Nuffnang Ads

Friday, March 30, 2012

Do It Yourself.. Jom Gubah Bunga..


Korang suka tak buat aktiviti gubah bunga ni? Aku ni pun memula nak buat tu tak berapa nak pandai pun. Tapi, disebabkan ada niat dihati untuk mencuba.. maka berlakulah aktiviti menggubah bunga ni..




Memula mestilah siap sediakan bahan-bahan yang diperlukan. 
Bekas tapak bunga : RM2
Span bunga : RM2.50
Bunga satu set tangkai : RM3.50




Pertama sekali, kena lah potong span bunga tu mengikut kesesuai bekas bunga tu. Potong menggunakan pisau. Pastikanlah ianya beralas dengan surat khabar..




Susun bunga menikut kategori. Senang sikit nak agak bagi seimbang.. Kat sini aku gunakan 3 jenis bunga..




Lepas tu, aku buat cucuk yang bahagian tengah, kiri dan kanan dulu untuk bagi seimbang.. Itu yang penting. Lepas tu bolehlah main cucuk untuk penuhkan bahagian yang kosong tu.




Lepas dah cucuk semuanya sekali..maka inilah hasilnya. Hasil main cucuk-cucuk aje mana yang patut.. Hehehehe sebenarnya, ini memerlukan kreativiti seseorang. Jadi, lepas ni bolehlah cuba lagi untuk gubah bunga kat rumah mak pula. Ada sesiapa yang nak aku buat kan gubahan bunga tak? hehehehe


Thursday, March 29, 2012

Album Disney warna-warni..


Kalau baca tajuk..mesti korang ingat macam gambar aku pula yang pergi ke Disney kan.. hehehe, bukan. Ini adalah album yang ada cetakan watak Disney..Jom tengok..




Masa ni, memang tengah mencari album untuk simpan gambar yang baru cuci hari tu.. Beratus-ratus keping aku cuci hari tu. Jadinya, operasi pencarian album pun dijalankan. Dalam pada banyak-banyak shopping mall yang aku pergi untuk cari album ni..Wetex Muar juga yang aku jumpa paling banyak jual album. Macam-macam bentuk ada. Puas hati aku dapat belek dan pilih yang mana aku berkenan..suka..hehehehe




Tapi, kebanyakan yang aku berkenan, semuanya gambar kartun watak Disney. Alaaa, tak salah pun kalau aku beli tu kan.. Album kat atas ni, dia jenis siap satu set kotak tu. Tapi jenis yang 1 album boleh simpan 60 keping gambar. Ok gak. Harganya dalam RM30. Ok gak tu..




Yang ni pun aku berkenan. Cantik dan kulit depannya keras. Harganya hanyalah RM7.90 sahaja. Boleh simpan 64 keping gambar. Masa ni, aku pandang kiri kanan tengok ada tak orang.. Aku buka plastiknya dan snap gambar ni. hehehe, pas tu simpan balik masuk dalam plastik la kan. Letak elok-elok balik..




Ada 4 gambar kartun watak Disney.. Memang cantik.. Jadinya, selepas sejam memilih.. aku pun belilah 4 album ini.. Sangat puas hati. Kat tempat lain tak jumpa, kat kampung sendiri juga yang berkenan..






Inilah album yang aku beli.. Sangat puas hati lah.. Senang dan tak de lah nak kena guna album yang besar-besar tu. Aku tak suka semua gambar letak dalam satu album yang besar. Aku suka simpan gambar ikut situasi dan peristiwa. Senang nak imbas kembali. Hehehehe


Dalam komputer aku ni pun,  masih ada lagi gambar yang belum bercuci. Sekarang ni aku simpan dulu, dah bebanyak baru aku cuci. Barulah dapat cuci gambar saiz 4R dengan harga RM0.38 sen sekeping. Hehehehe. Korang cuci tak gambar yang korang ambil? Ke simpan dalam bentuk CD je??

