Nuffnang Ads

Saturday, February 18, 2012

Setem Netherlands didapati di Muzium Negara Malaysia..


Siapa yang minat mengumpul setem? Dulu-dulu kan masa sekolah rendah, cikgu selalu gak tanya apa hobi awak. Pas tu, kena tulis kat borang 001 kan.. Bila tengok balik..hobi aku masa dulu kumpul setem. Fuhhh!! betul ke? Iyer la..siap ada album setem lagi. Tapi album tu akak aku yang punya la..bukan ahmad albab yang punya. hahahaha...




Mana pula la aku dapatkan stamp Netherlands ni? Hmmm yang sebenarnya, setem ni anak buah aku yang beli masa dia pergi buat lawatan kat Muzium Negara. Pandai gak la kiranya budak darjah 3 ni membeli barang yang berfaedah. Tak la beli yang bebukan.. Bila tanya apasal beli setem ni? Dia jawab ntah.. hahaha,jawapan bebudak ni, boleh tahan gak.




Dalam packaging tu, bukan main banyak lagi setem-setem ni. Harganya pun murah juga. Tak lebih dari RM10. Harga tetapnya dah tak ingat la pula berapa..




Yang ni sempat la susun sikit. Pas tu, aku dah tak mampu nak menyusunnya lagi sebabkan banyak sangat.. Ni pun sebab nak ambil gambar je..




Ok,sesambil tu, korang tau tak kat mana Netherlands ni? Bila digoogle, aku jumpa la ni..Haaa, bila tengok Peta Netherlands, mesti boleh agak dan tahu dah kat mana kan..Negara yang terkenal dengan bunga tulip dengan kincir angin..Cantik sungguh Netherlands, tapi.. secantik dinegera orang, lebih baik dinegara sendiri kan..




Netherlands memang tempat yang menarik untuk dilawati kan? Kalau berminat nak tahu dengan lebih lanjut, boleh baca di SINI.  Gambar di atas ni pun aku ambil dari SINI.



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...