Nuffnang Ads

Thursday, February 9, 2012

Review Produk VASELINE COCOA GLOW yang terbaru..


Ok,kali ni nak buat review pasal lotion badan Vaseline la pula. Memula tu memang tak menyedari akan kewujudan lotion ni, Tapi akibat penangan iklan kat TV dan bacaan di majalah, terasa pula nak try. Macam best je. Lagipun kali ni produk Vaseline ni ada pembaharuan.. Apa taknya? Ada Aloe Fresh, Nourishing dengan Cocoa Glow.. Packaging pun menarik. Jadinya, operasi pencarian di Watsons dimulakan. Seperti biasa, sesaje je jenjalan jengok jengok. Bila hati dah tertarik...kita rembat satu..



 3 Rangkaian Produk Vaseline yang terbaru. Cocoa Butter, Oat Extract dengan Aloe.



Ok, bila nak try..haruslah ambil size yang sederhana dulu. Barulah tidak akan  berlaku pembaziran kan.. Aku ambil size 120 ml dengan harga RM7.50 sahaja. Packaging cocoa butter ni menarik hati sangat. Baunya macam nak makan aje.. Memang sangat melembapkan kulit.. Sangat berbaloi-baloi untuk cuba. 


Korang tau tak? Apa yang menariknya dalam lotion Vaseline total moisture ni? 


Ianya mengandungi ekstrak tulen semulajadi + Startys 3 lapisan lembapan. Selalunya pelembap hanya kekal pada permukaan kulit aje dan buatkan kulit kita ni rasa berminyak-minyak.Betul tak? Ada juga produk pelembap lain yang cepat sangat menyerap dalam kulit kita ni sampaikan kulit tidak terasa kelembapannya...Betul tak? Tapi tidak dengan produk Vaseline ni. hehehehe macam nak jual produk la pula ayat skema ni..


Kenapa Vaseline ni lain eh? 

Sebabnya Vaseline Total Moisture yang baru ni menggabungkan kebaikan ekstrak tulen semulajadi dan kuasa kompleks pelembap lapisan Stratys 3 untuk 24 jam kelembapan dengan kulit lembut dan licin. Ada step step untuk masuk dalam 3 lapisan kulit kita yang terdiri daripada lapisan atas,tengah dan bawah. Sebab nilah, kulit mampu melembap sehingga tempoh 24 jam. Ikutkan apa yang aku paham la kan..



Bila sedang mengadap laptop atau tengok TV, sambil-sambil tu bolehlah lumur lotion ni.. Feeling feeling nyaman dan badan atau kulit berbau koko gituuu... wangi aje badan. hehehehe..



Bila dah sudah guna, memang sangat praktikal untuk letak dalam beg tangan dan boleh dipakai dimana-mana saje. Bertambah berat lagi la beg tangan aku tu.. Tapi tak pe.. wangi punya pasal, tak rasa berat pun. Pencil case cikgu lagi berat dari lotion Vaseline ni.. hahahaha



Aku tertarik sebabkan iklan ni lah.. Jom tengok Iklan Vaseline yang terbaru ni..




Korang dah rembat?Best gak ni..Disyorkan juga la..




5 idea dari anda:

madammondoq said...

i pun nak beli satu lah nanti.. vaselin ni mmg bagus kan.. sangat moist!

KAMIHIDUP said...

kakak ada pakai satu. :)

hanani said...

madam>mmg best produk. :) jom la rembat satu..

hanani said...

kamihidup> oh akak pun pakai eh.Best kan?hahaha

Hanie Dew said...

wangi kaannn...aku pun suke pakai. ada tu yang untuk treatment kuku sekali.

beb kalau nak join x-change tu mesej kat FB page Blog Jue & Hanie.

jom jom x-change

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...