Nuffnang Ads

Monday, March 5, 2012

CLINIQUE, Take The Day Off


Kebanyakan kaum Hawa ramai yang inginkan kecantikan bukan? Rasanya, ramai yang menggunakan bahan sampingan seperti menggunakan makeup pada kulit wajah untuk kelihatan lebih terampil. Tapi dengan penggunaan bahan-bahan tambahan ini akan membuatkan kulit wajah kita ni seakan-akan tak bernafas. Tertutup pori-pori dikulit.


Credit picture dari blogammar


Kalau lihat gambar sicantik manis Lisa Surihani menggunakan make up, nampak tebal di bahagian mata kan.. Macamana nak bersihkan segalanya dengan berkesan? Kalau dah nama artis, mesti nak kena jaga penampilan kan? Kalau bukan artis pula...takkan nak biarkan kulit wajah kita ni tak bersih dan akan memudahkannya terdedah dengan bendasing yang membuatkan jerawat jeragat tumbuh dikulit kita kan. Masalah ini lah yang membuatkan aku tercari-cari produk apa yang nak aku cuba pula kali ni..


Selalunya aku pun bukannya seorang yang menggunakan make up pun. Paling kurang pun pakai sunblock, foundation dan bedak aje. Itu pun barang-barang asas yang tetiap hari guna. Pernah juga ketika membeli barangan penjagaan kulit SK-II, aku menolak untuk membeli produk Skin Signature nya. (gara-gara budget la kan.hahaha) tapi aku diberitahu, walaupun hanya menggunakan asas, ianya tetap bahan kimia dan ianya melekat pada kulit wajah kita. Makanya, kulit harus dibersihkan dengan betul. Kalau tak...sia-sia je lah beli barang mahal-mahal, tapi kesannya tak de. Ini memang betul kan??? Lebih elok beli barang yang murah ikut kemampuan kita. (Ini untuk peringatan aku lah ni.hahaha)

 



Makanya, aku telah merayap ke Pavilion selepas event Birthday Bash Nuffnang hari tu. Niat yang pertama, memang nak cari produk remover make up. Sebab Skin Signature SK-II dah habis. Disebabkan budget, aku nak try beli yang lain pulak lah. Sebabnya harga Skin Signature adalah RM450 ye.. Hahahaha, tapi memang best guna SK-II. Jadi, teringin lak nak try CLINIQUE pula. Pusing-pusing Pavilion, dan masuk ke oulet Clinique. Stafnya sangat best dan friendly.




First, saje je borak-borak.. tanya-tanya apa yang patut lah..Sebabkan ada banyak masa, maka aku pun buatlah skin test guna alat yang cam kat atas tu. Ala-ala iPad, senang je. Jawab aje soalan yang ada.. dan resultnya, Skin aku adalah Skin Type 3, Combination Oily Skin. Tak lama pun masa nak buat skin test ni.




Lastly, result macam kat atas ni, akan dipaparkan. Jadinya, mudah kita nak beli set penjagaan kulit yang mana satu. Pas ni, dah tau nak kena beli set 3.. Mudah bangat..




Dan aku diberikan trial set untuk combination oily. Lepas gunakannya...sangat best. Tapi, dah habis aku guna. Jadi...kena beli lah nampaknya ni. Huhuhu





Inilah barang yang aku beli. Make up remover, Take The Day Off jenis balm. Harganya hanyalah RM120 untuk size 125ml. Tak de size kecik ye. Ini saje size yang ada. Boleh bertahan 3 bulan??? Kena tengok cara penggunaan hari-hari. Kalau nak jimat, guna berpatutan je la. Kalau nak jaga kebersihannya, gunakan spatula ye. Memang ok produk ni. Siapa kat sini yang gunakan produk ni? Leh la share dengan aku..


Kalau nak dapatkan info lebih lanjut, bolehlah ke kaunter Clinique terdekat dan juga laman web CLINIQUE.



1 idea dari anda:

Wan KuntumSari said...

salam.. juz nk tny produk SKII & CLINIQUE mn lg best n ok? kalo ikut hrga SKII mmg lg mahal kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...