 

Wednesday, March 28, 2012

Royalmix Zhulian..sedappp



Korang suka tak minum air soya? Kalau peminat soya..pastinya kalau minum royal mix ni ok je. Sebab, ianya adalah campuran kacang soya dengan bakteria bifido untuk dewasa. Sekarang ni banyak sangat minuman kesihatan dipasaran. Aku pada mulanya memang tak le nak sangat beli ni. Tapi sebabkan mak cik aku dah buka cerita dan bagi sampel air ni.. Hmmm order la juga satu kotak. Kalau ambil pada waktu pagi segelas royal mix, perut bolehlah menahan kelaparan sehingga 11.30 pagi.. Lepas tu makan tengahari terus. Tapi tidak pada semua orang la kan. Ada gak yang lapar je walaupun dah minum royal mix. hehehehe, aku la tuuu..




Minuman berkhasiat yang lazat, berasaskan sayuran dan dirumus untuk pertumbuhan kanak-kanak, RoyalMix BD Complex mengandungi sekumpulan vitamin dan mineral penting yang membantu membina ketahanan semula jadi tubuh manusia. Ia adalah minuman serbuk berasaskan bijirin dan soya, yang mengandungi bijirin menyelerakan.




Ia cepat dan mudah disediakan, memberikan pemakanan menyihatkan kepada kanak-kanak bagi menguatkan, mengaktifkan dan menyihatkan tubuh mereka. Pengambilan RoyalMix BD Complex secara tetap memberikan nutrisi penting kepada kanak-kanak termasuklah lecithin dan kalsium yang tinggi untuk mengawalaturkan, menyelenggarakan dan menguatkan kesihatan mereka serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang lebih baik. 


Sesuai diambil pada bila-bia masa, siang atau malam. Antara lain, RoyalMix BD Complex mengandungi lesitin soya, ekstrak kacang soya, germa gandum, madu, jeli raja, Vitamin C, Bifidus dan banyak nutrien penting lain.  


*** Sumber dari SINI.






Kalau lihat pada bungkusan royal mix ni memang unik. Setiap kotak ni mempunyai 30 sachet yang seberat 30 gram. Jadinya, ini untuk stok sebulanlah kan.. Banyak khasiatnya kan.. Jom try minum royal mix..


Tuesday, March 27, 2012

Aktiviti Bila Balik Kampung Muar.. Senyumkan mak..


Semua orang ada kampung kan? Haaa..kampung korang kat mana? Aku kat Muo jek... Eh, sekarang ni dah naik taraf jadi Bandar Diraja Muar ye. Waaahhh kelass ...Sape yang pernah sampai Muar ni mesti lah tahu sikit pasal jejalan kat Muar kan. Ada 2 jambatan yang harus ditempuh untuk sampai Bandar Diraja Muar ni. Kalau ikutkan, jambatan kedua Muar ni, terus ke rumah mak ayah aku. Tapi, aku tak suka lalu jambatan kedua sebab terlampau banyak sangat traffic light yang membuatkan masa 5 minit menjadi 15 minit untuk sampai rumah. Aku lebih suka lalu jambatan pertama dan masuk Bandar Muar. Tak sampai 5 minit je dah sampai rumah kalau jalan tak sesak lah.




Manalah bandar Muar tak sesak..masa aku balik baru-baru ni..dimana-mana sahaja dikawasan bandar Muar ada buat kerja-kerja pembaikan..besarkan longkanglah..buat renovation bangunanlah.. Macam-macam.. Kebanyakan bangunan kedai kat sini dibina pada tahun 1918 dan 1940 an.. Tapi bangunannya masih utuh lagi..Bagus sangat binaan zaman dulu kan..


Aku kalau balik kampung, muka mak ayah aku berseri-seri. Hehehe, bukan aku jek. Semua anak-anak diorang lah. Yer la kan, dah duduk kampung berdua jek. Mak pula memang menunggu anak-anak depa balik sebab nak pergi banyak tempat untuk urusannya. Ayah aku sekarang ni dah kurang sikit kalau nak memandu walaupun dekat-dekat je. Kalau nak masuk bandar Muar tuuuu lagilah ayah aku tak suka. Sebab apa? sebab jalan jem sana sini...


