Nuffnang Ads

Thursday, March 8, 2012

Nak Tanda Buku Dengan Apa? Jom Felt Crafts..


Korang suka baca tak? Hmm aku, memang suka sangat. Tak kisah la bahan ilmiah atau pun sebaliknya. Memang rajin baca. Nama pun cikgu kan. Nak dapatkan ilmu tambahan, kenalah update diri sendiri dengan baca membaca ni. Kalau bab-bab majalah, korang leh tengok brape banyak koleksi aku ada dan tambahan lagi sekarang ni aku suka baca majalah Solusi.. Makin banyak la koleksi bahan bacaan aku.


Ada kekadang tu, bila baca..selalu hilang page yang dah baca. Jadinya..marilah kita buat keras tangan sikit yang boleh dijadikan tanda helaian mukasurat tu.. Skarang ni sangat ramai yang suka buat kraf tangan dari kain felt kan. Slalu gak carian felt craft singgah di blog aku ni.


 Gambar dari Google


Ini adalah salah satu contoh penanda buku dari kain felt. Simple and nice kan. Tapi kan, stok kain felt ni memang susah gak nak dapat. Kalau nak cari warna yang lain dari yang lain susah la sikit kan. Kedai mana ye yang ada jual banyak-banyak warna? Ada tak sesape yang tahu ye??




Jadinya, aku adalah buat sedikit penanda buku menggunakan design di Adobe Illustrator CS3. Ini nak bagi pada tetamu yang bakal hadir pada minggu depan. Ini saje yang sempat dibuat oleh aku disebabkan masa yang terlalu mencemburuiku. Hahaha. Lepas dah cetak, kena laminate la pula kan. Jadinya, nak minta tolong dengan pelajar..depa semua tengah exam minggu ni. Jadinya bawa balik rumah la untuk guntingkannya..




Lepas dah siap main gunting-gunting.. Tinggal nak tebukkan lubang untuk masukkan reben kaler-kaler la pula. Ini penanda buku yang paling simple. Ok la kan. Ada sedikit kata-kata penguat semangat dan motivasi kat situ.

 Gambar dari SINI


Ini pula contoh penanda buku kain felt yang diambil dari carian google. Ada link website yang dah aku letak kat atas ni. Sesiapa yang berminat nak belajar dengan lebih detail..bolehlah klik link atas ni. Memang cantik kan kalau nak bagi saguhati pada kengkawan..


 Gambar dari SINI

Yang ini pun sangat menarik. Bila baca website kat link atas ni, dia ada tunjukkan cara bagaimana nak hasilkan kraf tangan kain felt yang menarik..


Korang minat ke kraf tangan? Aku memang sukalah kalau bab-bab mengeraskan tangan ni. Boleh asah skill atau mengetengahkan potensi diri yang ada dalam diri kita ni. Kadang-kadang kita tak sedar, kekuatan diri kita dari aspek yang mana satu. Macam contoh juara MasterChef Astro yang pertama tu, Dr Izani. Dia belajar dalam bidang perubatan, tapi ada potensi lain dalam bidang masakan.. Haaa, mana tau korang ada kelebihan dalam bidang seni pula kan..


Jom try kraf tangan felt ni..Best juga sesekali main dengan kain, jarum dan gunting kan. Hilang stress sekejap.



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...