Nuffnang Ads

Tuesday, March 13, 2012

Happy Holiday !!! Yahoo...



Salam petang.. Sekarang ni dah berada dikampung untuk mood bercuti.. Setelah sekian masanya bekerja.. Marilah kita merehatkan minda sejenak. Fuhhh akhirnya lega apabila lawatan penanda aras dari sekolah menengah harian di Sabah selesai. Alhamdulillah mendapat feedback yang baik.

Terima kasih sesangat kepada anak-anak didik cikgu yang sanggup menunggu kedatangan rombongan dengan sabar tadi. Walaupun penat berada di sekolah dari awal pagi untuk kelas tambahan dan bersambung pula dengan berada didalam bilik makmal MPV Grafik sehingga lewat tengahari tadi.. Awak semua memang terbaiklah. Walaupun pelbagai ragam kanak-kanak riang tadi awak tunjukkan.. Kena tegur dengan cikgu pun tetap riang ria juga kan.. 

Ok, lepas ni tumpukan pada latihan SPM dan untuk pameran pula ye.. Gambar tak de pula dalam smart phone ni. Kena tunggu habis cuti lah dapat upload gambar dan cerita yang lebih detail.. Sekarang masa untuk bebas dari memikirkan hal kerja untuk sementara waktu..Alamak...lupa pula. Tak habis marking paper exam lagiii..huhuhu.

Jom Cuti-Cuti Malaysia..



Published with Blogger-droid v2.0.4

2 idea dari anda:

- zuriey - said...

bestnya cuti..jeles2

sW33tdARLiNG said...

selamat bercuti!!~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...