Nuffnang Ads

Tuesday, February 7, 2012

Jalan ke Terengganu,moh le kita..


Minggu lepas,dengan tak de planning dan segala perancangan..tetiba je zoooommmmm ke Kuala Terengganu. Wahhh kelasss gitu. Ingatkan saje je ke sana pagi, malam balik semula. Macam dekat je kan. Bukan drive pun kan..kita terbang aje.. Pepagi sabtu..dah tercongok kat KLIA.. nak kena standby sejam sebelum penerbangan kan.. Dah siap siap semua..8.40 pagi kita terbang dengan MAS dan masa perjalanan adalah 55 minit aje. Dalam kul 10 pagi dah ada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Hmmm tak de gambar nak tempek kat sini. Tapi sangat cantiklah Airport Terengganu. Serba baru.. Kemudahan semuanya lengkap. Mood pagi hari adalah tidak best untuk snap snap.. Huahahahaha..



Sesampai je kat sana memang dah tahap kelaparan maksima. Mana la sempat nak bekpes pagi kan.. Dalam kapal hanya dapat minum air oren aje.. Mana nak kenyangggg... Makanya, selepas aje jejak kaki di bumi Terengganu, ketibaan kitorang disambut dengan hujan renyai renyai.. Waaaaa tak bestnya, bila nak berjalan hujan hujan ni. Terbantut sikit pergerakan.. Tapi lantak aje lah. Bukannya hujan lebat pun. Jap je benti la.. So, kita ke warung kecil berdekatan dengan airport.. Tak pernah lagi aku makan kat sini. Macam jakun pun ada. Kat atas meja ada macam-macam bungkusan. Nasi berlauk, nasi dagang, nasi lemak,laksa,kepok lekor.. Tapi bukan selera ku sangat. Tapi sebab lapar, balun aje lah..



Hahaha dalam bukan selera aku..2 pinggan kosong depan aku tu.. Makan ke melantak ni? Merasa la aku makan nasi dagang dibalut daun pisang.. Tapi biasa-biasa aje la rasanya..kurang umphh..


Lepas dah siap makan kenyang-kenyang, sambung jalan lah kan..Tapi on the way tu, benti jap kat Kedai Keropok Lekor Tok Beng. Ala..yang femes tuhhhh. First time aku pergi situ, memang terperanjat sangat. Ramainya orang tengah dok dalam menunggu.. Tapi nasib la bukan aku nak beli time tu gak. Hanya nak order aje pun. Tapi kena ambil gak nombor. Tapi bila pikir pikir..eh,nak order je pun. Jadi aku pergi cakap dengan bos ke staf sana lah.. Terus cancel nombor dan dia catat terus nama dan bilangan kat whiteboard. Fuuhhh legaaa...kalau tak,kul baper la nak sampai nombor aku tu..



Ok, siap semuanya...moh le  kita ke Pasar Payang pula. Destinasi sekejap sekejap seterusnya.. Alangkah tak bestnya dalam keadaan yang hujan... So, sampai sini..kita membeli belah keropok dan seangkatan dengannya. Fuhhh banyak yang dibeli. Tapi bukan aku yang punya.. Macamana nak bawa balik naik kapal ni? Itu belakang kira.hehehehe



Inilah tokei yang aku beli keropok dia. Memang harga berpatutan. Steady je makcik tu duduk kat kerusi ambil duit.. Banyak gak gerai dia kat situ. Berniaga anak beranak ni..




Sebelum nak keluar dari Pasar Payang, boleh lak ternampak buah ni. First time aku dengar dan nampak buah Ciku Raja.. Ehhh sedap lah.Manis sangat tau. Harganya pun murah hanya RM5 sekilo. Best best..


Okeyyy selesai jalan-jalan di Pasar Payang.. Kaki pun dah penat. Marilah mencari tempat nak landing landing plak..(macam ni gayanya nak balik malam?Ohhhh tak puas...) dan nak mencari makanan minum petang.. kita sambung pas ni ye. ZZZzzzzzzzzz


3 idea dari anda:

KiD said...

waaahhh.. sedap laah.. ciku raja.
hmmm.. kepok sedap kat tok beng ke? biasa beli losong aje.. dengan seberang takir

hanani said...

Kid> aah la.kepok tok beng sedap. yang losong tu pun sedap. Tapi ini mmg femes dan dekat dengan airport. Saya baru pes time mkn ciku raja tu. hahaha memang terbaik :)

Anonymous said...

tak mcm buah ciku pon..itu mangga thailand.."siku raja" sebab buahnya panjang dan sedikit bengkok mcm kitew punye siku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...