Nuffnang Ads

Thursday, February 16, 2012

Zikir Terapi Diri Hafiz Hamidun. Santapan halwa telinga yang syahdu..


Bila mendengar alunan zikir dari penyanyi Hafiz Hamidun ni terasa tenang aje. Sangat bagus untuk santapan halwa telinga ku..First time dengar tertanya-tanya gak ni zikir nyanyian siapa yek? Bila dah dapat tahu, memang tercari-cari la nak mendapatkannya. Bila mendengarnya memang terasa seperti tidak memikirkan perkara yang lelain tu..Lagipun, namanya pun zikir terapi diri kan.. memanglah tenang mendengarnya.



Kalau ada yang nak juga mendapatkan album ni memang dialu-alukan. Memang bagus dan harganya pun tak mahal. Harga mampu milik, hanyalah RM19.90 sahaja..



Dalam cd ni ada dimuatkan 11 lagu ataupun ada 11 track yang mana ada 1 lagu bonus yang memang best juga rentak, alunan dan melodinya. Ala-ala padang pasir..

Antara zikirnya ialah :

1.Astaghfirullah
2. Lailaha Ilalallah
3. Subhanallah
4. Taubat Nasuha
5. Hasbi Rabbi
6. La Hawla Wa La
7. Alhamdulillah
8. Ya Zaljala
9. Ya Latif
10. Allah
11. Lawkana Bainana



CD Irama Terapi.. Warnanya pun tenang je. Purple soft. Boleh tengok tajuk lagu zikir kat gambar atas ni. Ok, kesemua lagu zikir dalam cd ni best dengar dan kita boleh sama-sama berzikir. Alunan melodinya memang melodi moden masa kini. Sangat sesuai..



Kalau nak tahu detail mengenai penerbitan Abum Zikir Terapi Minda ni, dalam covernya ada dicatatkan selengkap-lengkapnya. 




Sangat berbaloi beli Album Zikir Terapi Minda dari Hafiz Hamidun ni.. Bila mendengarnya terasa tenang jiwa, hilang sekejap hal duniawi ni. Memang baguslah Hafiz Hamidun kerana mengeluarkan album yang sebegini. Sangat praktikal untuk masa sekarang..


4 idea dari anda:

KiD said...

lain pulak tengok gambar hafiz hamidun nih.. btw, bagus lah ada album ni.

hanani said...

kid>memang best album ni. Apa yg lainnya Hafiz Hamidun?Lagi nampak hensem ke?

ibuhebat said...

ooo.. lawkana bainana tu hafiz hamidun ke yg nyanyi.. memang wajib beli cd niiii!!

hanani said...

ibuhebat>aah tu lagu hafiz..best kan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...