Nuffnang Ads

Friday, February 24, 2012

Takwim NUTP 2012; Pelaksanaan SBPA..


Siapa yang jadi ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia atau nama glamournya, NUTP? Kesatuan ni memang khas untuk para guru di Malaysia la kan. Rasanya majoriti guru akan menjadi ahli NUTP. Apa yang bestnya jadi ahli NUTP? Banyak maklumat dan keistimewaan yang akan para guru dapat dari sini. Bayaran bulanannya pun tak la mahal mana pun. Hanya RM6 sahaja tetiap bulan dan akan dipotong dari gaji terus.




Takwim NUTP macam kat atas ni diberikan kepada semua ahlinya. Yang ni hanya untuk ahli NUTP Negeri Sembilan sahaja. Banyak maklumat untuk para guru didalam ni. Banyak info yang aku dapat tahu. Contohnya mengenai Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan.




Hmm, tak berapa nak jelas? Sorry sesangat, kualiti gambar adalah bebiasa makanya, kurang jelaslah kan. Kat sini ada diletakkan Jadual Pemindahan Gred Jawatan / Gred Gaji untuk Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Siapa-siapa yang dah sign SBPA tu.. mesti dah tahu dalam kelompok mana kan..






Jadual gaji baru? Hmm tak pasti lah masih ikut yang ini atau pun tidak kan. Maklumat ni pun aku ambil dari Takwim NUTP 2012 tu. (Sekarang kan masih lagi berbincang dan belum lagi ada keputusan muktamad mengenai ini.) 




Siapa yang tak jadi lagi ahli NUTP, lebih baik la jadi ahli. Sekurang-kurangnya ada juga kesatuan untuk membantu kelak. Mungkin sekarang ni kita tak mengalami masalah apa-apa, tapi esok lusa kita tak tahu kan. Masa sangat cepat berlalu. Banyak perubahan yang mungkin akan berlaku, jadinya..bila ada kesatuan ni..sekurang-kurangnya suara kita didengari.


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...