Nuffnang Ads

Tuesday, March 27, 2012

Aktiviti Bila Balik Kampung Muar.. Senyumkan mak..


Semua orang ada kampung kan? Haaa..kampung korang kat mana? Aku kat Muo jek... Eh, sekarang ni dah naik taraf jadi Bandar Diraja Muar ye. Waaahhh kelass ...Sape yang pernah sampai Muar ni mesti lah tahu sikit pasal jejalan kat Muar kan. Ada 2 jambatan yang harus ditempuh untuk sampai Bandar Diraja Muar ni. Kalau ikutkan, jambatan kedua Muar ni, terus ke rumah mak ayah aku. Tapi, aku tak suka lalu jambatan kedua sebab terlampau banyak sangat traffic light yang membuatkan masa 5 minit menjadi 15 minit untuk sampai rumah. Aku lebih suka lalu jambatan pertama dan masuk Bandar Muar. Tak sampai 5 minit je dah sampai rumah kalau jalan tak sesak lah.




Manalah bandar Muar tak sesak..masa aku balik baru-baru ni..dimana-mana sahaja dikawasan bandar Muar ada buat kerja-kerja pembaikan..besarkan longkanglah..buat renovation bangunanlah.. Macam-macam.. Kebanyakan bangunan kedai kat sini dibina pada tahun 1918 dan 1940 an.. Tapi bangunannya masih utuh lagi..Bagus sangat binaan zaman dulu kan..


Aku kalau balik kampung, muka mak ayah aku berseri-seri. Hehehe, bukan aku jek. Semua anak-anak diorang lah. Yer la kan, dah duduk kampung berdua jek. Mak pula memang menunggu anak-anak depa balik sebab nak pergi banyak tempat untuk urusannya. Ayah aku sekarang ni dah kurang sikit kalau nak memandu walaupun dekat-dekat je. Kalau nak masuk bandar Muar tuuuu lagilah ayah aku tak suka. Sebab apa? sebab jalan jem sana sini...


Kat kampung adalah masa untuk berehat sambil makan air tangan mak aku. Yang bestnya, mak aku akan tanya..nak masak apa ye.. hehehe ni yang aku suka.. Asam pedas, sambal tumis memang tu lah menu makan aku. Fuhhh sedapppp..



Ok,perkara biasa aku buat ialah mestilah mandikan si putih.. Masuk sebulan lebih tak dimandikan. Nak bawak pun tak semangat..Warna putih kan.. Payah gak nak jaga. Asyik hujan je sekarang ni. Aku suka basuh kereta kat sini sebab bersih sikit kot.. Tengah aku duduk kat tepi tu, nampak pula ada sangkar rabbit.. eh cantiknya..




First time aku perasan ada rabbit dengan sewa mainan kereta kanak-kanak ni. Mungkin untuk elakkan kebosanan menunggu kot. Ok jugalah inisiatif bos tempat ni. Lepas kereta dah bersih..barulah mood nak drive best. Wangi dan bersih aje..


Esoknya, mak aku ajak pergi kedai pasar buah. Ini bukan pasar basah ye. Ini pasar kering yang tempatnya tak sama dengan pasar jual ikan segala bagai tuu.. Kedai jual buah ni memang bersih aje. Sebab mak aku nak memborong buah epal untuk bagi pada kawan-kawan dia masa buat hos jakan nanti. Hos Jakan tu apa? Ini selalunya dilakukan kat kawasan Johor je kot.. Hos Jakan ni ialah bacaan ayat-ayat al-quran yang dibuat secara kumpulan. Ianya hanya dibuat pada tetiap hari Jumaat pagi. Itu pun kalau tak ada hal.. Jadinya, buat pusingan rumah la.. Adalah dalam 15 orang kaum ibu dekat-dekat kawasan rumah mak ayah aku.


Ok,mari kita pilih buah.. Tokeinya lelaki cina yang masih muda. Orang bangsa cina memang suka berniaga kan.. Kalau kat bandar Muar ni, memang ramai jek yang berniaga.. Jarang jumpa orang bangsa lain berniaga buah. Kedainya memang sangat luas. Penuh kawasan sekeliling dengan pelbagai jenis buah.



Jadinya mak aku pilih buah epal ni. Sebiji harganya RM1.10.. Fresh-fresh semuanya. Manis pula tu. Berbaloilah bawak mak aku beli buah kat sini. Puas hati mak aku dapat apa yang dia inginkan. Suka tengok mak aku senyum suka.. Kalau beli buah kat pasaraya, tak berbaloi. Kekadang dah benyek dan tak manis..




Lepas beli buah...Seperti biasa, bila aku balik Muo, aku mesti pekena makan Mee Bandung Muar Hanifah. Yang femes tu, kat Jalan Abdullah.. Menjilat jari yek. Menu makanan ni turun temurun dari bapa dia lagi tau. Dah berpuluh-puluh tahun bisnes diorang ni. Mak aku suka makan Soto Ayam.. best best..




Kekadang kan..pemikiran mak aku dengan aku sama je.. Bila aku buka mulut je kata nak gunting rambutlah.. dan dan gaklah mak aku kata..eh, mak pun nak gak. Walhal ... hehehehe Jadinya, pepetang sikit aku pun bawaklah ke kedai gunting rambut kat rumah mak ayah aku tu.. Hmm amoi ni pun dah kenal aku sekeluarga.. Memang best gunting kat sini. Cantik dan murah je. Hanya RM7 sahaja. Kalau dulu harganya RM5 je. Jadi..kalau aku nak gunting rambut..memang kesinilah.. pernah gak pergi tempat lain..tapi tak bestlah..




Masa aku balik tu, ayah aku ajak pekena mee kari.. Dia kata sedap kat situ. Dah 2 kali ayah aku bawak aku ke sini. Tapi asyik tak de rezeki je.. Kebetulan pagi tu..alhamdulillah buka.. Famous juga warung ni. Ramai juga yang datang makan minum kat sini.




Pertama kali juga aku pergi kedai minum yang letakkan bekas gula atas meja. Mak aku ada bagitau, tapi aku macam tak faham. hehehe, Aku order teh o suam. Sekali dia bagi teh o kosong tak de gula. Tak rasa..pas tu baru aku letak. Eh, baguslah..kekadang kita tak nak manis sangat kan. Haaa letaklah berapa banyak nak letak gula.. Bagus untuk kesihatan. Muar ni kan kebanyakkannya pesara kerajaan yang duduk. Macam ayah aku ni haaa.. Dah pencen, baru balik kampung..




Mak aku order lontong.. Korang makan lontong tak? 




Aku dengan ayah aku order mee kari. Semangkuk mee kari ni hanya berharga RM3.50 aje. Siap ada ayam lagi tu. Memang murah sangatlah..


Inilah antara aktiviti yang aku buat masa cuti sekolah hari tu. Memang seronok bila balik kampung jumpa mak dengan ayah. Kesian kat diorang tinggal berdua je. Tapi nak buat macamana kan, tuntutan kerja. Tapi, kalau tak balik..aku pasti akan telefon dan borak-borak dengan diorang. Selalu mak aku tanya, bila nak balik?? Aduhhh payah gak nak menjawab tu. Bukan sebab apa..kekadang hari Sabtu pun kena pergi sekolah kan.. Tapi diorang faham dengan tanggungjawab anaknya ini. Bila ada masa..pasti aku akan balik kampung.. 


Korang macamana?Ada kampung tak?hehehehe



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...