Nuffnang Ads

Tuesday, March 6, 2012

Arca Unik, Tugu Peringatan..


APA ITU ARCA?

Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Selalunya arca ni dapat dilihat di galeri, Taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

**Sumber dari SINI




Mesti mahal gak arca ni kan? Inilah titik tumpu mata bila masuk je kat Primula Beach Resort Terengganu. Siapa yang buat ni ye agak-agaknya? Tak de lak tulis kat arca ni..


Ok, sesambil aku dah buat entri pasal arca ni, jom tengok dan pelajari sikit mengenai sejarah Tugu Negara.

 
 Arca Tugu Peringatan Negara


Tengok gambar jelah..aku tak berkesempatan lagi nak ke sini. Arca ini dicipta pada tahun 1966 oleh Felix de Weldon iaitu seorang pematung/ perupa terkenal yang juga telah mencipta tugu peringatan Iwo Jima di Washington DC. Tujuh orang yang membentuk tugu peringatan ini melambangkan ketaatan, pengorbanan dan kerjasama penduduk Malaysia. Tugu ini didirikan untuk memperingati jasa mereka yang terlibat (dan berkorban) di dalam Perang Dunia Kedua dan sewaktu peristiwa Darurat di Malaya.


**Sumber dari SINI 


Arca Tugu Peringatan Iwo Jima

Kedua-dua arca diatas ni dibuat oleh pengukir yang sama iaitu Felix de Weldon. 


**Sumber gambar dari google


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...