Kat kampung adalah masa untuk berehat sambil makan air tangan mak aku. Yang bestnya, mak aku akan tanya..nak masak apa ye.. hehehe ni yang aku suka.. Asam pedas, sambal tumis memang tu lah menu makan aku. Fuhhh sedapppp..



Ok,perkara biasa aku buat ialah mestilah mandikan si putih.. Masuk sebulan lebih tak dimandikan. Nak bawak pun tak semangat..Warna putih kan.. Payah gak nak jaga. Asyik hujan je sekarang ni. Aku suka basuh kereta kat sini sebab bersih sikit kot.. Tengah aku duduk kat tepi tu, nampak pula ada sangkar rabbit.. eh cantiknya..




First time aku perasan ada rabbit dengan sewa mainan kereta kanak-kanak ni. Mungkin untuk elakkan kebosanan menunggu kot. Ok jugalah inisiatif bos tempat ni. Lepas kereta dah bersih..barulah mood nak drive best. Wangi dan bersih aje..


Esoknya, mak aku ajak pergi kedai pasar buah. Ini bukan pasar basah ye. Ini pasar kering yang tempatnya tak sama dengan pasar jual ikan segala bagai tuu.. Kedai jual buah ni memang bersih aje. Sebab mak aku nak memborong buah epal untuk bagi pada kawan-kawan dia masa buat hos jakan nanti. Hos Jakan tu apa? Ini selalunya dilakukan kat kawasan Johor je kot.. Hos Jakan ni ialah bacaan ayat-ayat al-quran yang dibuat secara kumpulan. Ianya hanya dibuat pada tetiap hari Jumaat pagi. Itu pun kalau tak ada hal.. Jadinya, buat pusingan rumah la.. Adalah dalam 15 orang kaum ibu dekat-dekat kawasan rumah mak ayah aku.


Ok,mari kita pilih buah.. Tokeinya lelaki cina yang masih muda. Orang bangsa cina memang suka berniaga kan.. Kalau kat bandar Muar ni, memang ramai jek yang berniaga.. Jarang jumpa orang bangsa lain berniaga buah. Kedainya memang sangat luas. Penuh kawasan sekeliling dengan pelbagai jenis buah.



Jadinya mak aku pilih buah epal ni. Sebiji harganya RM1.10.. Fresh-fresh semuanya. Manis pula tu. Berbaloilah bawak mak aku beli buah kat sini. Puas hati mak aku dapat apa yang dia inginkan. Suka tengok mak aku senyum suka.. Kalau beli buah kat pasaraya, tak berbaloi. Kekadang dah benyek dan tak manis..




Lepas beli buah...Seperti biasa, bila aku balik Muo, aku mesti pekena makan Mee Bandung Muar Hanifah. Yang femes tu, kat Jalan Abdullah.. Menjilat jari yek. Menu makanan ni turun temurun dari bapa dia lagi tau. Dah berpuluh-puluh tahun bisnes diorang ni. Mak aku suka makan Soto Ayam.. best best..




Kekadang kan..pemikiran mak aku dengan aku sama je.. Bila aku buka mulut je kata nak gunting rambutlah.. dan dan gaklah mak aku kata..eh, mak pun nak gak. Walhal ... hehehehe Jadinya, pepetang sikit aku pun bawaklah ke kedai gunting rambut kat rumah mak ayah aku tu.. Hmm amoi ni pun dah kenal aku sekeluarga.. Memang best gunting kat sini. Cantik dan murah je. Hanya RM7 sahaja. Kalau dulu harganya RM5 je. Jadi..kalau aku nak gunting rambut..memang kesinilah.. pernah gak pergi tempat lain..tapi tak bestlah..




Masa aku balik tu, ayah aku ajak pekena mee kari.. Dia kata sedap kat situ. Dah 2 kali ayah aku bawak aku ke sini. Tapi asyik tak de rezeki je.. Kebetulan pagi tu..alhamdulillah buka.. Famous juga warung ni. Ramai juga yang datang makan minum kat sini.




