Nuffnang Ads

Wednesday, February 22, 2012

SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat


Korang pernah tak baca SOLUSI? Tak pernah dengar ke sebelum ni? Bagi aku, SOLUSI sangat sangat bagus untuk dibaca kerana banyak sangat ilmu yang dapat dari pembacaan SOLUSI. Setiap bulan, dah tak miss nak dapatkan keluarannya. Walaupun harganya yang mahal iaitu RM10 (tapi bagi aku, tak mahal mana pun) ianya sangat berpatutan sebab ramai penulis hebat yang memang sangat dikagumi penulisannya dalam bidang masing-masing menyumbangkan artikel di setiap keluaran.




Untuk keluaran yang terbaru, isunya ialah MISTERI POLIGAMI. Ini mesti ramai pembaca dari golongan lelaki suka akan artikel didalam SOLUSI. Eh, tapi golongan wanita pun patut baca. Banyak ilmu-ilmu lain yang ada. Contohnya, HIJABISTA: Identiti atau ikutan? Satu isu yang sangat menarik dikupas oleh penulis.




SYURGA ITU BENAR? Keluaran yang ni paling best aku baca. Memang tak rugi keluarkan duit RM10 tu. Ilmu yang aku dapat, tak ternilai dengan RM10 tu. Korang ada baca tak?




Yang ini pun sesuai dengan aku. STRES: Manfaat dan Mudarat. Banyak panduan dan informasi aku perolehi bagaimana cara nak tangani stres dengan cara yang betul. Ada juga stres yang untuk kebaikan tau. Baru aku tau. Fuhhh...


Pendek kata, Majalah SOLUSI Panduan Hidup Bersyariat ni sangat bagus untuk dijadikan koleksi disetiap rumah. Ketika duduk goyang kaki, nak penuhi masa senggang kat rumah sesambil tu bolehlah baca artikel dalam ni. Penulisnya pun semuanya bukan calang-calang orang.. Kini, setiap bulan baru..akan kunantikan keluarannya.. Jom la try baca..mesti korang pun jatuh cinta.



 **Credit Picture : Google



2 idea dari anda:

KiD said...

tak pernah jumpa lagi laaa SOLUSI nih.. ermm ke kid yang jarang gi kedai buku,.. hehehee

hanani said...

KID>ADA KAT KEDAI BUKU.. BILA TAK TAU AKAN KEWUJUDANNYA, MEMANG TAK NAMPAK. cUBA PAS NI G KEDAI..MESTI JUMPA :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...