Nuffnang Ads

Friday, March 9, 2012

Hijabista satu trend? Gaya Muslimah Masa Kini. Trend Setter Dian Pelangi..


Gambar dari blog DianRainbow


Sekarang ni ramai yang sudah memakai hijab kan. Alhamdulillah.. ramai yang sudah menutup aurat rambut. Tetapi adakah ini dijadikan sebagai satu trend masa kini? Yang mana, kalau ikutkan trend..ianya bukanlah kekal. Ianya hanya dipakai kerana banyak sangat style yang boleh digunapakai mengikut arus kemodenan sekarang.



Keluaran Majalah INTREND bulan September 2011 pun ada membincangkan mengenai Hijabista, Fenomena baru uber hijab. Sopan+Chic+Fashion Forward. Modelnya Irma Hasmie dan juga Noryn Aziz. Memang meletop cover Intrend..



Majalah Solusi keluaran ke-41 juga membincangkan mengenai Topik Tutup Aurat Supaya Selamat. Hmmm betul kan? Zaman sekarang ni, macam-macam fashion keluar. Kekadang tak terikut. Banyak juga yang buat carian mengenai jumpsuit muslimah. Tetiap hari ada yang singgah blog aku nak tau pasal ni. Kebetulan aku memang ada buat entri mengenai Fesyen Jumpsuit : Cantik bergaya bila kena caranya..



Ini menunjukkan ramai muslimah inginkan gaya baru dalam berfesyen. Tak salahkan kalau nak menukar cara bergaya harian. Asalkan ianya menutup aurat dan tidak membawa keburukan pada diri sendiri. Di Malaysia ni, masih terlalu sedikit yang mengaktifkan diri dalam fesyen hijabista ni. Tidak seperti negara Indonesia yang sangat aktif dalam dunia fesyen hijabista ni. Mereka sangat menutup aurat dan trendy sekali. Contohnya macam koleksi Dian Pelangi.


 Gambar dari blog Wulandarisofwan


Baru-baru ni, aku ada menonton rancangan NONA kat TV3 yang mana ada membincangkan mengenai Koleksi Dian Pelangi ini yang akan dibawa  masuk ke Malaysia dan akan dirasmikan butiknya nanti. Aku sangat tertarik dengan koleksinya yang sangat sopan dan menutup aurat. Tidaklah seperti remaja Malaysia yang suka pakai pakaian yang sendat-sendat tapi menutup kepala. Itu pemakaian yang mengundang masalah sendiri. Kalau tengok gambar kat atas ni, inilah gaya Trend Setter Fesyen Muslimah Dian Pelangi yang mana praktikal dipakai oleh muslimah.



 Gambar dari Blog Relifa

 Gambar dari Blog DianRainbow




Secara tiba-tiba pula aku jatuh hati dengan Koleksi Dian Pelangi.. Sesekali mengubah gaya pemakaian tak salahkan, asalkan pemakaiannya sopan dan menampakkan kita seorang muslimah.


Gambar dari blog DianRainbow


Sangat cantik, sopan kan.. Waaaaaa hati aku dah jatuh gedebuk gedebak.. Camna ni???


Kalau ada yang berminat nak tengok gaya muslimah yang sopan lagi, macam-macam style yang anggun..boleh la baca di SINI..




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...