Pertama kali juga aku pergi kedai minum yang letakkan bekas gula atas meja. Mak aku ada bagitau, tapi aku macam tak faham. hehehe, Aku order teh o suam. Sekali dia bagi teh o kosong tak de gula. Tak rasa..pas tu baru aku letak. Eh, baguslah..kekadang kita tak nak manis sangat kan. Haaa letaklah berapa banyak nak letak gula.. Bagus untuk kesihatan. Muar ni kan kebanyakkannya pesara kerajaan yang duduk. Macam ayah aku ni haaa.. Dah pencen, baru balik kampung..




Mak aku order lontong.. Korang makan lontong tak? 




Aku dengan ayah aku order mee kari. Semangkuk mee kari ni hanya berharga RM3.50 aje. Siap ada ayam lagi tu. Memang murah sangatlah..


Inilah antara aktiviti yang aku buat masa cuti sekolah hari tu. Memang seronok bila balik kampung jumpa mak dengan ayah. Kesian kat diorang tinggal berdua je. Tapi nak buat macamana kan, tuntutan kerja. Tapi, kalau tak balik..aku pasti akan telefon dan borak-borak dengan diorang. Selalu mak aku tanya, bila nak balik?? Aduhhh payah gak nak menjawab tu. Bukan sebab apa..kekadang hari Sabtu pun kena pergi sekolah kan.. Tapi diorang faham dengan tanggungjawab anaknya ini. Bila ada masa..pasti aku akan balik kampung.. 


Korang macamana?Ada kampung tak?hehehehe



Monday, March 26, 2012

Cerita Semasa Lawatan Penanda Aras..


Lama juga aku ambil masa nak buat entri ni. Hmmm maklumlah, minggu lepas sibuk dengan pelbagai kerja harian. hehehe, Jadinya aku ambil masa cuti hari minggu nak update cerita masa lawatan penanda aras di bilik MPV Grafik Berkomputer kat sekolah aku.. Lawatan ni dibuat pada masa cuti sekolah yang lepas. Kebetulan memang pada 3 hari pertama cuti sekolah tu ada kelas tambahan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5. Almaklumlah tahun peperiksaan kan.. 


Sebelum aku nak bercerita mengenai lawatan ni, aku nak terangkanlah apa itu penanda aras kan. Bukan semua yang baca entri aku ni kerja cikgu. Ye tak? Ok,apa yang aku faham...penanda aras ini adalah lawatan yang dibuat untuk melihat dan belajar mengenai sistem pengurusan dan pentadbiran bagi sesebuah sekolah tu. Yang mana yang baik, diambil dan boleh diikut..


Jadinya, hari yang ditunggu-tunggu pun tibalah juga akhirnya.. Lawatan pada 13 Mac 2012. Iaitu pada hari Selasa... Ok, meh layan gambar..




Ok, ini wajib memang kena ada lah. Berapa ramai pelawat yang datang, memang kena tulis kat sini. Tengok tajuknya yang aku dah siap cetak tu... Haaa, nampak bunga kat situ? Itu adalah hasil keras tangan aku yang tak seberapa.. Penat gak menggubah bunga tu. Nanti aku buat entri pasal tu yek. hehehe




Ini pula sedikit maklumat mengenai matapelajaran MPV Grafik Berkomputer dan beserta dengan penanda buku yang bebiasa jek..




Waktu ni, pelajar kelas 5 Ixora memang ada kelas tambahan pada waktu pagi tu, kemudian bersambung pula dengan kelas aku pada jam 9.30 pagi. Kalau ikutkan, pelawat dijangka hadir dalam 11 pagi macam tu. Tetapi disebabkan atas faktor-faktor lain..mereka tiba lewat. Jadinya, lama juga pelajar aku yang menunggu. Kesian juga pada diorang. Ada yang dah penat, ada yang kata nak balik..macam-macamlah kan.. Sebagai guru diorang, aku tak terkata apalah. Tapi, disebabkan mereka ni semua anak murid yang mendengar kata..ada juga yang rasa bersalah bila nak balik awal tu.. Sian diorang..



Haa, tengoklah gaya pelajar-pelajar aku yang dah kepanasan menunggu walaupun duduk dalam bilik berhawa dingin..



Tengok pula gaya cikgunya yang menantikan ketibaan pelawat.. Ala, ciannya anak murid aku ni. Siap leh terlena pula kat depan pintu. (Ini berlakon ke apa ye??) hehehehe..




