Nuffnang Ads

Friday, March 23, 2012

Result SPM 2011, Alhamdulillah, TAHNIAH 5 Ixora..


Hari Rabu yang lepas (21 Mac 2011), semua pelajar yang menantikan keputusan peperiksaan SPM terjawab sudah. Akhirnya penantian yang ditunggu-tunggu menjanjikan keputusan yang baik setelah mereka berusaha.. Tahniah cikgu ucapkan. Prestasi pada tahun 2011 sangat memberangsangkan..


Pada hari tu, seperti biasalah kan.. aku menjalankan tugasku mengadakan P&P dulu didalam kelas. Kami yang terlibat iaitu guru kelas pelajar tingkatan 5 tahun lepas bertanggungjawab menyerahkan slip keputusan dengan segala sijil kepada pelajar. Kelang kabut juga lah nak selesaikan kesemuanya. Akhirnya jam 11.30 pagi..aku membawa segala barang ke dewan dimana  sudah ramai pelajar dan penjaga berada di situ. Gementar semuanya.. hehehe.. (Yang sebenarnya..cikgu lagi risau. Risau akan keputusan mata pelajaran yang diajar samada naik atau turun. Cuak sangat)


Slip keputusan dah sampai, tapi disebabkan ramai sangat calon.. makanya nak agihkan mengikut kelas dan menceraikan helaian yang bercantum memerlukan tenaga juga kan. Jadi, marilah bekerjasama menyelesaikannya. Kerana ramai yang dah tak sabar nak tahu keputusan memasing..




Ini slip untuk kelas aku aje.. Pelajar yang megambil aliran MPV Grafik Berkomputer. Hanya ada 18 slip sahaja.. Cikgunya mestilah tengok dulu result anak-anak muridnya.. Wahhhh senyum senyum cikgu nengok sambil menceraikan helaian slip ni..




Antara guru kelas yang sesama buat kerja ceraian di bilik mesyuarat.. Masa nilah nak cari pelajar yang dapat 6 A, 7 A, 8 A dan 9 A. Haruslah special sikitkan bagi keputusan yang cemerlang ni.




Selesai semuanya, guru masuk kedewan bersama pelajar juga. Masa ni, ada lah sedikit taklimat dan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang naik ke pentas bersama penjaga untuk mengambil sendiri slip keputusan dari tangan pengetua.. Haruslah rasa bangga kan..


Secara keseluruhannya, keputusan pada tahun 2011 meningkat dan banyak juga subjek yang mendapat bandth 1. Sekarang ni kita lihat prestasi menggunakan bandth. Bermula dengan bandth 1 hingga 16. Alhamdulillah..untuk matapelajaran MPV Grafik Berkomputer, seramai 6 orang anak-anak didik ku mendapat A-, 10 orang mendapat B+ dan 2 orang pula mendapat B dengan membawa Gred Purata Sekolah 2.78 dan juga dalam kategori bandth 1. Alhamdulillah sangat. Bukan untuk subjek aku aje. Tapi kebanyakan pelajar kelas 5 Ixora mencatatkan keputusan yang sangat baik untuk 8 matapelajaran yang diambil..


Jadinya, cabaran untuk aku untuk maintainkan keputusan ni dan bagikan yang terbaik lagi untuk pelajar tahun 2012 pula.. Harap-harapnya semuanya dipermudahkan. Apabila anak murid gembira.. cikgunya lagilah tumpang gembira dan segala penat cikgu berulang-alik tu berbayar juga..

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Jangan sangka kita lemah dan tak mampu mendapat yang terbaik. Semua orang hebat. Usaha yang berterusan, Berdoa pada Ilahi, serta bertawakal harus disemat pada setiap insan. Semua orang mampu melakukannya.. InsyaAllah..




1 idea dari anda:

deqnoor said...

pasti seorang cikgu merasa bangga melihat kejayaan anak murid mereka.... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...