengan kawan akak aku yang memang orang dari sana. Main pos aje dengan akak aku. Untuk sepasang batik crepe aku kena bayar dengan harga RM330. Huhuhu,mencekik kan. Tapi,nasib baiklah kain tu cantik dan aku memang suka sangatlah.. Orang keje gomen ni tiap hari Khamis je nak kena pakai baju batik. Dah la koleksi batik aku tak banyak dan aku dah mula bosan pakai baju yang sama. Makanya, nak la menambahkan koleksi lagi. Belian kali kedua aku beli dari tangan orang gak..dengan harga RM300 juga aku bayar..hmmmmmmmm mahalkan??? Terus rasa serik nak beli dah..


Jadinya,bila pergi ke Terengganu hari tu...memang first aim aku ialah merembat kain sutera batik Terengganu. Dah berkira-kira dah berapa nak beli. Kena ada budget gak kan. Kalaulah duit aku berkepuk-kepuk..memang main tunjuk,pilih dan bayar aje lah..tak kisah berapa banyak dah.. Tapi tahan nafsu...beli ikut kemampuan dulu lah.




Wahhhh cantikkan? Bila sampai je kat kedai payang, aku tengok semua tokei kedai pakai baju batik kooo..Cantik-cantik lak tu. Fuhhhh memang tergoda betul. First trip aku hanya ronda-ronda dulu survey harga. Itu sudah satu kemestian. Bukan datang satu kedai terus aje beli. Kenalah banding-bandingkan harganya dulu kan. Sebab semua kat situ jual produk yang sama..mestilah ada persaingan dan kalau nasib baik,boleh dapat harga lagi murah..




Tersusun cantik aje. Memang pening gak kepala bila dah banyak sangat yang cantik. Tapi kenalah pandai pilih. Banyak design baru dan yang paling terbaru ialah batik digital kain crepe. Harganya sangat murah dibandingkan dengan yang ada di JAKEL. Serius..memang murah. Kalau kat JAKEL jual dalam RM300 kot. Kat kedai payang hanyalah RM250 yang paling mahal dan semurah RM200 boleh dapat tau.. Apa lagi???hahahaha




Cantik tak? Aku berkenan yang tepi sekali tu. Namanya batik merak. Memang cun tau. Siap ada batu batu kilau kilau lagi. Itulah penambah seri kain sutera batik tu. Memang trend kedai kat kedai payang menayang kain sutera batik yang diletakkan dengan bati batu kilauan mata.. Dari jauh dah terpegun melihat kecantikannya.


Kalau tak silap aku, kat kedai nilah aku membeli kain sutera batik Terengganu ni. Memang stafnya sangat ramah dan orangnya manis muda lagi. Faham citarasa orang muda muda ni. Harga yang dia bagi memang tip top lah. Apa lagi nak tunggu kan?Tangkap je lah.Aku bayar RM170 untuk kain sutera batik gred 1 dengan 5 layer. (Berbeza dengan harga aku beli dengan orang..kain yang sama macam tu gak dengan harga RM300). Lagipun hari sebelumnya dah tawaf semua kedai kat situ.. Tak menyesal pun tak beli kat kedai lain. Kebetulan masa aku beli, ada sorang makcik (memang pelanggan tetap kedai tu) tengah memborong batik digital crepe. Makcik tu duduk aje, staf kat situ buka kain, tunjuk dan dia hanya kata ok kalau dia nak kain tu. Banyak tu makcik tu borong..


Staf situ siap promo lagi kalau nak beli borong dengan dia dan jual. Dia bagi harga murah la kan..Kalau tak laku, boleh tukar dengan kain lain. Yang bagusnya..kedai kat situ je yang aku nampak ada signboard boleh guna debit card dengan credit card. Siap cong cang cong cing dengan aku. Tapi tak nak lah aku gunakan duit plastik ni.. Serammmm...




Ok, bila dah tamat misi kain sutera batik..nampak pulak ini.. Jualan cincin azimat batu permata. hehehehe. Siapa yang minat kat sini? Ada juga untuk perempuan ye. Untuk jamu mata ok je lah kan. Ada tasbih kayu koka lagi. Harganya mencecah ratusan tu. Mahalnya.. Apa kebaikannya tasbih kayu koka ni? Ada sesapa tahu tak?Jom share dengan aku..




Ada jual batu permata untuk buat cincin, duit syiling lama pun ada? Ada tu cincn batu azimat dijual dengan harga semahal RM800.. Apa pula lah kebaikannya kan? Ada gak dengar penjual ni kata batu diambil dari gunung berapi di Indonesia. Itu yang mahal kot. Tapi apa kebaikannya eh?Tak paham aku. Ada tak sesapa yang arif kat sini?




Eh..tetiba lak terselit gambar aku kat sini. Hmmm tempek je lah sebagai bukti aku sampai kat kedai payang dan membeli disini. hehehehe, abaikan diriku yang selebet tu.huhuhu




Masa kat sana, tak teringat sangat nak beli benda lain selain kain batik. Jadinya ini adalah rembatan last minit iaitu fridge magnet Terengganu. Aku beli 3 jek? hahahaha apa la kan.. Kasi penuh kan lagi koleksi fridge magnet aku yang tak bertambah-tambah tuuu..


Bila dah lama sangat kat situ..perut mula minta diisi.. Jadinya, bila dah di Terengganu haruslah mencari ikan celup tepung, sotong celup tepung, udang celup tepung... Semuanya makanan laut tuuuu.. First time aku makan ikan celup tepung..Sebelum ni memang tak lah femes dengan aku.. Kurang la sikit.. Ini makanan yang harus makan ke bila ada kat Terengganu ek? Ye la kot kan. Aku makan dekat dengan airport Terengganu. Kat Pantai apa ntah namanya yek..Kat situ memang femes dengan makan celup tepung ni. Makanan tak sempat nak snaplah, dah lapar..


Jadinya, bila dah terlampau banyak sangat kandungan asid (eh ye ke asid?) dalam badan aku ni..maka berlakulah alahan.. Apa dia????




Haaaa sehari selepas pulang dari Terengganu, mataku bengkak sebelah yang amat sangat. Sampai tak leh nak buka. Ini lah rupanya... Sampaikan dapat MC sehari dari doktor. First time kena macam ni dan first time kena ambil suntikan untuk kurangkan bengkak dan gatal kat mata tu.. Lepas ni haruslah berwaspada yekk..

Oh, oklah..habiskan aje lah cerita Terengganu ni. Kesimpulannya memang bestlah kan jenjalan makan angin ni.. InsyaAllah, dengan izin Allah..mungkin akan sampai lagi kesini..





1 idea dari anda:

kay said...

salam..sy pun nk gi ganu gak..kak ingt x kedai apa namanya..yg utk baju laki ada tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...