Akhirnya dalam tengahari juga lah..baru pelawat dari Sabah itu sampai dan dijemput masuk ke bilik makmal MPV.. Cikgunya pun turut jadi penyambut tetamu.. hehehe




Ok, bila semuanya dah masuk makmal..cikgunya pula menerangkan apa yang patut.. Tak tahu nak cakap apa masa ni.. Hmm, sebab dah tengahari..cikgu cakap sikit je la.. Yang selebihnya bagi pelajar aku pula yang buat demonstrasi kat depan.. Bagus betul anak-anak murid cikgu ni. Memang boleh diharapkan sesangat..



Ini sessi beramah mesra bertukar-tukar maklumat.. 



Masa ni, memang aku memang tak nak cakap banyak dengan cikgu-cikgu yang datang. Aku bagi sepenuh kepercayaan kepada pelajarku untuk bercakap didepan. Walaupun, pada mulanya diorang takut-takut dan tergagap-gagap juga lah. Siap practise bagai lah depan aku dengan kengkawan diorang dulu. Takut salah cakap.. Tapi, biasa la kan.. aku kata awak boleh punya..Bagi kata semangat..terus ok aje.. Tahniah yer Ijat dengan Tasya..



Anak-anak murid aku menunjukkan hasil kerja dan apa yang dipelajari oleh mereka..



Pameran ni aku letakkan kat belakang bilik MPV.. Ini pun atas bantuan anak murid aku. Kalau cikgunya buat sesorang memang susah la kan.. Kekadang balik lewat nak siapkan apa yang perlu diletakkan dalam bilik makmal MPV ni. Terima kasih sesangat pelajar-pelajar ku..




Ini semua hasil kerja pelajar aku sendiri. Apa yang aku ajar..semua pelajar kena menghasilkan tugasan dengan lengkap dan masa pameran akan dipamerkan kerja-kerja mereka..




Last sekali, sebelum isi perut.. mari kita bergambar kenangan bersama-sama dengan guru-guru dari Sabah.  Bagus juga ada lawatan sebegini. Kita dapat bertukar-tukar pandangan dan meninjau persekitaran tempat lain. Bolehlah kemaskini apa-apa yang patut. Sekarang ni, zaman pendidikan di negara kita dah tak seperti dahulu. Pelajar-pelajar pun, dah semakin advance sekarang ni..



Friday, March 23, 2012

Result SPM 2011, Alhamdulillah, TAHNIAH 5 Ixora..


Hari Rabu yang lepas (21 Mac 2011), semua pelajar yang menantikan keputusan peperiksaan SPM terjawab sudah. Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu menjanjikan keputusan yang baik setelah mereka berusaha.. Tahniah cikgu ucapkan. Prestasi pada tahun 2011 sangat memberangsangkan..


Pada hari tu, seperti biasalah kan.. aku menjalankan tugasku mengadakan P&P dulu didalam kelas. Kami yang terlibat iaitu guru kelas pelajar tingkatan 5 tahun lepas bertanggungjawab menyerahkan slip keputusan dengan segala sijil kepada pelajar. Kelang kabut juga lah nak selesaikan kesemuanya. Akhirnya jam 11.30 pagi..aku membawa segala barang ke dewan dimana  sudah ramai pelajar dan penjaga berada di situ. Gementar semuanya.. hehehe.. (Yang sebenarnya..cikgu lagi risau. Risau akan keputusan mata pelajaran yang diajar samada naik atau turun. Cuak sangat)


Slip keputusan dah sampai, tapi disebabkan ramai sangat calon.. makanya nak agihkan mengikut kelas dan menceraikan helaian yang bercantum memerlukan tenaga juga kan. Jadi, marilah bekerjasama menyelesaikannya. Kerana ramai yang dah tak sabar nak tahu keputusan memasing..




Ini slip untuk kelas aku aje.. Pelajar yang megambil aliran MPV Grafik Berkomputer. Hanya ada 18 slip sahaja.. Cikgunya mestilah tengok dulu result anak-anak muridnya.. Wahhhh senyum senyum cikgu nengok sambil menceraikan helaian slip ni..




Antara guru kelas yang sesama buat kerja ceraian di bilik mesyuarat.. Masa nilah nak cari pelajar yang dapat 6 A, 7 A, 8 A dan 9 A. Haruslah special sikitkan bagi keputusan yang cemerlang ni.




Selesai semuanya, guru masuk kedewan bersama pelajar juga. Masa ni, ada lah sedikit taklimat dan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang naik ke pentas bersama penjaga untuk mengambil sendiri slip keputusan dari tangan pengetua.. Haruslah rasa bangga kan..


Secara keseluruhannya, keputusan pada tahun 2011 meningkat dan banyak juga subjek yang mendapat bandth 1. Sekarang ni kita lihat prestasi menggunakan bandth. Bermula dengan bandth 1 hingga 16. Alhamdulillah..untuk matapelajaran MPV Grafik Berkomputer, seramai 6 orang anak-anak didik ku mendapat A-, 10 orang mendapat B+ dan 2 orang pula mendapat B dengan membawa Gred Purata Sekolah 2.78 dan juga dalam kategori bandth 1. Alhamdulillah sangat. Bukan untuk subjek aku aje. Tapi kebanyakan pelajar kelas 5 Ixora mencatatkan keputusan yang sangat baik untuk 8 matapelajaran yang diambil..


Jadinya, cabaran untuk aku untuk maintainkan keputusan ni dan bagikan yang terbaik lagi untuk pelajar tahun 2012 pula.. Harap-harapnya semuanya dipermudahkan. Apabila anak murid gembira.. cikgunya lagilah tumpang gembira dan segala penat cikgu berulang-alik tu berbayar juga..

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan sangka kita lemah dan tak mampu mendapat yang terbaik. Semua orang hebat. Usaha yang berterusan, Berdoa pada Ilahi, serta bertawakal harus disemat pada setiap insan. Semua orang mampu melakukannya.. InsyaAllah..




Thursday, March 22, 2012

Koleksi Tupperware Level Set Orange, World Water Day 2012..


Dah lama tak update mengenai koleksi Tupperware kan.. Kali ni aku suka sangat kumpulkan Tupperware yang limited edition. Yang mana, memang payah la nak jumpa kalau dah terlepas promosinya. Ini pun nasib baik akak aku Director Tupperware. Makanya, banyaklah sales yang dibuat. Harus aku tumpang 2 kaki untuk mendapatkan set level orange ni. Kalau tak, memang kena keluarkan duit yang banyak lah untuk dapatkannya. Terima kasih akak... hehehehe








Gambar kat atas ni level set untuk  Katalog Tupperware Abundant Variety; Catalogue 1/2012 ; Katalog Tupperware Malaysia Januari 2012. Cantik-cantik kan.. Kali ni aku memang kurang membeli tupperware. Aku hanya beli lacto fiber Naturcare Tupperware dengan Omega Q10 sahaja. Itupun nilainya dah beratus-ratus kan. Tapi baik untuk kesihatan. Korang dah try?







Gambar kat atas ni pula level dari set Katalog Tupperware Februari, March 2012; Kempen 2/2012 Refreshingly Cool.. Sangat best bekas orange ni. Boleh dibuat bekas kuih raya nanti. Ada 8 biji, memang sangat sesuailah.. Memang cute dan cantik je..hehehe
 




Jadinya, untuk kempen World Water Day Tupperware ni, aku rembat botol-botol kat atas tu. Ianya adalah Limited release world water day set. Warna baru yang lain sikit dari mak dengan akak-akak aku punya. Jadinya tak le tertukar nanti. Kalu tak sokmo nak kena belek-belek untuk kenalpasti hak memasing. Kelakar jek..


Korang ada rembat Tupperware tak?Kalau tak silap aku, 25 Mac 2012 ni akan diadakan parti besar-besaran Tupperware. Nampak banner ada digantungkan kat stokis Tupperware. Eh lagi satu, ada contest yang sedang berjalan sempena dengan World Water Day ni jugak. Check It Out yaaa... Meh kita masuk website Tupperware. Banyak info ada kat situ.. Jom jom..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...